Monday, October 8, 2007

aPa aDa PaDa DiSKauN HaRi RaYa?



Dua hari lepas aku kuar dengan Diraf, Bilatuba and Lamak ke Sogo...kononnya nak shopping raya. Ye la...lagi seminggu nak raya...barang satu apa pun takde. Hajat di hati mmg nak beli macam-macam tahun nie sebab selama nie aku wat tak tau je pasal raya nie. Coz bagi aku Hari Raya adalah suatu hari dengan rutin yang membosankan : -
+G sembahyang raya+bermaafan+makan+sedara datang+makan+member datang+makan...sama je...sampai kiamat...

So tahun nie aku nak cuba ubah tradisi, aku nak travel beraya jauh-jauh....means g umah sedara or member yg jauh sikit yg dah lama aku tak jumpa. Takkan nak g beraya pakai baju tahun l,epas or baju 2 tahun lepas kan? That's why ar kami berempat g mencari tempat-tempat kapitalis barat bukak shopping complex utk beli baju raya.

Kenapa Sogo? Aku pun tak tau apahal...yg pastinya Sogo meriah dengan diskaun raya setiap tahun. Ada sampai 70% diskaun utk barang-barang terpilih. Plus, Sogo punya shopping complex nie mmg happening menjelang raya berbanding shopping complex lain yg meriah masa Krismas and Tahun Baru Cina je....maybe sebab owner Sogo nie byk yg melayu kot...or Melayu mmg ramai suka berbelanja kat Sogo (sampai anak pun boleh hilang kat sini)...

Bercakap ttg diskaun raya kat Sogo...tahun nie mcm tahun-tahun lepas gak...ada diskaun raya kat sogo. Tetapi yg peliknya tahun nie, sepanjang pengamatan aku dan hasil cerapan aku menunjukkan :-

@Harga barang selepas diskaun tahun ini lebih mahal dari harga barang tahun lepas
- Aku bagi contoh sandal Larrie, ada diskaun 50%...harga selepas diskaun is RM45. Tapi tahun lepas sandal yg sama selepas diakaun yg sama harganya just RM38. Naper tahun nie lebih mahal?

@Barang yg didiskaunkan tidak berkualiti
- Nie mmg ketara nampak...makin tinggi diskaun, makin hampeh kualiti barang. Tshirt Camel yg ada diskaun 50% coraknya memualkan...macam corak baju yang brother-brother Bangla pakai utk first date ngan minah kilang Melayu. Mmg s#@&! Baju-baju NEW ARRIVAL yg mahal giler tu mmg cantik, tp mahal nak mampus...yg diskaun semua hampas.

@Kenaikan harga pada sesetengah jenama
- Nie kononnya ada diskaun, tapi lebih mahal dari biasa. Biasa ar...taktik business...diorg naikkan harga semua barang 3 bulan sebelum raya and turunkan harga (dgn mendapat untung) 3 minggu sebelum raya dan mengatakan itu adalah diskaun! Huhuhu...smart business marketing.

@Falasi keterhadan item
- Psikologi pembeli dimanipulasikan dengan keterhadan ini. Item yg diletakkan dihadkan kepada 4-5 sahaja dan penjual kata "ramai org beli nie bang...nie yg last...kat stor pun takde". So, pembeli (termasuk aku) akan beli...kononnya item tu best dan menjadi pilihan ramai org, tapi sebenarnya berlambak dalam stor. Kalau tak caya cuba g balik Sogo tu keesokan harinya....sure ada la item yg sama tu....

Maka apa menariknya diskaun raya?
Mmg takde yg menarik pun. Pengajaran daripada cerapan aku, tak perlulah kita nak tunggu shopping complex buat diskaun sales utk shopping sebelum raya. It is better beli je dulu apa-apa yg kita hendak or minat 1-2 bulan sebelum raya utk mengelakkan pemalsuan yang tidak bermaruah ini.

But sometimes, ramai org tidak akan berfikir ttg semua pemalsuan tu. Coz, "the moment shopping bersama-sama kawan/gf/bf utk hari raya dengan mood raya di shopping complex tu adalah lebih bermakna and priceless..."

Dengan menggunakan alasan yang sama, utk kali keduanya aku ke Sogo dengan Imsizifah and berbuka bersama-sama Reemzhas di Times Square....seronok siot...yup...that moment mmg tidak dapat dibeli dengan wang ringgit!

No comments: