Monday, October 29, 2007

oPeN HouSe


"Kalau kita nak tahu kesetiaan seorang sahabat, maka kita ujilah dia". Uji? Apa bentuk ujian tu? Senang je nak uji, bagi dia susah...or dengan kata-kata lain kita susahkan dia. Kalau dia still cool and tak mengeluh ngan kita, maka bolehlah dia kita gelar sebagai sahabat.

Semalam aku buat satu ujian. Buat 'open house' kat umah aku. Actually bukan open house aku daa...nie open house mak aku. Sebab kawan mak aku yang ramai dtg. So, aku just tolong mak aku je. Kawan aku ada la yg aku jemput and datang. But the mission is : aku nak uji 2 org kawan yang tak pernah langsung menjejakkan kaki mereka ke rumah aku di Malakat nie.
So, aku telah menjemput Imsizifah and Reemshaz ke teratak sewaan bondaku di Malakat yang jarak perjalanannya hampir 3 jam dari tempat mastautin mereka. Sebenarnya aku ajak ramai, tapi diorg tak boleh datang dengan alasan-alasan yang ada logikanya. Takpe...tak kisah. Yang lain tu tak berapa penting sangat coz yang lelain tu pernah g umah aku. Mission aku nak uji 2 org nie je...tgk diorg willing to go or not.

Start pagi semalam aku dah kuar g pasar ngan mak aku. Mak aku mmg jemput member-member rapat dia. Ye laa... mak aku pun dah pencen. Sekali-sekala wat makan-makan cmni best gak. After g pasar kitorg start prepare semua benda tu. Sediakan bahan-bahan untuk buat soto dan mee rebus. Mmg penat la...esp buang ekor taugeh. Abis kembang jari-jemari ku. Bosan pun ada....
Then aku call si Imsizifah...tapi dia tak angkat. Dah 11.30 takkan tak bangun-bangun lagi kot? Si Reemzahs pun dah byk kali call si Imsizifah tu, tapi dia tak angkat gak. Last-last aku dapat msg yg si Imsizifah tu baru bangun tido. Huhuhu...lambat siot bangun pagi. Kompem tak sembhyg Subuh...wei ko tak tau ke yang sepohon kayu itu daunnya rimbun???

Tunggu punya tunggu, kul 4 ptg gak malaun 2 ekor nie datang. Hehehe...sampai jugak korg ek? Setelah mengharungi jalan yang agak berbelit-belit dan hanya berbekalkan panduan melalui hp, akhirnya sampai la gak. Then kami bertiga makan sama...aku dah lapar giler time tu. Melahap sakan la menikmati soto dan mee rebus. Pastu kitorg jalan-jalan kat pantai belakang umah aku. Jalan-jalan sambil meneguk air soda ibarat kaki botol. Hehehe...mmg botol tu mcm botol cuka...tapi bapak aku tak bagi buang...dia suruh bawak balik...hehehe...

Seronok siot lepak tepi pantai. Kalau Imsizifah bawak short dah lama kitorg mandi laut sama-sama. Rasa tenang je tgk pemandangan tepi laut + mendengar deru ombak + menikmati kedinginan angin tepian pantai...hilang semua rasa tension kat opis yang membelenggu aku selama ini...

Kitorg berborak sampai dekat-dekat kul 6. Duduk atas batu sambil melihat pemandangan laut. pastu amik gmbr 3-4 snaps. Rasa cepat je masa berlalu. Tapi mcm-mcm gak isu yang digossipkan atau dengan kata lain, macam-macam gak la isu yang kitorg umpatkan. Apa isu yang digossipkan? Mana leh bgtau...itu rehsia kami bertiga...huhuhu...

Lewat ptg after 6 kitorg bertolak ke KL. Itu pun lepas aku paksa Reemzahs blah cpt-cpt sebelum digoda oleh 'abg myvi' kat umah aku tu. Kitorg sampai kul 9 malam kat KL Sentral. Aku ngan Imsizifah beli tiket komuter nak balik ke destinasi masing-masing. Memula si Imsizifah kata nak g beli majalah...aku tunggu ar dia. lama siot...then tetiba aku call dia aku tanya dia katner, dia kata dia dah turun tunggu tren ke rawang! Hampas betul...baru nak ajak minum-minum kat Starbucks...huhuhu...takpe...sabar...sabar...ke dia sedang menguji aku???

To : both of you, thanx for coming. Terima kasih kerana bersusah-payah menempuhi perjalanan yang panjang untuk bertandang ke rumah aku. Lain masa, tahun depan ke, aku datang umah korg plak. Ternyata korg LULUS ujian pertama aku. Congrates! Naiklah sikit 'maqam' korg sebagai sahabat aku berbanding dulu. Wei bila nak picnic plak kat umah aku???

Friday, October 26, 2007

M.L.M BaNGSaT YG MeRaCuNi MeLaYu

Woo...lama tak masuk blog. Lately mmg busy giler. Byk kerja kena settle. Skang pun tgh byk keje gak. Tapi aku gagahkan diri nak tulis ari nie sebab start semalam hati aku dah terbakar. Sebenarnya dsri 2 minggu lepas dah terbakar, tapi aku simbah sikit dengan embun kesabaran...so cool kejap ar...skang dah marak balik. Sebelum api tu menghanguskan hati aku, baik aku tulis kat sini.

Korg pernah dgr satu cabang business yg dikenali sebagai MLM tak? Takkan la tak pernah dgr kan? Utk yg betul-betul tak celik ttg dunia nie, MLM is akronim utk Multi-Level Marketing atau dalam Bahasa Melayunya dikenali sebagai Pemasaran Berbilang Tingkat.

Kalau aku nak huraikan dari sudut perniagaan dengan teori-teori pemasaran dan ekonomi, nanti ada yang tak paham plak. So aku ringkaskan la maksud MLM nie dengan cara yang paling kanak-kanak. MLM ialah, "ko beli kicap(contoh), pastu ko bayar lebih sikit utk jadik ahli, pastu ko cari 3 org utk beli kicap yang sama, dan 3 org bawah ko pun akan cari 3 org lagi sehingga rangkaian itu berkembang dan daripada perkembangan rangkaian ini ko dapat komisyen". Senang tak? Pernah jumpa org yg approach korg dgn idea yang macam ni? Inilah dia MLM. Cth-cth MLM company yang kununnya berjaya : LUXOR, UPTREND, OMEGA TREND, DCHL dan sebagainya...byk lagi kalau nak list...disebabkan aku menyampah ngan MLM nie, malas aku nak tulis.

Semalam aku on d way to Shah Alam naik komuter from KL Sentral. Sebelah kanan aku ada sorg budak tempang (dia kata kena langgar keter masa balik dari jual burger)...and sebelah kiri aku ada sorg mamat (aku rasa university student) yang pakai smart siap pakai tie lagi. Tgh aku borak ngan mamat tempang tu, tetiba mamat yg smart tu menyampuk, "Abg pernah join MLM tak?" Aku jawab "Dulu aku pernah join...tapi disebabkan aku tak minat, so aku quit".

Pastu mamat tu tanya macam-macam, kenapa aku quitlah, apa plan yang aku join la, and dia cuba nak ceritakan macamana dia boleh jadik kaya dalam masa yang singkat setelah join MLM XYZ.

Aku dah la anti-MLM, mamat tu plak citer mcm tak nak stop. Mcm syial! Daripada dgr citer dia baik aku dgr radio ke, tgk Samarinda ke (Samarinda pun ada stop sebab iklan)...Huh...mamat nie mmg menjengkelkan! Pada masa yang sama, one of my friend sms aku nak pinjam duit utk business MLM dia! Fuhh...lagi la aku terbakar! Aku geram gila and aku sound mamat tadi "Sorry la aku tak minat, kalau ko nak citerkan kejayaan ko tu...aku cadang ko tulis buku biografi kejayaan ko tu and jual kat org".

Pastu aku terus blah ke tmpt lain. Daripada aku sakit hati dan menambahkan dosa aku memaki, baik aku blah. Heran...budak muda...nampak macam sopan...tapi membebel mengalahkan Rosnah Mat Aris. Apahal org Melayu kita nie sampai gila dengan MLM? Yg nak join / dah join tu cukup ke pengetahuan halal-haram, hukum-hakam, pengetahuan ekonomi, pengetahuan perniagaan, kewangan, dan macam-macam pengetahuan asas lagi tu? Bodohnya org Melayu yang terjebak dengan benda-benda mcm ni sampai tak tau yg sebenarnya diorg dimanipulasi oleh business tu utk melariskan produk-produk company MLM.

Apasal aku anti-MLM??? Nie aku listkan dengan cara yang agak kurang ajar :-

@PERSOALAN HALAL-HARAM YANG KABUR
- Cuba tanya org yg join MLM, diorg ada ke asas ttg hukum-hakam nie? Aku percaya yg 80% org Melayu Islam yg join MLM tak tau pasal hukum. Apa yg diorg nak hanya income 4-5 angka setiap bulan. Kalau tak tau ttg hukum-hakam, selidik dulu dan baca. Bukan masuk bodoh-bodoh mcm tu je. Rujuk pada org yg pakar ttg ilmu-ilmu ekonomi Islam dan tgk adakah MLM tu menepati hukum syarak atau tidak. Ok...kalau malas sangat aku pastekan link nie utk rujukan org-org MLM yang pemalas yang tak reti halal-haram tu : http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=222&Itemid=95

@SYARIKAT MLM "MERACUN" MELAYU YG LEMAH
- Siapa dia Melayu yang lemah? Definisi Melayu yang lemah is : org-org kampung yang tiada pengetahuan ekonomi dan kewangan, budak-budak muda yang takde kerja, budak-budak universiti yang malas, org-org yg sedang dibelenggu hutang or org-org yang sentiasa rasa tidak cukup dengan apa yg dimiliki. Haa...ini cth-cth golongan Melayu yang lemah yang pemikiran mereka sangat mudah diracuni dan dimanipulasi oleh company-company MLM nie.

Aku bagi cth, MLM approach budak universiti yang digantung pinjaman pelajarannya, menggalakkan budak itu berhutang utk join MLM dengan menjanjikan ganjaran yang tinggi setelah budak itu berusaha cari 'downline' nya dan akhirnya memberikan harapan bahawa budak itu tak perlu lagi bergantung kepada pinjaman pelajarannya utk terus belajar di universiti. Golongan-golongan dalam paras kelemahan seperti inilah yg mudah didekati oleh company-company MLM utk 'diracun' dan digula-gulakan!

@TESTIMONIAL KEJAYAAN YANG PALSU
- Pernah baca testimonial kejayaan org yg pernah join MLM? Company-company MLM yang baru biasanya memalsukan testimonial kejayaan dan berjaya mengabui mata Melayu bangang yang lemah. Aku bagi cth : company MLM A baru 3 bulan di pasaran, tapi testimonial penggunanya kata "alhamdulillah...setelah join MLM nie selama 5 BULAN, saya dah dapat RMXXXXX dan mampu membantu suami...."

F*c@ O*@!!! Kalau baru 3 bulan kat pasaran, apa ke hal testimonial dia kata dah 5 bulan join? Bodoh punya testi. Nak menipu tu biar ar bijak skit. Igt aku nie buta nombor ke? And sometimes ada gak testi MLM yang sama (ayat, struktur ayat, kaedah) walaupun company MLM tu berbeza.

Actually senang je nak buat testimonial. Aku pun boleh buat...g kedai keter / showroom kereta / rumah banglo contoh, then amik gambar posing depan BMW atau banglo tu sambil tunjukkan ibu jari (tanda bagus)...pastu paste kan gambar tu dengan testimonial "saya telah berjaya memiliki banglo idaman dan kereta mewah ini setelah 6 bulan menyertai MLM PUNGKOK nie".
Senang kan? Heloo...itu pun ada Melayu lemah yang bengap kena tipu dengan cara mcm ni. Bingai!

@MLM MENGGALAKKAN MELAYU BERHUTANG
- Melayu dengan tabiat berhutang mmg sinonim. Kawan mak aku yang beli kain batik dari mak aku yang harganya cuma RM28 boleh mintak bayar ansuran sampai 4 kali...maknanya RM7 sebulan! Aku kata kat mak aku baik potong kain tu kepada 4 bahagian, bagi 1 per 4 setiap kali dia selesai bayar...baru la betul secara matematiknya! Lerr...kain batik yg dipakai buat berkemban tu pun nak berhutang gak ke?

Dalam Islam mmg konsep berhutang tu ada. Berhutang dibenarkan dalam keadaan seseorg itu betul-betul 'urgent' seperti : nak beli ubat sebab sakit, kemalangan dan kecederaan, rumah terbakar, banjir, kematian ibu-bapa dsb yang mmg betul-betul urgent dan wajar dikasihani. Hutang juga dibenarkan utk memulakan perniagaan seperti buka kedai jahit, warung dan sebagainya dengan keyakinan bahawa perniagaan seperti itu adalah perniagaan yang dapat dijangkakan keuntungannya dan bersifat persis.

Berhutang utk MLM? Urgent ke tu? Or business ke tu? Aku mmg paling pantang org nak pinjam / berhutang duit dengan aku dengan menggunakan alasan URGENT tapi sebenarnya nak gunakan duit tu masuk MLM! Pernah ada seorg kawan kepada kawan aku yang pinjam duit member aku tu, call siap nangis-nangis kata kereta bapak dia kena tarik dan perlukan duit utk bayar hutang kereta tu. Terkocoh-kocoh member aku tu bagi pinjam (siap pinjam duit aku lagi) semata-mata nak tolong member dia tu. Then semalam member aku citer sebenarnya bukan keter bapak dia kena tarik tapi dia pinjam duit tu sebab nak masuk MLM! Pukimon punya betina! Sanggup tipu member sendiri semata-mata nak masuk MLM? Takpe...aku doakan keter bapak ko betul-betul kena tarik or accident dalam gaung! Baru padan muka ko!

Khinzir punya MLM! MLM bukan sahaja menjadikan kawan-kawan aku berhutang, tetapi menipu utk berhutang. Dan lebih melampau lagi bila ada member yang sanggup merayu-rayu mintak tolong member buat personal loan utk 'dihutangkan' semata-mata kerana MLM
! SIAL!

KESIMPULAN

Fuhh...byk dosa aku memaki-maki pada hari Jumaat yang mulia nie. Aku mmg tak puas hati dgn MLM yang pada aku akhirnya akan melahirkan bangsa Melayu yang malas, kuat berhutang, tamak dan tak fikir ttg hati dan perasaan kawan/sedara mara. Utk pengamal-pengamal MLM, apa nilai persahabatan bagi korg? Macammana korg menghargai kawan-kawan korg? Ada byk kes yg aku tgk org-org yang join MLM nie sampai putus kawan and sedara mara sebab hutang (gagal bayar or gagal meminjam) dan sanggup menipu kawan sendiri semata-mata nak kaya!

Sedarlah sikit Melayu MLM yang bengap dan tolol. Kalau takde pengetahuan ttg ekonomi dan kewangan tu, baca lah buku dulu. Tambahkan pengetahuan atau tanya dengan org yang lebih tahu. Dalam hal nie aku tak salahkan company MLM, sebab itu mmg cara mereka memasarkan produk mereka. Aku just kecewa dengan Melayu bengap dan tolol yang zero pengetahuan dan pengalaman yang kononnya mengharapkan 'keajaiban' utk menjadi kaya dengan segera.

Yup...mmg segala-galanya dalam dunia nie perlukan duit, tetapi duit belum tentu boleh membeli segala-galanya. Duit boleh membeli makanan, tetapi tidak boleh membeli kesihatan. Duit boleh disiombolkan sebagai kemewahan, tetapi bukan kebahagiaan. Duit boleh menarik kawan yang ramai tetapi belum mampu membayar nilai sebuah persahabatan. Jangan kerana 'kegilaan' terhadap duit menyebabkan kita melacurkan erti sebuah persahabatan.

Percayalah...tiada jalan pintas untuk menjadi kaya. Kalau SEMUA org boleh kaya dengan MLM, lebih baik kerajaan wajibkan setiap rakyat join MLM. Rezeki terletak di tangan Tuhan. Hanya yang betul-betul ikhlas dan dikehendaki Allah utk kaya, maka org itu akan jadi kaya. Kalau dah menipu kawan sendiri utk kaya, ada ke keberkatan di situ? Kepada yg belum join MLM atau yang baru nak terdetik nak join MLM, fikirlah semasak-masaknya.

At this time, aku rasa lebih baik berkawan dengan budak tempang yang dilanggar kereta masa baru balik jual burger tu daripada student universiti yang smart yang menjengkelkan yang join MLM tu kerana sekurang-kurangnya aku tau yg mamat jual burger tu berusaha cari duit sendiri dengan bersusah payah dari bawah tanpa perlu merayu-rayu utk berhutang dengan org!

Thursday, October 18, 2007

KeRaNa CiNTaKu SaeRaH


Sapa pernah tgk citer ni? Tipu ar kalau tak pernah tgk. Masa raya lepas aku wat survey di kalangan sedara-mara dan org-org kampung aku, 9 daripada 10 org layan citer nie. Hahaha... kalau korg tak tgk, kira korg tergolong dalam golongan minoriti yang sesungguhnya berada didalam kerugian..muahaha...

Citer nie diarahkan oleh Syahrul Ezad (Emil Emilda, Sutun, Sutun 2 dsb ) dengan menggandingkan pelakon-pelakon yang memang superb lakonannya : Umie Aida, Wan Maimunah, Norkhiriah, Benjy, Sharifah Sahora dan lain-lain...

Actually jalan citernya simple je...story line citer nie seolah-olah menyentap Umie Aida yang pernah digossipkan ada anak luar nikah hasil hubungannya dengan anak VVIP tu (tak perlu sebut, nanti kena dakwa aku). Jalan citer biasa, kadang-kadang ketidaklogikan tu nampak meleret-leret skit. Sekali imbas cara penceritaan Syahrul nie lebih kurg macam Kak Rashbir tu... : ada org cacat + kena angin ahmar + kena halau dari rumah + terpaksa kahwin + bla..bla..
Memula aku igt Kak Rashbir yg buat, tapi 'anak murid' dia yang buat. Tak kisah ar sapa yang buat, yang penting aku suka citer nie...kenapa??

@LAGU TEMA YG BEST
Lagu tema Imran Ajmain nie mmg aku suka daripada dulu. Sedap and lirik dia sesuai dengan jalan cerita drama bersiri nie. Housemate aku si Lamak tu siap nak hafal la lagu nie semata-mata nak nyanyikan utk awek dia kat telefon...poyos je...muahaha...

Frankly, lagu tema yg baik boleh menarik minat org utk tgk citer nie. Kalau lagu macam bangsat, camner org nak tgk?

@LAKONAN 5 BINTANG
Congrates to Benjy and Norkhiriah atas persembahan lakonan yang superb! Mmg hebat lakonan diorg nie. Sebelum nie aku tgk Benjy tu biasa je lakonan dia...sama lebih kurang je stereotypenya...tapi dalam drama nie, Benjy mmg lain dari yang lain. Sometimes aku sendiri rasa macam sakit rahang je bila tgk dia berlakon. Bukan senang woo nak jadi org bendul yang bodoh-bodoh alang macam tu. Dulu kat kampung member aku ada sorg yang macam tu...apa entah nama mamat tu. Dia jual burger kat kampung member aku. Aku tabik kat Benjy yang dapat menghayati watak dengan baik. Ada ekspresi sedih, kdg-kdg lawak pun ada. Sian woo tgk org mcm tu...mudah je kena tipu,

Norkhiriah? Nie tak payah nak citer ar...minah nie dah lama aku minat sejak Gubra lagi. Minah nie ko bagi apa-apa karakter pun dia boleh buat. Karekter Nomi yang terencat tu mmg menjadi kat tangan Norkhiriah nie. Aku dah lama dah jatuh cinta dgn dia nie, cuma dia je yg tak kenal aku...huhuhu...

Yang lelain macam Umie Aida and Wan Maimunah tu, tak payah citer ar. Nie mmg pelakon fav aku...pelakon Kelas A. Bagi je apa-apa watak mmg diorg nie boleh bawak punya. Kalau bagi watak kambing pung aku rasa diorg mmg boleh jadik kambing yang baik...muahaha..

@ADENGAN YANG DRAMATIK
Apa yang dramatiknya? Citer nie mmg byk adengan yang dramatik yang boleh meruntun jiwa. Adengan keluarga Jibek kena halau, Eira lari dari rumah, Eira bercerai dgn Jibek...adalah antara adengan-adengan dramatik yang menjadikan drama nie hebat. Mmg boleh berair atas bawah bila tgk citer nie (apahal plak bawah nak berair ek?). Siapa yang tak rasa sedih or tak terasa nak nangis tgk citer nie, mmg kayu la org tu. Aku tgk ngan housemate aku, bila part-part sedih nie semua senyap je macam malaikat lalu, masing-masing nak cover daripada nangis : g toilet la, buat-buat baca msg la, buat-buat call la...padahal dah berair. Huhuhu...takpe nangis je ar nak malu apa kan? Org kata lelaki kalau nangis macho gak ar...huhuhu...

Secara keseluruhannya, untuk karya Syahrul Ezad yang meruntun jiwa nie, aku bagi 4 bintang ar. Mana ada drama or filem Melayu dapat 5 bintang? Filem Diva Popular tu pun dapat 0 bintang dari media Indon! Ini antara drama bersiri yang terbaik yang pernah aku tgk selain daripada Rindu Semakin Jauh dalam slot Samarinda dulu tu. Kelainan pada karakter Jibek dan Nomi membuatkan aku rasa cerita ini lain daripada yang lain walaupun jalan ceritanya boleh diagak. Kepada Syahrul Ezad, tahniah kerana berjaya menghasilkan karya yang baik. Sebagai pengarah yang masih muda, aku rasa industri kita memerlukan bakat hebat seperti Syahrul Ezad nie.

And the most important thing that I learned from this drama is, org-org yang bendul or cacat or terencat juga mempunyai hati dan perasaan. Perasaan untuk menyayangi, rasa disayangi, perasaan untuk menyintai dan rasa untuk dicintai...kerana mereka juga adalah manusia biasa yang mempunyai hati dan jiwa.

Kepada sesiapa yang terlepas pandang drama hebat nie, ingatlah bahawa kalian tergolong di dalam kelompok manusia minoriti yang sesungguhnya berada di dalam kerugian....

RaYa oH RaYa



Fuhh...lama aku tak tulis. Kat umah takde internet. Kena balik opis baru boleh tulis. Dulu ada internet...pastu org-org kat umah aku nie guna dengan sesuka hatinya...maka bil pun melambung la setinggi-tingginya. Then mak aku potong talian tetap kat umah tu...mak aku kata semua dah pakai hp...so tak perlu telefon sewaan kat umah tu. Aduss...abis takde tenet kat umah...


Sebab tu la aku balik opis awal...plus : kat umah pun tak wat apa-apa...raya 3-4 umah member and sedara, pastu dah tak tau nak wat apa-apa. Raya tahun nie aku rasa macam hampeh je. Suram dan buram. Actually mmg sama je dgn tahun-tahun lepas...cuma tahun nie aku rasa macam gampang je raya ni.


Naper ek? Frankly speaking aku benci dgn rutin raya yang aku dan sefamily sambut.

1 Syawal : bangun subuh + mandi + minum + g semayang raya + bersalam-salaman + makan + tunggu family pakcik-makcik + makan + layan tetamu + makan + tido + makan...sampai la ke malam. Bohsan woo...nak tgk tv pun aku nrasa rancangan tv macam siot je...ada la 1 drama aku tgk masa malam raya tu...apa entah nama dia...yg Rosyam Noor jadik cacat sebab kena langgar keter tu...itu je kot yg best...yang lain apa-apa entah merapunya. Rancangan tv pun makin tak berkualiti.


Apa kena ek raya tahun nie? Paling jauh aku jalan pun sampai JB. Umah aunty aku. Tu pun sebab dah lama tak datang. Malam g Danga Bay...penat woo...macam org Badwi plak asyik jalan kaki tak henti-henti...mmg penat macam gampang. Ini ke raya?


Apa yang berbezanya raya tahun nie ialah : aku bagi nenek,atuk,mak,bapak,adik,anak sedara aku duit raya + aku belikan mak aku sofa + aku tak makan byk sgt macam tahun-tahun lepas sebab aku on diet...yg lain tu sama je kot dan semakin suram rasanya. Kalau macam nie lah gayanya raya, aku lg suka puasa. Lebih seronok dan meriah berbanding raya (kununnya).


Entahla...aku pun tak tau naper. Maybe sebab aku dah besar kot. Tp dulu ustazah aku pernah kata, raya nie istimewa buat org-org yg puasa penuh je...ooo...patut ar aku rasa tak best sebab aku tak puasa sehari (akibat sakit tekak yg azab)...so mmg raya ni tak begitu istimewa untuk aku.


Sedih plak rasanya...tapi next year mak and bapak aku kata diorg nak g umrah and nak berpuasa and beraya kat Mekah. Sedihnya...camner la agaknya beraya tanpa parents ni? Rasa macam anak-anak yatim PERKIM la plak...tak sanggup aku nak fikir...tahun depan tu bukannya lama bai...lagi 360 hari je nie...camner ek agaknya...kalaulah umah aku ada internet, nanti aku citer kat korg azab ke tak raya aku tahun depan. Kalau azab...nampak gayanya aku balik opis awal la mcm nie...opis kosong...takde org...seram pun ada....muahaha...takpe...relax...kan raya?

Wednesday, October 10, 2007

NiLai SeKePiNG KaD RaYa


Hari nie aku mengajar 2 kelas je. Coz kerja hari nie mmg half day. Then budak-budak semua balik kg beraya. Mmg takde mood sgt aku nak mengajar. Mood raya tu ada la sikit-sikit. Rasa mcm dah terngiang-ngiang je beduk berbunyi....huhuhu....

Kelas macam biasa. Senang, coz tinggal buat kuiz je untuk students. Sib baik dah prepare. Kalau tak prepare sgt, mampus aku. Students dah la jenis yg byk bertanya. Kdg-kdg diorg dah faham...saja je menggatal nak menguji keintelektualan aku...hahaha...don't worry 'anak-anak semua'...I'm expert...huhuhu...

After my first class, one of my student dtg...let we name it with MS. MS dtg and kata nak bagi something kat aku....dia bagi aku kad raya! And he is the one and only student yang bagi aku kad raya utk raya tahun 2007 nie.

So, what is the big deal? Nothing special coz selama nie mmg berlambak kad raya aku dapat. But for this year, MS adalah org pertama yg bagi kad kat aku. Dalam kad dia dia ada tulis supaya aku doakan kejayaan dia dalam paper yang aku ajar. Guess what? Selama nie aku rate MS as an average student je...nothing special about him. But then, this average student nie jugaklah yang igt kat aku and bagi aku kad utk wish selamat hari raya.

After my second class, ada satu lagi kad atas meja aku. From Group OGRAF, bekas student yg aku pernah ajar dulu. Frankly speaking, dulu aku mmg anti ngan group nie coz budak-budak dia byk complaint and kuat mengomen. But surprisingly, budak-budak nie jugak la yg igt kat aku balik. Ironi sungguh rasanya....

Hari ini aku belajar bahawa "kdg-kdg org yg kita anngap tidak penting dalam hidup kita sebenarnya mengingati kita atas apa jua jasa dan kebaikan yang kita pernah buat pada mereka sebelum ini...". Selama nie maybe aku silap. Aku selalu treat kawan-kawan aku yg selalu hanging out dengan aku dan yg aku rasa aku betul-betul rapat je...yg 'biasa-biasa' tu aku tak amik kisah sgt.

Tapi sebaliknya, yang 'biasa-biasa' nie lah yang sebenarnya mengingati kita dan tahu menghargai kita. Kawan yg kita rapat kdg-kdg...nak dgr diorg minta maaf kat kita pun susah bila diorg buat salah. Buat dek je...ye la...mentang-mentang ar kita rapat dengan dia. Then diorg amik kesempatan atas kebaikan kita. Seriously, I hate this type of friend...type yg hanya cari kita bila kita susah je : time nak pinjam duit, time putus cinta, time ditimpa musibah, time ada problem...waktu tu la nak carik member. Time bersenang lenang : bersukaria, tunang-kahwin, konvo, bercouple sampai tak igt dunia...tak plak nak igt kat member? Pelik aku...

Aku harap aku tak jadilah mcm tu...setakat nie Alhamdulillah aku igt kawan-kawan aku semua. Cuma mungkin berbeza dari segi layanan aku terhadap org yg aku dah lama kenal dengan org yang baru aku kenal. Selain daripada itu is nothing.

Dan ketika catatan ini ditulis, one of the OGRAF group yang hantar kad raya kat aku wish aku Selamat Hari Raya and Selamat Balik Kampung. Thanx to OGRAF group...and special thanx to MS...ternyata 2 keping kad dari kalian yang 'biasa-biasa' ini telah mengajar aku erti sebuah kejujuran dan ingatan ikhlas yang tidak ternilai harganya!

SaLaM aIDiLFiTRi...MaaF ZaHiR BaTiN!

Tuesday, October 9, 2007

MR.BaRD YG HeBaT



Semalam aku jumpa seorang member lama (takde la lama sgt) kat Subang Parade utk berbuka dgn dia. Let we name it Bard. He is one of my fren kat kolej dulu masa study sama-sama and he was my junior. Lama gak la aku tunggu dia kat Kenny Rogers tu...sampai waiter kat situ 3-4 kali tanya aku dah order ke belum.

Nasib baik ar Subang Parade tu dekat je...then Bard sampai dalam kul 7.00. Lagi 10 minit nak berbuka. Sambil tersengih-sengih dia tegur aku...dia sama je macam dulu...dengan kesengalan dan kekiutannya, plus badan yang dah berisi sikit. Macam tak puasa je mamat nie...huhuhu...

Kitorg order apa entah...tak igt plak aku. Byk gak kitorg borak....gossip dahulu kala sampailah yang terkini. Nampak sgt Bard mmg dah lama tak contact member-member lain...byk perubahan yg dia tak tau.

Then aku tanya pasal perkembangan dan evolusi diri dia plak. Dia just mention yang dia enjoy kerja kat Subang nie, but nak cari kerja yang lebih stabil. Dia citer dia g interview KPLI and Insya-Allah kalau lepas, dia masuk utk intake next January.

He told me that, dia akan bertunang dgn gf dia skang nie seminggu lepas raya nie. Huhuhu...sajer jer aku nak korek, "camner ko simpan duit sampai kau leh plan nak ntunang and kahwin?"...coz aku rasa gaji dia takde la besar mana. Dia jawab yg dia simpan RM1000 monthly and terus bagi kat mak dia suruh mak dia simpan. Dia just guna balance of the money utk urusan-urusan lain....that's why dia boleh kumpul dekat RM20000 utk tunang and kahwin.

Simpan RM1000 sebulan? Kadang-kadang aku hairan gak camner lah dia boleh wat mcm tu? Aku nie kalau nak diikutkan gaji mmg lebih dari cukup...nak simpan lebih dari 1000 pun aku mampu...tp skang nie aku nak simpan 500 pun susah! Naper ek?

Finally aku realize yg selama nie mmg aku byk membazir. Beli minyak wangi lah, pergi shopping la, beli baju la...makan la...mmg byk giler aku membazir. Bulan-bulan duit habis bayar kad kredit and bil telefon. Aku tak tau la naper aku nie boros sgt...maybe sebab syok sgt dapat duit byk kot....tu yang rasa mcm nak abiskan je duit tu...

Patutlah mmg susah aku nak menyimpan...nak fikir utk tunang or kahwin jauh sekali. Umur pun makin meningkat. Kesedaran tu ada, tapi tak kekal lama. Time aku insap and sentap tu bilamana duit aku dah abis dan hampir sengkek. Masa tu la baru terasa 'azab' sangat. Pelik aku...apasal la aku takleh wat macam Bard ar?

Satu benda lagi yg aku respek kat Bard nie is : dia nie mmg sangat bersungguh-sungguh nak cari kerja and duit. Aku tau masa dia belajar dulu takde la bijak sangat...sengal semacam je...siap extend setahun lagi...dulu aku target mamat nie tak grad sebab byk main and kuar berdating je. Tapi jangkaan aku silap...yeah...don't judge the book by its cover...mmg aku dah silap...

Bard is amazing. He knows yg result dia tak berapa bagus, but dia still struggle utk dapatkan kerja yang baik. Dia rajin antar resume carik kerja and ada satu ari tu dia g 3 interview berturut-turut sebab dia mmg giler-giler nak kerja.Dia ada matlamat. Betul cakap cikgu kaunselor aku yg cun dulu...kalau kita ada matlamat, macam-macam kita boleh buat. Org yang malas is org yg tiada matlamat...so now we know kenapa most org Melayu malas kan? Sebab takde matlamat....semua benda dibuat dengan tidak bersungguh-sungguh tanpa minat.

So...aku nie takde matlamat ke? Pening gak aku fikir benda-benda macam nie. Aku rasa aku takde lah malas sangat...means aku ada matlamat yang hendak aku capai, tapi malangnya matlamat aku tu tak prioriti dalam hidup. Sometimes aku rasa aku 'suka byk benda' dalam hidup nie dan habiskan byk masa utk benda-benda tu...fuhh...rugi masa kan? Kalau aku wat macam Bard mau berpuluh-puluh ribu duit aku dalam akaun.

By the way Bard, thanx for sharing ur little piece of life with me. Ironically as for me...money is not everything... sometimes I enjoy my life like this to taste the sweetest thing of life that is so pricelss and which the money could not afford to buy it.

Thanx for the 'berbuka moment' at Kenny Rogers. Rasa mcm cepat je masa berlalu...2 weeks from now ko dah jadi tunangan org dah, then jadik husband org. Pastu jadik bapak org plak.I'm gonna miss u fren! Huhuhu...

Kitorg abis makan kul 8.05, aku pegang janji ko Bard utk blanja aku bila ko dah kahwin nanti...kali nie Kenny Rogers aku byr...it is ok...credit card ada...Huh! credit card lagi....asyik bayar hutang credit card je aku nie...camner la aku nak menyimpan 1000 sebulan ni??? Patutla ko boleh simpan byk Bard sebab ko suruh member blanja rupanya....huhuhu...baru kutahu...

Monday, October 8, 2007

aPa aDa PaDa DiSKauN HaRi RaYa?



Dua hari lepas aku kuar dengan Diraf, Bilatuba and Lamak ke Sogo...kononnya nak shopping raya. Ye la...lagi seminggu nak raya...barang satu apa pun takde. Hajat di hati mmg nak beli macam-macam tahun nie sebab selama nie aku wat tak tau je pasal raya nie. Coz bagi aku Hari Raya adalah suatu hari dengan rutin yang membosankan : -
+G sembahyang raya+bermaafan+makan+sedara datang+makan+member datang+makan...sama je...sampai kiamat...

So tahun nie aku nak cuba ubah tradisi, aku nak travel beraya jauh-jauh....means g umah sedara or member yg jauh sikit yg dah lama aku tak jumpa. Takkan nak g beraya pakai baju tahun l,epas or baju 2 tahun lepas kan? That's why ar kami berempat g mencari tempat-tempat kapitalis barat bukak shopping complex utk beli baju raya.

Kenapa Sogo? Aku pun tak tau apahal...yg pastinya Sogo meriah dengan diskaun raya setiap tahun. Ada sampai 70% diskaun utk barang-barang terpilih. Plus, Sogo punya shopping complex nie mmg happening menjelang raya berbanding shopping complex lain yg meriah masa Krismas and Tahun Baru Cina je....maybe sebab owner Sogo nie byk yg melayu kot...or Melayu mmg ramai suka berbelanja kat Sogo (sampai anak pun boleh hilang kat sini)...

Bercakap ttg diskaun raya kat Sogo...tahun nie mcm tahun-tahun lepas gak...ada diskaun raya kat sogo. Tetapi yg peliknya tahun nie, sepanjang pengamatan aku dan hasil cerapan aku menunjukkan :-

@Harga barang selepas diskaun tahun ini lebih mahal dari harga barang tahun lepas
- Aku bagi contoh sandal Larrie, ada diskaun 50%...harga selepas diskaun is RM45. Tapi tahun lepas sandal yg sama selepas diakaun yg sama harganya just RM38. Naper tahun nie lebih mahal?

@Barang yg didiskaunkan tidak berkualiti
- Nie mmg ketara nampak...makin tinggi diskaun, makin hampeh kualiti barang. Tshirt Camel yg ada diskaun 50% coraknya memualkan...macam corak baju yang brother-brother Bangla pakai utk first date ngan minah kilang Melayu. Mmg s#@&! Baju-baju NEW ARRIVAL yg mahal giler tu mmg cantik, tp mahal nak mampus...yg diskaun semua hampas.

@Kenaikan harga pada sesetengah jenama
- Nie kononnya ada diskaun, tapi lebih mahal dari biasa. Biasa ar...taktik business...diorg naikkan harga semua barang 3 bulan sebelum raya and turunkan harga (dgn mendapat untung) 3 minggu sebelum raya dan mengatakan itu adalah diskaun! Huhuhu...smart business marketing.

@Falasi keterhadan item
- Psikologi pembeli dimanipulasikan dengan keterhadan ini. Item yg diletakkan dihadkan kepada 4-5 sahaja dan penjual kata "ramai org beli nie bang...nie yg last...kat stor pun takde". So, pembeli (termasuk aku) akan beli...kononnya item tu best dan menjadi pilihan ramai org, tapi sebenarnya berlambak dalam stor. Kalau tak caya cuba g balik Sogo tu keesokan harinya....sure ada la item yg sama tu....

Maka apa menariknya diskaun raya?
Mmg takde yg menarik pun. Pengajaran daripada cerapan aku, tak perlulah kita nak tunggu shopping complex buat diskaun sales utk shopping sebelum raya. It is better beli je dulu apa-apa yg kita hendak or minat 1-2 bulan sebelum raya utk mengelakkan pemalsuan yang tidak bermaruah ini.

But sometimes, ramai org tidak akan berfikir ttg semua pemalsuan tu. Coz, "the moment shopping bersama-sama kawan/gf/bf utk hari raya dengan mood raya di shopping complex tu adalah lebih bermakna and priceless..."

Dengan menggunakan alasan yang sama, utk kali keduanya aku ke Sogo dengan Imsizifah and berbuka bersama-sama Reemzhas di Times Square....seronok siot...yup...that moment mmg tidak dapat dibeli dengan wang ringgit!

Saturday, October 6, 2007

SaMPai BiLa HaRGa MiNYaK aKaN NaiK?

JoM TGK SeJaRaH KeNaiKaN HaRGa MiNYaK :-

1.sebelum tahun 1990 - RM 0.89

2.tahun 1990 - RM 1.10 (kenaikan RM 0.21)

3.01/10/2000 - RM 1.20 (kenaikan RM 0.10)

4.20/10/2001 - RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)

5.01/05/2002 - RM 1.32 (kenaikan RM 0.02)

6.31/10/2002 - RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)

7.01/03/2003 - RM 1.35 (kenaikan RM 0.02)

8.01/05/2004 - RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)

9.01/10/2004 - RM 1.42 (kenaikan RM 0.05)

10.05/05/2005 - RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)

11.31/07/2005 - RM 1.62 (kenaikan RM 0.10)

12.28/02/2006 - RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)

13. akan naik lagi dalam masa terdekat.....

Dan bagi menyedapkan hati rakyat dan cuba 'mengeksploitasikan' minda rakyat yang kabur, kerajaan lazimnya akan mengeluarkan kenyataan seumpama ini :-
Nota : (ayat - ayat standard)


1. Kenaikan minyak masih rendah berbanding mana2 pun negara ASEAN.

2. Kerajaan akan pastikan kenaikan tidak membebankan.

3. Kerajaan tidak mampu lagi menampung subsidi.

4. Kerajaan memberi jaminan harga runcit petroleum tidak akan dinaikkan lagi pada TAHUN INI.

Friday, October 5, 2007

aPaBiLa KiTa GaGaL MeMBeZaKaN anTaRa 'SPaCeFLiGHT PaRTiCiPaNT' DGN 'aSTRoNauT'


SUMBER : http://www.nasa.gov/mission_pages/station/expeditions/expedition16/index.html


Pernah dengar nama Dr.Sheikh Muzaphar Shukor? Mamat hensem kegilaan ramai gadis nie adalah seorang pakar tulang HUKM, bekas model iklan dan pakaian juga pemilik bersama Restoran Rebung secara usahasama dengan Chef Ismail kini kononnya diwar-warkan secara hebatnya sebagai salah seorang 'angkasawan' pertama Malaysia!

Pertama sekali tahniah kepada Sheikh Muzaphar kerana terpilih dan layak menjadi 'angkasawan' negara yang pertama yang kononnya bakal membawa perubahan besar dalam perkembangan sains dan teknologi angkasa di Malaysia. Sama sekali tidak terniat untuk berperilaku cemburu, atau dengki khianat terhadap kejayaan orang Melayu, cuma catatan menarik saudara Ahmad Tajdid patut diperhalusi sebelum kita membuat kesimpulan bahawa benarkah Malaysia sudah mempunyai angkasawannya yang pertama?

Di dalam artikel yang dikeluarkan oleh NASA (seperti url yg dilampirkan) Dr.Sheikh Muzaphar tidak disebut sebagai 'astronaut' atau 'cosmonaut', tetapi digelar sebagai 'spaceflight participant'. Menurut Wikipedia, 'spaceflight participant' adalah gelaran yang diberikan oleh NASA kepada pelancong angkasa.

Justeru, apabila kita dengan mudahnya menyamakan 'pelancong angkasa' dengan 'angkasawan', jelas sekali kita gagal memahami istilah tersebut dan tidak mempunyai pengetahuan mengenainya.

Sedikit rentetan kronologi mengenai 'pelancong angkasa', manusia pertama yang menjadi pelancong angkasa ialah jutawan AS, Dennis Tito pada 2001. Langkah Dennis dituruti Mark Shuttleworth dari Afrika Selatan (2002) dan ahli perniagaan AS, Greg Olsen (2005). Olsen sepatutnya merealisasikan impiannya sebagai angkasawan pada 2004, bagaimanapun cubaan pertamanya ditolak agensi angkasa Rusia atas sebab kesihatan.

Penyanyi AS, Lance Bass juga gagal untuk memenuhi impiannya menerjah angkasa pada 2002 kerana gagal membayar kos latihan di pusat persediaan angkasawan dekat Moscow.

Dan pada Ogos tahun lalu, calon pelancong angkasa Jepun, Daisuke "Dice-K" Enomoto, gagal dalam ujian kesihatan dan tidak dibenarkan untuk mengikuti pengembaraan kapal angkasa Soyuz ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) yang berlepas pada 14 September 2006. Jutawan perniagaan internet itu dilapor bersetuju membayar AS20 juta (RM74 juta) untuk memenuhi impiannya ke angkasa raya. Enomoto telahpun menjalani latihan intensif beberapa bulan di Rusia, tetapi nasib tidak menyebelahinya.

Kesimpulan daripada kronologi ini ialah : "sesiapa sahaja yang mempunyai wang (jutawan) boleh menjadi 'pelancong angkasa". Dr.Sheikh Muzaphar cukup beruntung kerana beliau dan rakannya, Dr.Faiz merupakan 'jutawan Malaysia yang terpilih' untuk menjadi 'pelancong angkasa' bagi ekspedisi menjelajah angkasa pada 10 Oktober ini setelah kerajaan Malaysia membelanjakan sebanyak RM3.4 billion bagi membeli 18 jet pejuang Sukhoi 30-MKM dari Russia.

Dengan pembelian yang kontroversi ini (kerana nilai komisyen yang terlalu tinggi melalui org tgh), maka kedua-dua Dr. dari Malaysia ini terpilih untuk menjadi 'pelancong angkasa' yang disebut-sebut oleh kerajaan kita sebagai 'angkasawan negara'.

Secara ringkasnya beberapa persoalan boleh dibuat mengenai isu ini :-

@Bagaimana kita boleh membuat kesimpulan mudah yang kita sudah mempunyai angkasawan negara? Amat memalukan apabila kita (terutamanya pemimpin negara) gagal membezakan antara 'angkasawan' dengan 'pelancong angkasa' sebagai istilah yang digunakan oleh NASA.

@Benarkah Projek Angkasawan Negara itu wujud, atau sekadar helah sains demi kepentingan politik untuk meraih undi dan populariti dalam pilihanraya?

@Adakah Projek Anggkasawan Negara ini merupakan helah untuk menutup pembaziran wang rakyat terhadap pembelian jet Sukhoi yg penuh kontroversi?

@Apakah platform awal (pendidikan formal) yang kita ada di dalam sistem pendidikan kita sama ada di sekolah atau di universiti, untuk kita bersedia menjadi sebuah negara yang celik tentang ilmu angkasa?

Tanyalah kepada mana-mana Pak Menteri kita atau kepada mana-mana Mak Menteri kita, dan yakinlah bahawa mereka sendiri tidak mempunyai jawapan tersebut. Mengapa? Kerana mereka sendiri gagal membezakan antara istilah 'astonaut' dengan 'spaceflight participant' dan dengan semberononya mencanang dari atas podium ke seluruh negara bahawa kita sudah mempunyai angkasawan negara. Sungguh menjengkelken....


P/S- Kalaulah Siti Nurhaliza itu seorang jutawan dan sanggup membayar kepada Russia, Siti juga akan menjadi 'angkasawan negara' dan lebih membanggakan apabila Malaysia akan mempunyai angkasawan yang paling jelita di dunia...

NuRiN JaZLiN : SeLaMaTKaH NeGaRa KiTa Ni?

aL-FaTiHaH uTK aRWaH.....


RaMai SuDaH oRG BeRKoMenTaR MeNGeNai iSu iNi (TeRMaSuKLaH aKu). SeTiaP MaNuSia YG NoRMaL aKaN MaRaH DGN PeRiLaKu SaDiS Si PeLaKu TeRHaDaP SeoRG KaNaK-KaNaK CoMeL YG SaNGaT MeNTaH DaN TiDaK BeRDoSa. KiTaR PeRILaKu JeNaYaH MCM Nie CuKuP MuDaH : aNaK HiLaNG - KeMuNGKiNaN DiCuLik - DiTeMui MaTi - SiaSaTaN DiJaLaNKaN - MaSYaRaKaT MaRaH - aHLi-aHLi PoLiTiK MeNGeLuaRKaN PeLBaGaI TeoRi YG MeRaPu - PeNJeNaYaH DiTaNGKaP - DiHuKuM - KeMuDiaN ISu iTu DiLuPaKaN....,.

SeBeLuM NuRiN SuDaH aDa RaMai MaNGSa YG 'TeRPiLiH' uTK MeLaLui KiTaR iNi, DaN SeBaGaI eNTiTi MaSYaRaKaT YG BeRaDa Di DaLaM 'MiNDa KeLaS KeTiGa' iSu iNi PaSTi aKaN BeRuLaNG TaNPa PeNYeLeSaiaN YG BaiK.

SuaTu InSiDeN SaDiS : KaNaK-KaNaK DiMaNGSai SeCaRa SeKSuaL DaN DiBuNuH MeMBuaHKaN BeNTuK-BeNTuK PeNYeLeSaiaN YG TaK MaSuK aKaL DaN BoLeH DiKeTaWaKaN oLeH SeMua oRG :-

@ USUL 1 : "MELAKSANAKAN SISTEM SEKOLAH SATU SESI"
-Idea apa ni? Apa kaitannya sekolah 2 sesi yg ada sekarang dengan kes penculikan dan kes bunuh kanak-kanak? Siapalah yg agak mamai memberikan idea yg sebegini rupa? Syyy...jangan ditanya...nanti seluruh dunia akan gelakkan negara kita. Sebelum memberikan idea yg sebegini mamai, disarankan agar pemberi idea memahami konteks masalah secara menyeluruh dan meneliti hubungan sebab-akibat terhadap sesuatu perkara. Dalam kes adik Nurin Jazlin, si kecil ini tidak hilang pada waktu persekolahan.....maka, mmg tidak ada kolerasi yg signifikan yg dapat menghubungkan bahawa USUL 1 ini dapat dijadikan penyelesaian terhadap kes ini.

@ USUL 2 : "DAKWA IBU BAPA YG CUAI MENJAGA ANAK"
- Ini mmg idea bangang yg berhati binatang. Dah la keluarga tu hilang anak, then hendak didakwa pulak disebabkan cuai. Apa bentuk falsafah kemanusiaan yg digunapakai dalam melahirkan idea yg tak bertamadun seperti ini? Kepada pemberi idea, ada beberapa soalan mudah yg perlu dijawab supaya idea kejam ini dapat diterimapakai.

1) Definisikan 'cuai' secara literal dan konsep
- Si pemberi idea seolah-olah tidak mempunyai anak atau tidak pernah menjaga anak kecil...mana ada anak kecil yg dipenjara 24 jam dirumah tanpa dibiarkan bebas bermain dan berkawan? Bagaimana dengan anak kecil yg aktif? Bagaimana jika ibu bapa benarkan anak ke pusat tiusyen dan anak tersebut hilang, adakah ibu bapa itu cuai? Konsep kecuaian itu sendiri bersifat abstrak dan gagal digariskan secara terang oleh si pemberi idea.
Dan selain daripada bentuk-bentuk kecuaian, perlu difikirkan juga tentang 'darjah kecuaian' tersebut. Seserius mana 'darjah kecuaian' ibu bapa yg memungkinkan ibu bapa anak tersebut didakwa?

2) Cuai dari aspek yg berbeza
- Konsep ttg kecuaian ini lebih molek di gunapakai terhadap ibu bapa yg 'cuai' menjaga anak sehinggakan anaknya : ponteng sekolah, jadi mat rempit, hisap ganja, hisap dadah, jadi bohsia, bohjan dan sebagainya. Adalah lebih baik mendakwa ibu bapa yg cuai menjaga anak mereka sehingga tercetusnya gejala-gejala juvana seperti ini daripada mendakwa ibu bapa yg kematian anak kononnya disebabkan 'kecuaian'.

3) Apa bukti kecuaian?
- Sebelum seseorg itu didakwa, perlu dibuktikan dahulu kesalahannya. Apa bukti seseorg ibu bapa itu cuai? Bagaimana mahu membuktikan kecuaian? Apakah indikator yg digunakan utk menyukat kecuaian? Ini perlu dijelaskan secara baik sebelum idea kejam pendakwaan ini dilakukan.

KESIMPULAN :-

#MaSYaRaKaT KiTa SeDaNg SaKIT
- Akuilah dan percayalah bahawa segelintir masyarakat kita sedang sakit (fidofilia) sehingga sanggup berperilaku kejam terhadap kanak-kanak yg tidak berdosa.

#PeMeRiNTaH TiDaK BeRTaNGGuNGJaWaB
- Keselamatan rakyat di tangan pemerintah. Apa gunanya jawatan dalam hierarki yg lebih tinggi dari masyarakat kalau masalah seperti ini gagal ditangani dengan baik? Apa gunanya undi dan kepercayaan yg diberikan oleh rakyat kepada pemerintah selama ini dengan harapan kebajikan dan keselamatan rakyat terjamin? Selesa sangatkah kerusi sebagai pemimpin sehingga pemimpin 'tertidur' dan menutup mata terhadap semua kepincangan sosial ini? Menteri mana yg berani mengaku bertanggungjawab terhadap isu ini?

#PoLiS GaGaL BeRFuNGSi
- Apabila polis 'disibukkan' dengan kerja-kerja menyuraikan perhimpunan politik di masjid...ini lah natijahnya. Tanggungjawab sebagai polis yg seharusnya menjaga kebaikan dan keselamatan rakyat 'disusahkan' dengan kerja-kerja penyuraian semata-mata atas tuntutan politik pihak-pihak tertentu. Wake-up la polis Malaysia....fokus dengan kerja sendiri....jangan mudah digunakan semata-mata utk politik!

#MaLaYSia TiDaK SeLaMaT uTK KaNaK-KaNaK
- Mungkin suatu kenyataan yg agak pedas dan perit....tetapi itulah hakikatnya. Malaysia sudah tidak selamat utk kanak-kanak. Bertitik-tolak daripada hakikat ini kita perlu akur bahawa kejadian yg telah menimpa adik Nurin boleh saja menimpa sesiapa saja tanpa sebarang kekecualian. Hanya masa yg menentukan bila berlakunya, siapa pelakunya dan siapakah mangsanya.

Keluarlah daripada penjara minda kelas ketiga. Tanpa perubahan minda secara total, percayalah bahawa kitar ini akan berulang semula dan muncul lagi idea-idea mengarut dari org-org atas kita yg selama ini menggunakan politik utk kepentingan peribadi dan periuk nasi mereka dan cucu-cicit mereka. Takziah buat keluarga adik Nurin, bersabarlah atas segala dugaan.

MeNGaPa BaRu HaRi iNi?

5 oKToBeR 2007.....

KeNaPa BaRu HaRi Ni aKu MeNGGaTaL NaK WaT BLoG? eNTaH aR aKu SeNDiRi TaK PaHaM.....HaNTu CyBeR MaNa YG MeRaSuK aKu SaMPai TeTiBa Je aKu NaK CReaTe BLoG. aCT DaRiPaDa DuLu NaK WaT BLoG CoZ aKu SuKa MeNuLiS.....TaPi BiaSa aR KaN...MeLaYu...MMG RaJiN BeRTaNGGuH.....HuHuHu....

SeMaLaM aKu CiTeR KaT MeMBeR aKu, KaMaL RaFiDi YG aKu NaK WaT BLoG.....Dia GeLaK Je.....MaYBe Dia TaHu aKu Nie HaNGaT-HaNGaT TaHi aYaM Je.....PaSNi BiLa aKu DaH BoSaN TeRKuBuR LaH BLoG aKu Nie.....HeHeHe.....DoN'T WoRRY KaMaL.....SeLaGi aKu aDa CiTeR aKu TuLiS aR KaT SiNi.....

SoMe SuRVeYS KaTa aDa 5 SeBaB uTaMa SeSeoRG Tu CReaTe BLoG :-

1. SeBaB oRG Tu BYK iDea DaN PeNGetaHuaN uTK DiLuaHKaN / DiKoNGSi

2. SeBaB iDea DaN PeNGeTaHuaN YG oRG Tu aDa GaGaL DiSaMPaiKaN SeCaRa BaiK SeCaRa LiSaN

3. SeBaB oRg iTu BeRSiFaT aRTiSTiK DaN GeMaR BeRMoNoLoG DaN MeNuLiS uTK MeLuaHKaN PeRaSaaN TeRHaDaP SeSuaTu

4. SeBaB oRG Tu SGT MiNaT MeNuLiS

5. SeBaB DaH TaKDe KeRJa LaiN NaK BuaT


aKu Nie DaLaM KaTegORi MaNa PuN aKu TaK Tau La PLaK...We WiLL See iT LaTeR....TuNNGu SaMPaI BLoG Nie SaRaT DGN CoNTeNTS, THeN i WiLL KNoW THaT aKu MeNuLiS Nie SeBaB aPa...Wei...aPa NTaH aKu MeRaPu Nie.....