Tuesday, July 22, 2008

'PeRTeLiNGKaHaN' YG DiPerDeBaTKaN



"Perdebatan ialah 'pertelingkahan ilmiah' antara sekurang-kurangnya 2 pihak yang bertindak mempertahankan pendapat masing-masing (premis) dengan hujah-hujah serta bukti-bukti yang konkrit yang menyokong premis berkenaan" - Profesor Diraja Ungku Aziz



Rasanya belum terlambat kalau aku nak ulas tentang 'pertelingkahan ilmiah' antara DSAI dengan Menteri Penerangan (yg kononnya nak letak jawatan kalau beliau kalah) dengan premis "Hari Ini Bentuk Kerajaan, Esok Turunkan Harga Minyak" yang disiarkan secara langsung pada 15 Julai lepas. Memang dah ramai blogger yg tulis pasal debat nie, and masing-masing dapat lihat betapa 'cerdik' dan beraninya Menteri Penerangan kita berhadapan dengan seorg pemidato yang hebat seperti DSAI.

Aku tak nak ulas isi kandungan debat tu, aku cuma nak sentuh perdebatan tersebut dari segi TEKNIKAL dan TAKTIKALNYA sahaja. Soal menang-kalah, benar atau palsu... itu semua aku serahkan kepada korg sendiri yg tgk perdebatan tu secara live. Masing-masing ada hak utk bagi pandangan masing-masing dan mempertahankan pendapat masing-masing.

Asasnya suatu perdebatan yang ilmiah dan sihat mengandungi aspek-aspek berikut :-

@ PERDEBATAN PERLU ADA USUL

- Usul perdebatan DSAI dgn Datuk Shabery cukup mudah : "Hari Ini Bentuk Kerajaan, Esok Turunkan Harga Minyak", dengan DSAI bertindak sebagai PENCADANG atau KERAJAAN dan Datuk Shabery berperanan sebagai PEMBANGKANG yang membangkang usul atau premis tersebut.

- Bagi menyokong USUL, DSAI perlu memberikan hujah-hujah yg LOGIK berasaskan fakta-fakta dan bukti yang konkrit bagi menyokong usul. Di pihak datuk Shabery pula, beliau perlu berhujah menolak USUL dan mematahkan hujah-hujah DSAI dengan fakta-fakta dan contoh-contoh bagi menyokong penolakan tersebut.

@ USUL PERLU DISOKONG DENGAN FAKTA DAN CONTOH

- Menyokong USUL atau MENOLAK USUL memerlukan fakta serta hujah yg dikembangkan dengan baik berserta dengan contoh-contoh yang relevan. Menyokong atau menolak usul tanpa hujah yang baik, bukanlah ciri-ciri perdebatan mengikut takrif perdebatan. Hujah juga perlu disulami dengan bukti-bukti yang relevan dan bersesuaian.

@ CELAHAN (SOALAN)

- Celahan atau soalan kepada pihak lawan seharusnya relevan dengan premis dan tidak berbelit-belit. Menjawab celahan/soalan yang dikemukakan dengan baik menggambarkan ciri-ciri kespontanan pendebat dan ketuntasan berfikir seseorg pendebat.

@ KESIMPULAN PERDEBATAN

- Kesimpulan perdebatan mestilah menggambarkan keseluruhan kes yang menyokong usul. Di pihak PENCADANG, DSAI perlu menyimpulkan bahawa usul beliau untuk "Menurunkan Harga Minyak" setelah membentuk kerajaan, dapat dilakukan dengan hujah-hujah yg logik berserta dengan bukti-bukti yang menyokong kes. Di pihak Datuk Shabery pula, beliau seharusnya mengemukakan rangkuman kes dan kesimpulan bahawa usul DSAI tidak boleh dilakukan atas alasan-alasan seperti yang telah dihujahkan. Soal siapa menang atau kalah dalam perdebatan hanya boleh DIHAKIMI oleh org-org lain yang menonton perdebatan tersebut.

Namun malangnya, apa yang berlaku tidak seperti yang dicirikan. Secara teknikal dan taktikal perdebatan, apa yang kita tonton pada 15 Julai lepas bukannya suatu PERDEBATAN yg sihat antara kedua-dua tokoh terbabit. Berasaskan analisis ciri-ciri dan aspek-aspek perdebatan yang ilmiah dan sihat, 'perdebatan' (kononnya) yang disiarkan secara langsung itu lebih bercirikan "pertelingkahan kurang cerdik" yang disiarkan secara langsung untuk menyerang peribadi pendebat (peribadi DSAI).

Sejak awal pertelingkahan, Datuk Shabery sebagai PEMBANGKANG USUL sama sekali tidak membangkang usul DSAI dengan hujah-hujah yg logik dan mampu diterima akal. Hujah-hujah Datuk Shabery banyak berkisar kepada peristiwa 1973-1974 yg merujuk DSAI sebagai 'kaki demo jalanan' dengan fakta-fakta kes yang bercelaru dan tidak konkrit.

Datuk Shabery juga sama sekali gagal dalam memberikan rasional PENOLAKAN USUL yang dikemukakan oleh DSAI. Seharusnya, Datuk Shabery memberikan "alasan-alasan yang munasabah" yang membuktikan bahawa penurunan harga minyak tidak dapat dilakukan dalam masa sesingkat itu, dan tidak munasabah untuk dilakukan. Dalam kes ini, hujah-hujah dan contoh yang konkrit mestilah dikemukakan berasaskan rujukan statistik dan laporan-laporan yang berautoriti daripada kerajaan Msia.

Celahan(soalan) daripada pihak Datuk Shabery (yg diwakili oleh NC UUM yg perasan bagus) juga bersifat kabur dan mengelirukan. Celahan yang baik mestilah padat, sampai kepada maksud dan tidak berbelit-belit. Ketika menjawab celahan yang dikemukakan oleh wakil DSAI pula, Datuk Shabery tidak berupaya menjawab semua persoalan secara tepat dan 'bermain secara selamat' dengan mengungkitkan semula isu demonstrasi DSAI 1973-1974 dan memberikan contoh yang sama sahaja dalam setiap pusingan perdebatan.

Justeru, secara peribadi, dalam "pertelingkahan kurang cerdik" yang disiarkan secara langsung selama 50 minit pada 15 Julai lepas, selaku PEMBANGKANG USUL, Datuk Shabery telah GAGAL sama sekali mematuhi asas-asas perdebatan yang sihat yang memberikan kesimpulan bahawa 'pertelingkahan' tersebut bukanlah suatu PERDEBATAN YANG SIHAT. Hujah Datuk Shabery yang bersifat peribadi dan emosi telah menenggelamkan unsur-unsur intelektual dalam perdebatan ilmiah yang sebenarnya.

Sekali lagi, penulisan ini sama sekali tidak memberikan keputusan MENANG ATAU KALAH berasaskan HUJAH DAN INTIPATI perdebatan. Analisis TEKNIKAL DAN TAKTIKAL sahaja sudah boleh menyimpulkan bahawa Datuk Shabery wajar meletakkan jawatannya sebagai Menteri Penerangan kerana telah GAGAL mewakili kerajaan menerangkan secara logika rasional kenaikan harga minyak sebanyak 78 sen yang sekarang telah membebankan rakyat secara keseluruhannya. Dalam pertelingkahan ini. DSAI adalah seorang WIRA yang mungkin akan dikenang sepanjang hayat!





P/S - Bukan senang ya nak berdebat. Bercakap sesuatu yang tak betul itu namanya BERBOHONG, mereka-reka cerita itu namanya MEMFITNAH, bercakap keburukan org lain di belakang org tersebut namanya MENGUMPAT!


Thursday, July 17, 2008

CeRiTa TeNTaNG SaHaBaT



"I value the friend who for me finds time on his calendar, but I cherish the friend who for me does not consult his calendar". ~Robert Brault


Minggu ini adalah minggu yang agak menenangkan... aman tanpa sebarang gossip atau kontroversi. Rasanya dah letih dah kerja kat sini... memang dah sampai masanya untuk aku berundur dan mencari rezeki di tempat lain. Berhijrah ke suatu tempat yang lebih tenang di mana wujudnya orang yang lebih menghargai kemahiran dan sumbangan aku. Sedih sebenarnya nak tinggalkan member-member or klik-klik kat opis aku nie. Sometimes aku rasa hubungan aku kat sini dengan kawan-kawan aku (Pak Wan,Farah,Asma and Datin), dah macam adik-beradik. Segala suka-duka, semua kami kongsi bersama.


Last week memang minggu yang sangat mendera jiwa. Kepala aku dah buntu dan meluat dengan kerenah 'org-org tertentu' kat tempat aku nie. Siapa kata Malaysia negara demokrasi? Takrif demokrasi di malaysia sudah berubah disebabkan politik lapuk mentaliti Melayu kelas ketiga yang kononnya mempunyai autoriti dalam sistem yg mereka duduki. Di Malaysia, kalau anda masih 'muda' or 'baru', jangan sekali-kali menggatal nak menjadi kreatif dengan memberi idea atau pandangan. Rebung harus dilentur mengikut buluh tua yang dah nak reput. Maka gagal dan tertolaklah teori kreativiti seperti yang dikemukakan oleh ramai tokoh pemikir yang ada di dunia sekarang!


Kadang-kadang aku terfikir nak tukar bidang kerja. Rasa macam nak jadik penyanyi or pelakon je. Dulu aku terfikir gak nak jadi penyanyi. Menyanyi untuk menghiburkan org... best kan? Walaupun suara aku tak sehebat Mawi dan vokal tak sejantan Jamal, tapi aku boleh berusaha ke arah tu (boleh g kelas vokal mcm Bob Petronas... hahaha...). Takde benda yang mustahil dalam dunia nie. Rowan Atkinson yg jadik Mr.Bean tu study electrical engineering gak... siap jadik lecturer lagi. Multi-talents dalam dunia nie bukannya sesuatu yang menghairankan. Si genius matematik Sufiah Yusuf pun boleh hebat sebagai Shilpa Lee di ranjang!


Tapi umur aku dah semakin berusia. Tak sesuai dah kalau nak jadik penyanyi (lagi la tak sesuai kalau nak jadik pelacur... huhuhu). Kalau setakat nak memekak kat RedBox tu boleh ar. Saja suka-suka sebagai hobby mengisi masa lapang dan meredakan ketegangan (bukan ketegangan lain ek...hahaha).


Wei apa aku citer ni? Aku hari nie sebenarnya nak citer pasal SAHABAT BAIK aku. Nama dia Kyo (perasan mcm Kyo Kusanagi... tapi lawan KOF dgn aku kalah gak). Kyo nie (seperti di dalam gambar) boleh aku kategorikan sebagai antara SAHABAT SEJATI aku yang sentiasa sanggup meluangkan masa bersama-sama aku tatkala aku dirundung malang dan ketika aku dalam kesedihan.


Apa benda SAHABAT SEJATI tu? Erm... camner nak cakap ek? Aku sebenanrnya tak reti nak buat tafsiran-tafsiran tentang sahabat nie. Coz bagi aku, aku hargai semua sahabat-sahabat or klik-klik aku. Tapi Kyo nie special sikit ar... (yg lain jgn kecik hati ek). I can't describe in words tentang Kyo nie. For me, he is my best friend yang tak pernah menghampakan aku dan sanggup berada bersama-sama aku dalam keadaan aku susah dan senang.


Yup... friendship tidak boleh didescribe dgn words.. coz it is perasaan yang akan kita rasa apabila kita bersahabat dengan seseorang itu. I bet most of you ada best fren kan? Best fren tu tak semestinya kita kena jumpa dia hari-hari or tak semestinya dia akan ikut je apa kehendak kita. Best friend is "a friend yg dalam keadaan kita gembira dan susah... dia akan sentiasa ada untuk mendengar masalah kita walaupun dia mungkin tak mampu untuk menyelesaikannya".


Kyo is that type of friend. Sebab tu la aku treat Kyo sebagai best friend aku walaupun aku tak sure Kyo anggap aku apa. Eventhough dia lagi muda daripada aku, tapi dari segi kematangan... dia memang boleh aku percayai sebagai sahabat baik aku.


Last week dalam keadaan aku tension giler babi, Kyo sanggup luangkan masa dengan aku melahar di Bukit Bintang... muahahaha. Kitorg lepak Bukit Bintang berkaraoke sampai kul 4 pagi sambil menikmati juadah supper yang penuh dengan kolesterol. Banyak gak kitorg makan... sampai dah takleh nyanyi sebab makanan dah penuh kat kerongkong. Nyanyi from pukul 12 suku malam sampai kul 4 pagi 2 org je... fuh... sampai serak ar jugak suara masa nak nyanyi lagu Cinta Kain Putih tu... hahaha...


Penat woo... mata pun dah ngantuk giler lepas balik karaoke. Tapi kitorg sambung berborak sampai pukul 5.30 pagi and then tidur. Thanx Kyo sebab temankan aku. Terima kasih sebab sanggup meluangkan masa bersama-sama aku, mendengar segala keserabutan hidup aku dan sanggup berpenat lelah datang naik tren ke Bukit Bintang. You're such a wonderful gift yg Tuhan kurniakan kepada aku selama ini.


Walaupun suara kau sengau ala-ala Achik Spoon, I really enjoyed the karaoke session that night. Dan aku amat-amat menghargai setiap detik aku bersama-sama dengan kau malam tu (fuhh... macam gay couple la plak).


"A loyal friend laughs at your jokes when they're not so good, and sympathizes with your problems when they're not so bad". ~Arnold H. Glasgow


Dalam dunia ini, sebenarnya agak sukar untuk mencari sahabat sejati. Dunia yang penuh dengan kepura-puraan di mana manusia hanya mementingkan dirinya sendiri sahaja dan mengenepikan orang lain. Dunia di mana manusia diajar untuk menindas dan bersaing dengan org lain. Dunia yang tidak pernah adil dan tidak pernah jujur untuk memberi makna yang suci untuk sebuah persahabatan.


Terima kasih Kyo atas segala masa dan perhatian selama ini. Sekali lagi Kyo telah membuktikan bahawa dia adalah kawan yang layak bergelar SAHABAT SEJATI walaupun suaranya tidak sehebat Mawi masa dia nyanyi lagu 'Kian'... huhuhu. Benar, sahabat itu umpama tangan dan mata : "Apabila mata menangis, tangan akan menyapu air mata itu, dan apabila tangan terluka, mata pula akan mengalirkan air mata... menangis kerana kepedihan".





P/S - Tadi baru terbaca iklan dalam internet pasal kelas vokal Hazami... mana ar tau leh asah suara jadik penyanyi... takkan ar nak jadik pelacur plak? Hahaha...

Thursday, July 10, 2008

PRiSoN BReaKeR



Pernah terfikir bahawa kehidupan kita sebenarnya terpenjara? Tipu la kalau korg tak pernah langsung terfikir mcm yang aku fikir. Ya... dalam dunia yang bebas sebenarnya kita terpenjara. Terpenjara oleh kongkongan org-org yang kononnya berautoriti lebih tinggi dari kita.

Actually, since aku kecik aku selalu terfikir mcm tu. Masa aku kecik mmg susah giler nak keluar rumah coz mak bapak aku mmg tak bagi kebebasan sepenuhnya untuk aku bercampur gaul dengan org-org sekitar aku. Alasan utama mereka, aku masih mentah dan tak tau ttg segala macam benda ttg hidup. Masa tu aku tak kisah sebab aku tau mak bapak aku mmg berfikir ttg keselamatan aku dan tak mau aku sebarangan bergaul dengan org lain walaupun hati aku memberontak.

Then, masuk sekolah asrama... lagi lah hidup aku terpenjara. Igtkan bebas dari mak bapak... tapi lagi seksa terkurung kat sekolah asrama dengan mcm-mcm peraturan yang kadang-kadang tak masuk akal (bayangkan kat sekolah dulu sembhyg sunat duha pun dah jadik wajib...siap kena amik nama lagi kalau tak pergi). tapi apa nak buatkan... dah cikgu ada autoriti mcm tu... so kena ikutlah walaupun terasa azzabnya.

Pastu aku masuk matrikulasi and universiti... fuh... rasa dah 'dewasa' skit. Seronok gak hidup di alam kuliah nie. Walaupun exam susah nak mampus... tapi still boleh diharungi gak sebab masa nie rasa seperti dah bertanggungjawab terhadap diri sendiri. Peraturan-peraturan universiti tu biasa ar... plg teruk pun result kena tahan kat Jabatan Akademik sebab tak settle lagi yuran pengajian dgn Bendahari UKM. Or, plg cuak pun sebab kena tahan dgn Papa Yokies sebab takde kat matrix masa balik dari KJ maju kul 2-3 pagi (rindu ngan Papa Yokies... dah kurus ke blum org tua tu? huhuhu...). Pendek kata, kongkongan kat universiti dulu takde la seteruk masa sekolah asrama and matrikulasi dulu... hehehe...

Tahun berganti tahun... pelbagai ranjau dan onak duri telah dilalui (mcm ayat novel la plak). Tahun ini umur aku sudah ke dua puluh lapan. Dengan jiwa yang lebih matang 'mengabdikan' diri sebagai pendidik anak bangsa. Fuh... bukan senang woo nak ajar budak-budak... lagi-lagi budak pandai... banyak udang banyak garamnya... hehehe...

Walau umur hampir mencecah tiga puluh, tetapi jasad dan minda masih terpenjara. Aku keluar dari penjara Batang Berjuntai yang serba dhaif, berpindah ke Penjara Sona di bumi Shah Alam. First time aku jejak kan kaki kat sini aku dah dapat 'hidu' kebusukan Penjara Sona yang penuh kolot dan jelek. Kononnya penjara bertaraf dunia... tetapi mind masih berada di kelas ketiga. Di penjara ini, yg berautoriti akan SENTIASA BETUL, TIDAK BOLEH DIKRITIK dan MESTI DIHORMATI SEPANJANG MASA. Di penjara ini juga, pengalaman sebagai 'banduan' (siapa yang menghuni paling lama) perlu diambil kira. Banduan part time atau banduan kontrak langsung tidak boleh bersuara walau setinggi mana pun jeriji demokrasi di dalamnya.

Maka jadilah aku banduan yang sering 'diliwat' oleh banduan-banduan uzur dengan sistem penjara yang meletihkan. Dengan rutin yang tidak memberi ruang untuk sebarang peningkatan kepakaran, banduan baru akan sentiasa 'diliwat' dan dimangsakan. Letih... bosan dan memeningkan. Suatu sistem di mana pihak yang berautoriti (kononnya) langsung tidak berfikiran terbuka dalam menerima idea-idea baru dan pandangan

Sampailah masa untuk aku 'keluar' dari Penjara Sona ini... tidak ada seorg pun banduan yang sanggup 'diliwat' sepanjang masa dengan sistem yang ortodok dan jumud. Selamat tinggal Sona... sudah sampai masanya untuk aku melarikan diri dari kesengsaraan 'diperhatikan' dan diawasi oleh banduan-banduan uzur yang acapkali mencari kesilapan demi kesilapan.

Walaupun aku banduan atau hamba kepada kerja, aku juga punyai maruah dan harga diri. Tidak tergamak membiarkan diri ini 'diliwat', dilacuri serta langsung tidak dihargai. Sekali lagi, selamat tinggal Sona... terima kasih kepada makcik-makcik cafe yang baik hati, tukang sapu yang sentiasa senyum, juga kepada rakan-rakan sepenjara yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan. Rezeki itu berada di mana-mana... yang penting ia halal dan kita bergembira dalam menjalani hidup.

Sukar sungguh hidup sebagai banduan... yang mesti akur dengan segala peraturan dan undang-undang. Terasa besar sungguh dosa di alam ini sehinggakan seorang banduan itu sentiasa ditindas dan diperlakukan sewenang-wenangnya tanpa belas ihsan. Sudah tiba masanya aku 'melarikan diri' dari penjara puaka ini... semoga ada ruang yang lebih bebas untuk aku hidup dan bernafas.




P/S - Kat penjara tempat aku nie nak g cafe beli air pun menjadi satu kesalahan... Tiba-tiba terasa rindu kat mak and abah... walau kdg kala rumah itu ibarat penjara, tetapi ia masih syurga dunia yang tiada tandingannya.

Tuesday, July 8, 2008

KISaH LiWaT YG DiSeNSaSiKaN




Hari ini agak suram. Matahari seolah-olah malu-malu lipan di balik awan mendung. Kat opis mmg sejuk. Baru je abis kelas pagi tadi... dengan budak-budak baru kelas Sihpmem. Nothing special to say about them. Baru kelas pertama... diorg macam cuak je ngan aku. And sepanjang kelas tu pun diorg tak byk sgt interaction sebab ada Test yg pertama dalam minggu pembelajaran diorg. Mengantuk gak ajar kelas mcm nie... sebab tak ada perkara-perkara pelik dan sensasi yg berlaku dalam kelas. So far, diorg semua just average... kena tunggu minggu-minggu yg seterusnya utk mencari gali apa 'menarik' dan 'sensasinya' kelas Sihpmem ni.

Dalam teori pembelajaran dan pengajaran (nie bukan PCK ya), sesuatu yg sensasi dan menarik itu adalah PERLU untuk mewujudkan suasana pembelajaran yg mengujakan dan seimbang di dalam kelas. I don't mind kalau ada budak yang bermasalah dalam kelas, budak buat bising or budak cun yg sentiasa control ayu... sebab bagi aku, karaktor-karaktor mcm nie lah yang akan 'mewarnakan' kelas tersebut. Semakin pelik perangai mereka, maka semakin menarik proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Takde la aku rasa bosan tahap kerbau membebel sorg-sorg depan kelas.

Mengapa perlunya sesuatu yg bersifat sensasi? Jawapan mudah : untuk menutup kebosanan dan kesuraman persekitaran. Kisah paling hangat (yg disensasikan semula) ialah kisah Brokeback Mountain DSAI dengan seorg budak tak lepas universiti bernama Saiful (tetiba citer pasal politik plak). Mmg sensasi dan popular sehinggakan Mak Munah kat kampung dan adik Aiman yang baru umur 5 tahun pun boleh sebut perkataan LIWAT tanpa segan silu.

Sama ada benar atau palsu kes ini... itu bukan titik pertikaiannya. Pokok persoalan di sini adalah SENSAI LIWAT ini utk menutup apa? Adakah kisah dalam kain pelikat ini bertujuan untuk menutup :-



# Tindakan zalim kerajaan yang menaikkan harga minyak sehingga lebih 40% sedangkan Malaysia adalah antara negara pengeluar minyak dunia?

# Kekalahan yang mengaibkan bagi Barisan Nasional dalam PRU 12?

# Gossip skandal seks najib Tun Razak dan penglibatan isterinya dalam kes pembunuhan Altantuya?

# Kehilangan Bala selepas menarik balik akuan bersumpahnya?

# 'Pertelingkahan senyap' Abdullah Badawi dengan timbalannya?

# Kes undi tak percaya terhadap Perdana Menteri?

# Kemaraan Pakatan Rakyat untuk menumbangkan Barisan nasional?

# Atau untuk menutup kelemahan kerajaan yang dimalukan Singapura kerana gagal mempertahankan hak dan kedaulatan Pulau Batu Putih?



Pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Kisah liwat dalam selimut yang sepatutnya menjadi rahsia, secara tiba-tiba disensasikan semula. Mengapa sensasi sebegini berlaku?

Dalam keadaan yang sensasi sebegini, maka terbongkarlah perpaduan Melayu yang goyah, perbalahan sesama muslim yang tidak berkesudahan dan fitnah berleluasa di kalangan kita yang sebangsa dan seagama... semuanya disebabkan doktrin politik yang berbeza. Seharusnya perbezaan pendapat dan aliran fahaman politik mampu memberi 'rahmah' kepada kita semua, tetapi sebaliknya telah berlaku.

Kisah liwat sebegini telah menelanjangkan betapa longgarnya perpaduan bangsa dan betapa murahnya minda kita sebagai muslim yang saling tuduh-menuduh serta fitnah-memfitnah antara satu sama lain sehingga memungkinkan musuh-musuh Islam "menikam kita dari belakang" tanpa kita sedari.

Kepada pemimpin di atas sana, tidak kiralah fahaman apa yang dianuti... bermuhasabahlah (bukan bermubahalah ya) seketika untuk mencari penyelesaian terbaik demi keagungan bangsa, agama dan negara. Cari jalan penyelesaian yang baik dengan mengetepikan dulu aliran politik kepartian yang menyusahkan demi kebaikan seluruh rakyat Malaysia.

Kadang-kadang, aku rasa lebih baik menjadi pendidik kepada pelajar yang 'biasa-biasa' sahaja... daripada mendidik pelajar yang sentiasa mencetuskan kontroversi dan sensasi dengan perangai mereka, kerana kita tidak tahu untuk apa sensasi dan kontroversi itu diwujudkan : adakah untuk menguji kita, atau menggambarkan 'kemendungan' hati mereka yang dahagakan perhatian....





P/S - Malas plak nak g klas kul 2 nie... awan masih mendung... matahari masih malu-malu lipan... kesejukan masih mencengkam. Rasa nak balik umah tidur bogel dalam selimut je... muahahaha...

Saturday, July 5, 2008

JoM BeRDieT CaRa BeCkHaM



Smlm adalah hari yg plg menarik. Hari di mana badanku dan rakan-rakanku dianalisis oleh konsultan kecantikan aku yg cun bernama Kak Kamila. Utk pengetahuan korg, Kak Kamila nie konsultan HERBALIFE aku (www.herbalife.com). Kalau nak diikutkan dah dekat setahun aku consume product nie, tapi disebabkan harga yg mahal dan kemuakkan aku, so aku stop 10 bulan dan tak ambik langsung produk nie.


Berat badan asal aku dekat 90 kg... dah nak macam berat 2 ekor anak tapir dah tu. Mmg hodoh giler... Maya karin pun tak teringin nak pandang aku (that's why la dia nak kahwin dgn Cikgu Matematik from Liverpool... bukan dgn aku... huhuhuhu...). Masa awal-awal timbang berat badan tu, mmg rasa malu giler. Kak Kamilah siap ambik gambar aku dalam keadaan yg buncit tu. Masa tu tekad Hazami aku mmg sgt tinggi nak turunkan berat badan.


Hasilnya, aku trn la gak dalam 6 kilo (byk tu wei... cuba korg angkat 6 kilo beras... larat tak?). Masa tu badan rasa ringan skit. Member-member pun ada yg sedar ttg perubahan kecil aku tu. Then aku jadik tambah bersemgt nak turunkan lagi. Tapi apakan daya... kusangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari...


Disebabkan kesempitan hidup (boleh masuk rancgn Bersamamu ni), aku stop beli produk tu. Agak mahal nak maintain bulan-bulan... mengalahkan Paris Hilton perbelanjaan aku ni.But, sebenarnya sangat-sangat berbaloi. 20 hari lepas aku timbang semula berat aku, berat aku jadi 83 (sblm tu 82.6) - aku just naik 400 gram walaupun aku tak amik product tu hampir sepuluh bulan! Fuh... menarik tu... then aku beli secara pukal produk tsbt supaya rakan-rakanku boleh beli dengan harga yang murah (ayat businessman).


So smlm, aku timbang lagi... berat aku dah jadik 72kg!!! Mcm tak percaya je yg aku boleh trn 10 kg dalam masa 20 hari je! Sampai aku terfikir yg penimbang nie mcm rosak je... tp rupa-rupanya tak rosak. Hari nie aku excited giler... sebab rakan-rakanku pun berminat nak trnkan berat badan dan beli produk dari aku. Huhuhu... boleh wat bisnes nie...


Maka, MOU pun telah dimeterai antara aku, Asma (nie prospek pertama aku), Datin (memula dia tak nak beli... then siap nak jadik agen plak), Rabeah (tak sempat nak timbang), farah (dah kurus tapi nak cantikkan kulit), Irda (she is cute... tp berisi) and Diana (akibat hasutan rakan sebaya). Start next Monday pada tanggal 7 Julai 2008... akan bermulalah diet kami semua. Setiap org akan berusaha utk mendapatkan berat badan ideal masing-masing sblm beduk berbunyi di pagi lebaran tahun ini... hahaha...


Diet beramai-ramai nie best... takde ar kita rasa tension sgt coz semuanya akan saling membantu mengingatkan antara satu sama lain yg roti canai dan pisang goreng itu merupakan antara contoh makanan yg berkolesterol tinggi yg akan membunuh segala matlamat menurunkan berat badan. And thank to Herbalife coz produk nie mempunyai rasa yg sgt sedap kalau nak dibandingkan dengan produk-produk lain walaupun harganya boleh tahan mahal la jugak.


Diet dgn Herbalife tidak menyeksakan... tak perlu nak berjogging dan pergi gym macam Kevin Zahri... and tak perlu nak tahan lapar macam Normala Shamsuddin yg makan sesudu nasi je sehari. Diet dgn Herbalife sangat simple, menyelerakan dan terbukti berkesan! (boleh baca berjuta-juta testimonial dalam internet). David Beckham pun jadik duta utk Herbalife and minum 16 shakes Herbalife setiap hari!


Special thanx to : Sarah, Kak Kamilah and Kak Rahimah yg sudi mencemar duli utk turun dan memberikan konsultasi percuma kepada rakan-rakan aku. Kepada rakan-rakan, selamat berdiet... selamat berdisiplin, dan selamat menujuk puncak kelangsingan bersama Herbalife. Bayangkan diri anda sedang berusaha untuk mendapat berat badan ideal utk mengurat David Beckham... muahaha....

"Pisang emas di bawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang Herbalife korg bank in lah nanti..."



P/S - Takpe... ada skim ansuran mudah tanpa cagaran... hahaha... Good Luck semua!



Monday, June 30, 2008

RM1JuTa MeNGaKu DiLiWaT???




Hari nie sangat membosankan. Tunggu masa je nak punch out balik rumah. Terasa lambat masa berjalan. Sesaat tu mcm seminit lamanya. Time-time bosan mcm nie apa lagi... surf internet je ar. Mata pun dah mengantuk giler babi... pening kepala bercampur kesejukan dalam opis... fuh... bosannya kerja gov mcm nie...

Tapi still ok lagi la daripada buat kerja lain. Kerja lain mana ada masa nak lepak? Kerja macam aku nie je la ada masa yang mahakarya byknya... siap boleh wat part time lagi. Tapi ketensionan kerja mmg tetap ada. Ermm... ada ke kerja yg tak tension? Setahu aku pelacur pun tension melayan pelanggan... hahaha...

Teori hidup dalam dunia kapitalis mcm nie mmg sangat mudah. Sifirnya hanya begini... "Untuk hidup kita perlukan duit, dan untuk dapatkan duit kita perlu bekerja"... simple je kan? Takde jalan pintas nak dapat duit melainkan kita merompak (berisiko tinggi), meminjam (nanti kena bayar gak) dan maybe yang paling popular sekarang ialah mengaku diliwat! Hahaha...

Senario politik Malaysia semakin menarik. Belum surut kes pembabitan Rosmah Mansor dalam kes pembunuhan Altantuya, tiba-tiba ada sorg mamat umur 23 tahun nie mengaku yang dia diliwat oleh Anwar Ibrahim pada 26 Jun lepas. Mamat bernama Saiful Bukhari Azlan nie sebenarnya bekas student UNITEN (ada yg kata mamat nie kena buang dari universiti sebab bengap dalam pelajaran) dan aktif dalam berpersatuan (patutlah pelajaran pun terabai) khususnya event-event yg melibatkan VIP-VIP dan pak-pak menteri.

Maka tidak hairanlah kalau 'secara tiba-tiba' munculnya dakwaan yang karut lagi mengarut yang mengulang semula episod hitam 1998 dalam karier politik Anwar Ibrahim. Secara ringkasnya dakwaan budak mentah ini berbunyi seperti ini :-



“Saya Mohd Saiful Bukhari b Azlan ingin melaporkan bahawa saya telah diliwat oleh majikan saya. Perkara ini berlaku tanpa kerelaan saya. Kejadian terakhir berlaku 26/6/08 di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara, Jln Setia Kasih, KL. Oleh itu, tujuan laporan ini dibuat untuk mendapat pembelaan dan keadilan keatas diri saya. Saya juga berasa bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga saya jika perkara ini tersebar luas di khalayak ramai. Majikan saya Dato Seri Anwar Ibrahim - Ketua Umum PKR.”


Secara logik akal, katakanlah korg pernah kena liwat... ada tak keberanian korg nak buat report and mengaku mcm ni??? Kerja giler kan? Siapa yg berani mengaku kena liwat? Diliwat oleh Anwar Ibrahim plak tu... bergegar satu dunia tahu semua benda tu. Teorinya simple je.. keberanian utk mengaku mcm nie hanya boleh didorong dengan GANJARAN YG LUMAYAN! Kalau setakat bagi 1000-2000 RM je... takde maknanya nak memalukan diri mengaku kena liwat... buat rosak maruah je...

Takpelah kita tunggulah siasatan polis. Biar Tuhan tunjukkan kebenarannya. Memfitnah nie berdosa besar... pandai-pandailah timbang sendiri dosa sebelum masuk kubur nanti. But aku percaya di ruang maya mcm nie (esp yg selalu baca blog) takkan mudah percaya dakwaan mudah dari seorang budak yang kena tendang universiti mcm nie. Masyarakat semakin matang... PRU 12 telah membuktikan segala-galanya... budaya angguk-angguk dalam BN tu sahaja yang membutakan mata diorg utk melihat kebenaran.

Erm... esok ada konferens plak tu... letih kepala aku nak berfikir esok... kalau rasa tension and malas je, aku rasa nak mengaku diliwat oleh Khairy Jamaluddin la... mana ar tau untung-untung dapat RM1juta... hahaha....



P/S- Si Saiful nie lembik sgt ke sampai takleh melawan masa Anwar Ibrahim nak liwat dia? Confuse... confuse...

Sunday, June 29, 2008

aPaBiLa 'SePi' MeNCeNGKaM KaLBu



"Bisikku pada bulan...
Kembalikan temanku, kekasihku, syurgaku...
Tanpa dia, malam menemaniku...
Sepi memelukku...
Bulan jangan biar siang...
Biar alam ini kelam...
Biar ia SEPI sepertiku"


Fuhh... tetiba plak aku jadik jiwang. Kerja berlambak tak buat ada plak masa aku nak berjiwang karatz nie... hahaha... relaxla... nama pun manusia... at least 1% mesti ada sifat-sifat kejiwangan tu. Huhuhu...

Dah dekat separuh tahun jugak blog aku nie SEPI tanpa tulisan baru. Kerja-kerja yg berlambak kat opis telah mengisi kesepian aku selama ini. Tak sempat langsung aku nak tulis pasal harga minyak naik and beberapa isu lagi sehinggalah isu hari ini "Anwar Ibrahim meliwat lagi?" (konspirasi Najib Nie). Kebusyan telah mengatasi kesepian... maka tidaklah aku berkesempatan untuk menulis...(alasan malas sebenanrnya).

Tetapi di keheningan petang ini, sepi itu mula mencengkam. So, bila dah sepi nie... adalah masa utk aku tulis sebab waktu-waktu mcm nielah tahap kejiwangan kita akan naik secara exponen. Waktu-waktu sepi mcm nie lah yg akan membuatkan kita terimbau kenangan suka duka sepanjang kita hidup sebagai manusia selama ini.

Aku nie bukan le mamat yg jiwang sgt. Sebab aku rasa mcm membazir masa je nak berjiwang-jiwang nie. Byk lagi kerja nak dibuat (ya... modenisasi mengajar manusia untuk tidak menjadi manusia seadanya...). Bila dah busy sangat, kita sampai terlupa ttg falsafah kehidupan... untuk apa kita dijadikan... untuk siapa dan mengapa.... semua itu perlu dimengertikan.

Tekanan hidup menyebabkan kita menjadi hamba kepada segala material yg ada di dunia ini. Bangun pagi... masuk kerja seblm kul 8... then punch out pukul 6 ptg... balik dalam keadaan keletihan. Kdg-kdg kerja-kerja kat opis tu siap bawak balik rumah lagi sebab dah berlambak sgt. Esoknya, kita mengulang rutin yg sama... seolah-olah tidak ada kesudahan.

Pejam celik pejam celik... 18 Jun lepas dah genap setahun aku kerja di tempat baru nie. Banyak suka duka kerja kat sini... dan banyak juga perangai manusia yg aku kenal. Setahun bukannya tempoh yg lama apabila hidup kita diperhambakan oleh rutin yg menyesakkan. Skang dah nak masuk bulan Julai... lima bulan lagi akan menjengah ke tahun 2009... fuh... rasa baru je semalam sambut new year 2008 kat KLCC... cepat sungguh masa berlalu.

Bila masa berlalu, umur pun makin meningkat. Dan dalam masa yang sama usia kita di dunia maya ini semakin singkat. Perlu dibezakan antara umur dan usia. Umur hanya angka yg menentukan sudah berapa lama kita hidup, sementara usia adalah ukuran berapa lama lagi kita ada untuk hidup di dunia fana ini sebelum menuju ke alam yg kekal abadi. Dalam keadaan sibuk, kita sampai tidak ada masa nak fikir semua benda tu... apa yg kita fikir ialah kerja siap ikut dateline yg ditetapkan dan kita enjoy dengan kerja yg kita buat sampailah kita dapat gaji hujung bulan... kan?

Tapi hakikatnya... kita semua adalah insan-insan yang kesepian. Terasa diri sendirian mengharungi ranjau hidup yg penuh dugaan. Korg pernah tak rasa keseorangan? Rasa mcm takde sesiapa kat dunia nie melainkan diri sendiri yg berjuang untuk hidup. Cuba praktikkan eksperimen ini... masa semua org dah tidur waktu malam, cari satu kawasan lapang (padang misalnya)... bentangkan tikar and baring mendongak ke langit. Perhatikan bulan dan bintang... dalam masa 3-5 minit... korg akan rasa kesepian itu hadir.

Ketika inilah kita harus bermuhasabah... berfikir ttg kehidupan dan masa depan... berfikir ttg org-org yg kita sayang dan menyayangi diri kita dan ketika ini jugalah kita akan berfikir ttg Tuhan sebagai Pencipta. Syahdu rasanya bila fikir benda-benda macam tu... huhuhu.

Semalam aku tgk movie nie. Movie Khabir Bhatia mmg tidak mengecewakan. Gandingan pelakon yg hebat, sinematografi yg mengkagumkan diadun dengan muzik latar yg cukup syahdu (macam ayat slogan utk peraduan plak)... Khabir masih unggul dalam penceritaan yg cukup menyentuh perasaan.

Jangan bandingkan SEPI dengan CINTA, sebab kedua-duanya tidak berada di landasan yang sama walaupun kedua-dua tema filem ini sangat berkaitan. Datang dengan fikiran yg kosong... dengan jiwa yang tenang agar SEPI itu mampu hadir dan mencengkam kalbu.

Falsafah filem ini cukup mudah : "Cinta tidak datang hanya sekali". So, untuk sesiapa yg pernah kecewa or gagal dalam bercinta tu, ketahuilah bahawa masih ada ruang dalam hati kita yg boleh dibuka dan diisi oleh org lain... jangan biarkan kenangan duka menutupi keindahan cinta... cinta akan hadir tatkala sepi mencengkam... supaya hati kita berfikir bahawa alangkah sukarnya hidup tanpa cinta dan alangkah sunyinya hidup bertemankan SEPI.



P/S - Apasal aku rasa mcm jiwang bangsat je karya aku nie? Huhuhu... sesapa yg belum tgk citer SEPI ni dipersilakan tgk... aku bg 4 stars. Citer nie maybe tak mampu menarik minat mereka-mereka yang tahap kejiwangannya kurg daripada 1% dan sama sekali tidak sesuai utk mereka yang selama ini hanya menjadi hamba material yang terperangkap dalam putaran rutin bekerja yang tiada berkesudahan....

Monday, March 17, 2008

'KLiK' SeKaWaN GaGaK



Pagi tadi aku sengaja pergi opis lambat. Kelas start pukul 10. Ada banyak masa lagi. Tu yang best keje kat sini. Suka hati mak bapak nenek tiri aku je nak masuk pukul berapa tanpa dikongkong oleh sesiapa. Nama pun kerja kerajaan... disebabkan negara kita nie mengamalkan sistem demokrasi terpimpin, so tak kuat sangatlah kongkongan atau tekanan masa untuk punch in tu. The most important thing is kerja yang diberikan siap dan tidak ada sebarang komplen dari 'client'. Huhuhu...kerja gov, tapi falsafah kerja macam swasta la plak...


On the way aku g opis, tiba-tiba sekawan gagak dengan selambanya terbang kat atas kepala aku. Byk woo... ada dalam 20-30 ekor. Kat Shah Alam ni gagak memang berlambak. Bising giler. Sib baik la gagak bising waktu siang je... kalau tak dah lama gagak-gagak kat sini kena tembak macam operasi tembak gagak besar-besaran tahun 1995 dulu. Uniknya gagak, walaupun burung ini tidak secantik merpati dan kotor (sebab makan benda-benda kotor), gagak adalah antara spesis burung yang kita selalu lihat terbang 'beramai-ramai' atau sekawan. Jarang kita tgk gagak terbang 'seekor dirinya' tanpa kawan-kawannya yang lain.


Ironinya, dalam coretan kali ini, aku ingin bercakap tentang kawan atau hubungan persahabatan. Sepanjang lebih dari suku abad aku hidup, dah macam-macam perangai org aku jumpa. Masa sekolah rendah and menengah, sure korg pun ada kawan baik masing-masing... betul tak? Tapi tidak bagi aku. Kalau cikgu sekolah aku tanya "Siapa kawan baik awak?", aku selalu jawab "Tak ada". Kenapa? Sebab takde istilah kawan baik atau sahabat baik dalam kamus hidup aku.


Bukannya aku tak pernah cuba carik... tapi mmg tak jumpa pun. Org yang mungkin kita anggap baik atau kita kategorikan sebagai sahabat baik, belum tentu org itu akan anggap kita sebagai kawan baik dia. Mungkin dia anggap org lain yang menjadi kawan baik dia. Maka, ketidaksefahaman akan berlaku di sini. Ketidaksefahaman itu berlaku secara literal untuk memberi makna kepada frasa "kawan baik" atau "sahabat baik" itu sendiri.


Justeru dengan demikian, disebabkan makna frasa yang bersifat subjektif, maka aku 'buang' istilah "kawan baik" atau "sahabat baik" itu dalam kamus hidup aku. So nak ganti dengan apa? Aku selesa guna perkataan "KLIK" (dipinjam dari perkataan Inggeris collegue). Klik di sini bermaksud individu atau rakan yang "kita berasa selesa bersama-sama dengannya untuk aktiviti-aktiviti yang tertentu dan kita boleh menaruh kepercayaan kepadanya". Itu definisi aku sendiri... kalau korg nak buat definisi korg sendiri, korg tulis la dalam blog korg... jangan menggatal nak betul-betulkan definisi aku kat blog aku ni. Hahaha...


Bagi aku, klik lebih menyelesakan. Aktiviti yang berbeza akan melahirkan klik yang berbeza. Sebagai contoh, kalau aku nak tgk wayang, aku lebih suka keluar dengan Si A atau B, tapi bila aku nak g karaoke, aku akan rasa best kalau aku pergi dengan C,D and E. Bermaksud, A dan B tadi hanya klik aku ketika aku pergi tgk wayang... C,D and E tu klik pergi karaoke sahaja. Begitu juga untuk aktiviti-aktiviti yang lain seperti memancing ikan, clubbing (kepada yang suka clubbing), makan-makan, shopping, drifting, scuba diving, spa and refleksologi dan sebagainya (itu semua cth-cth aktiviti). Maka secara matematiknya, akan terhasillah n klik untuk n aktiviti yang berbeza...


Dengan klik, kita tidak akan ada sebarang ikatan sentimental seperti ikatan persahabatan yang lain. Suka hati aku la nak keluar dengan sesiapa pun dan sesuka hati diorg jugak nak ajak aku ke atau tak nak ajak ke kalau diorg pergi mana-mana. Maknanya aku akan bebas tanpa sebarang kongkongan seperti bebasnya gagak-gagak yang berterbangan di langit... hahaha....


Gambar yg aku paste tu adalah 2 org mamat yg menjadi klik aku untuk makan-makan di Johnnys dan borak-borak santai. Mamat yang sebelah kiri tu (yg nak cium org macam gay tu) juga boleh dikategorikan sebagai klik untuk karaoke aku sebab aku rasa suara dia best berbanding suara mamat sebelah kanan tu. Hahaha.... itu sebagai contoh... Tapi bila aku g shopping plak, aku lagi selesa pergi dengan Aiman atau Irfan. Kalau tgk wayang best dengan Syeera atau x-student aku (nama dirahsiakan)... and kalau nak beli hp or kamera digital, aku rasa si Shah dengan Mirul adalah yang terbaik sebab diorg berpengetahuan dalam gadget-gadget terkini nie. And kalau nak lepak Bukit Bintang sambil makan durian mahal, ajak Kyo lagi best... huhuhu... Hasilnya, klik aku jadik banyak bergantung kepada bentuk aktiviti yang hendak aku buat.


Menariknya klik ni, setelah sekian lama melakukan aktiviti bersama-sama... kita akan dapat merasai keserasian dalam klik tersebut. Dari keserasian inilah akan timbulnya kepercayaan dan tolak ansur. Percayalah bahawa kita tidak akan dapat hidup dengan gembira tanpa kawan yang boleh mempercayai kita. Normally, sesiapa yang jadik klik aku akhirnya akan menjadi org yang aku boleh percaya untuk berkongsi suka dan duka. Dengan klik juga kita dapat meluahkan masalah-masalah yang terpendam dan maybe kita nak opinion dari klik kita terhadap apa juga konflik yang kita alami.


Senang citer, klik akan menjadi kawan yang baik... tetapi belum tentu kawan yang baik itu dapat menjadi klik kita. Kita semua manusia... dan manusia itu tidak sempurna... hidup kita saling melengkapi antara satu sama lain. Khalil Gibran pernah menulis : "sahabat itu adalah keperluan jiwa yang mesti dipenuhi...". Begitu juga penyair tersohor Cairil Anwar yang 'memotretkan' sahabat sebagai "cerminan kepada jiwa-jiwa yang tandus dan sedang mencari arah dalam kehidupan..."... fuh puitis betul bahasa si Rangga nie.


Sahabat yang baik ibarat emas, tanpa emas kita masih boleh hidup... tetapi kita tidak akan merasai makna kemewahan. Kepada kawan-kawan aku di luar sana (sama ada anda membaca coretan ini atau tidak), anda mungkin tergolong di dalam klik aku dan mungkin ada juga antara kalian tidak tersenarai langsung sebagai klik aku. So, no heart feeling ok? Dan mungkin aku juga tidak sesuai untuk menjadi klik korg. Tak kisah pun... dan aku sama sekali tak terasa pun.


Cuma satu, hargailah ikatan klik atau persahabatan yang sedia ada. Jangan pentingkan diri sendiri dan jangan pula terlalu berkira terhadap semua perkara. Jaga adab dalam hubungan dan hati kawan-kawan yang kita kenal selama ini. Maaf atas keterlanjuran coretan ini buat mereka yang 'terasa'. Aku juga insan biasa... tidak sehebat Siddharta Gautama yang sanggup berkorban memotong secebis daging jarinya sendiri untuk diberi makan kepada seekor gagak yang kelaparan...





P/S - Rasa nak tembak je gagak Shah Alam nie... bising siot! Jom... sesapa nak jadik klik aku kita tembak gagak...hahaha...

Tuesday, March 11, 2008

KeDai MaMaK DaN FOREX



Smlm ada sorg member aku called. Ajak minum kat kedai mamak kat Subang. Kedai tu mmg fav kitorg. Tp disebabkan ke'busy'an melampau aku, so aku terpaksa tolak secara baik. Then bila aku fikir balik, rasa macam dah lama je tak lepak kedai mamak. Minum teh and makan roti canai... fuhh... rindu siottttt. Rasanya dah sebulan lebih gak tak g mamak. Sejak harga tepung naik and pengalaman makan roti canai yang harganya di luar tabii... aku seolah-olah dah boikot dah kedai mamak. Kedai mamak nie yang bestnya adalah pengurusan dia yg cekap berbanding dengan kedai Melayu. And kalau diperhatikan sistem kedai mamak nie, diorg mmg share the same method of the business... maksudnya kaedah pengurusan perniagaan yang sama. Tak macam kedai Melayu, buat sendiri-sendiri and nak kaya sendiri-sendiri. Kalau boleh dari ke cashier sampailah ke tukang masak nak amik ahli family sendiri walaupun si tukang masak tu masak maggi pun tak lulus lagi (bukan semua,tetapi majoritinya). Sebab org melayu nie bab-bab rahsia keuntungan or kejayaan nie diorg kedekut sikit, tak mcm bangsa-bangsa lain. Whatever it is, dulu masa study kat universiti dulu, kedai mamak kat tempat aku tu dah kira macam Starbuck dah (menurut Farid)... walaupun ada banyak burung gagak berak kat situ. Hahaha... teringat kenangan silam...

The main thing yang aku nak cerita nie bukan pasal kedai mamak. Aku sebenarnya nak cerita pasal FOREX. Korg pernah dengar tak pasal FOREX? FOREX trading atau dalam bahasa mudahnya "perdagangan tukaran matawang asing" merujuk kepada transaksi perdagangan matawang asing di pasaran matawang antarabangsa. Di Malaysia nie, investment di dalam FOREX hanya dilakukan oleh bank-bank yang telah mendapat kelulusan daripada Bank Negara Malaysia sahaja. Namun, disebabkan ledakan dunia informasi dan kecanggihan teknologi maklumat (ayat skema masa karangan form 5), urusniaga FOREX juga boleh dilakukan secara online melalui internet.

Maka wujudlah platform-platform online FOREX or online brokers FOREX seperti Marketiva, Easy Forex Ltd., FXCM LLC, Swiss FC, GNI Touch dan sebagainya (senarai penuh boleh tgk kat : http://www.forexturtle.com/Brokers.aspx ).Bermakna, tanpa bank pun, kita boleh menjalankan urusniaga FOREX sendiri di mana-mana sahaja dengan capaian internet dengan kebebasan masa kita (kalau kat jamban korg ada access internet pun korg boleh main FOREX sambil berak).

Di Malaysia, forex trading secara online nie bukan suatu benda yang baru. Dah lama dah benda nie, aku rasa sejak tahun 1980-an lagi. Cuma masa tu yang terror FOREX nie hanyalah org-org Cina yang ada ilmu FOREX. Org-org Melayu tak ramai yang tau. And business nie aku rasa tak sesuai utk org Melayu sebab sikap tamak org Melayu (bukan semua) merupakan musuh yang paling utama dalam urusniaga FOREX. And untuk menjadi seorang TRADER (PEDAGANG) FOREX, perlu ada ilmu. Kat universiti mmg takde ilmu-ilmu pasal FOREX nie, so kena blajar sendiri (kelas,latihan,bengkel,online,bacaan dsb).

Pengalaman aku, aku dah ikuti kelas FOREX ini tahun lepas dan menuntut dengan seorang Tuan Guru (bukan Tuan Guru Nik Aziz tau). Yuran kursus CUMA RM900 termasuk makan dan minum di Petaling Jaya. Tok guru aku nie ajar main FOREX guna platform Marketiva. Ermm.. something new for me... mmg susahlah FOREX nie sebab the reality is "FOREX deals dengan risiko yang sangat tinggi dalam keadaan pasaran yang tidak menentu". Aku belajar 25 kaedah analisis pasaran FOREX sampai kepala aku pun dah pening and mata pun berpinar sebab beban pembelajaran yang mendera jiwa dan raga.

Frankly, belajar FOREX nie mmg lah susah giler, tapi bila korg dah terror... korg boleh buat duit beberapa saat sahaja (dengan andaian bahawa korg ada modal yang cukup dan pengalaman yang banyak). Kalau korg mmg tak dilahirkan sebagai TRADER, maybe korg boleh jadik INVESTOR. INVESTOR bermaksud korg melaburkan modal korg kepada TRADER yg menjalankan urusniaga FOREX ini atas dasar kepercayaan dan keyakinan yang tinggi bahawa trader tersebut mampu mencatatkan keuntungan atas modal yang korg laburkan.

Maka, disebabkan kesuntukan masa dan kerja, walaupun aku dah g kursus, aku lebih selesa menjadi INVESTOR. So, dengan berbekalkan modal USD1000 = RM3500, aku invest kepada seorang trader, namanya Encik Azmi yang mempunyai 17 tahun pengalaman dalam bidang FOREX ni. Alhamdulillah, setelah hampir setahun dengan Encik Azmi, aku dapat pulangan yang agak banyak (RM400-RM1200 sebulan , bergantung kepada bilangan trading dan keadaan pasaran) dan dalam masa yang sama juga ada beberapa org yang join akaun bersama-sama dengan aku.

Untuk sesapa yg nak join dengan aku tu, anda dialu-alukan. Coz, kalau korg simpan duit kat bank or ASB pun, setahun berapa korg dapat? Simpan RM3500 setahun dapatlah RM300 dalam ASB tu. Dgn FOREX, paling cikai pun dapat RM400 sebulan. Menarik bukan? Cuma, aku nak tekankan di sini bahawa... kepada new traders yang nak join (juga peringatan kepada rakan-rakan yang dah join)... aku ada beberapa facts ttg FOREX dan investment dalam FOREX yg aku nak kemukakan.


@FAKTA 1 : FOREX ADALAH URUSNIAGA YANG SANGAT BERISIKO TINGGI

- Dalam Decision Theory, decision maker dalam FOREX akan deals dengan keadaan yang 'uncertain' dan berisiko tinggi. Apabila keadaan pasaran itu tidak menentu, trader tidak digalakkan untuk buat trading kerana risikonya sangatlah besar. Peraturan yang sama juga digunapakai untuk para investor. Kalau korg tergolong sebagai kumpulan individu yang bersedia mengambil risiko yang tinggi...welcome to my club. Kalau tak berani deal dengan risiko yg tinggi, korg pegilah jual nasik lemak ke , nasik kerabu ke or bukak gerai makan. Hahaha...


@FAKTA 2 : HANYA INVEST APABILA ADA 'LEBIHAN WANG'

- Kepada sesapa yang nak join invest dalam FOREX dengan member aku tu, aku nasihatkan korg fikir semasak-masaknya. Sesapa yang tak cukup duit or nak guna duit, anda tak digalakkan untuk invest. And also, jangan sesekali berhutang untuk invest dalam FOREX kerana pulangannya 'tidak sentiasa indah'. FOREX bukan skim cepat kaya atau HYIP yg ada fix return. So, walaupun 'dijelaskan' bahawa average profit antara RM400-RM1200 sebulan, tetapi ada juga ketikanya yang korg akan dapat kurang daripada itu or maybe korg akan rugi dan hilang semua modal korg. Maka, aku hanya akan menerima investor yang mempunyai 'lebihan wang' (lebihan wang bermaksud duit dah byk giler dan dah tak tau nak buat apa), sebagai modal... bukannya org yg tak cukup duit atau org yg berhutang.


@FAKTA 3 : PROFIT BERGANTUNG PADA TRADING DAN KEADAAN PASARAN

- Profit atau keuntungan yang korg dapat dengan bermodalkan RM3500 tersebut adalah bergantung kepada KEKERAPAN TRADING yg dilakukan oleh trader. Sebagai contoh, kalau trader masuk hospital, cuti bersalin atau pergi umrah dan tak buat trading, maka profit yang korg dapat akan kurang seperti yg 'diiklankan' (iklan itu penting sebagai strategi pemasaran dan untuk menarik pelabur). Analogi mudah : "Kedai mamak takkan dapat untung pada hari Khamis kalau mamak tersebut tak bukak kedai pada hari Khamis". Secara mantiknya pula, kalau kedai mamak itu bukak pada hari Khamis pun, belum tentu kedai mamak itu akan dapat untung kerana ia juga bergantung kepada bilangan pelanggan yang datang(pasaran).

Dalam kes FOREX, dalam keadaan pasaran yang sukar dijangka dan tidak menentu, trader kemungkinan akan mengalami kerugian dan kerugian itu juga harus ditanggung oleh investor yang ingin menyelamatkan modalnya supaya tidak hangus 100% (investor harus mengekalkan margin modal supaya modal tidak lesap). Untuk mengelakkan risiko kerugian ini, trader biasanya mengambil langkah selamat untuk tidak melakukan urusniaga atau trading dalam keadaan pasaran yang sebegitu. Maka hasilnya, profit yang diperolehi oleh investor akan berkurangan.


KESIMPULAN :-

Ok... malas aku nak membebel panjang sebab kalau aku melalut-lalut nanti korg bukannya faham sangat. Kalau aku nak explain lagi pjg, ia terlalu bersifat teknikal dan takut tak tercapai akalmu nanti. So, for guys or gals yg ada lebihan wang, sanggup deal dengan risiko dan faham serba sedikit ttg dunia FOREX ini... anda dijemput untuk berkongsi keuntungan dengan aku dengan bermodalkan RM3500. Tiada sebarang paksaan untuk anda invest, tiada sebarang hukuman dikenakan sekiranya anda tidak mahu kerana negara kita adalah sebuah negara demokrasi yang membenarkan kebebasan untuk menentukan halatuju 5 buah kerajaan negeri dengan tidak mengundi BN (tiba-tiba masuk bab politik).

Dengan ketelusan tanpa penggunaan dakwat kekal atau sebarang cara, anda juga boleh 'request' untuk keluarkan modal anda semula sekiranya anda tidak berpuas hati dengan keuntungan yang mungkin pada anda sangat sedikit berbanding dengan tahap kehalobaan anda (org Melayu nie kalau boleh nak modal RM1, untung nak dapat sampai RM1 juta). Aku dan Encik Azmi hanya 'berkongsi' rahsia menjana wang dengan pelaburan FOREX, tak lebih dari itu. And it is a sad thing to know yang ada juga a few peoples yang dah join pun still tak faham and tak puas hati dengan sistem kitorg nie sedangkan diorg tak pernah rugi pun (maknanya modal still ada), cuma keuntungan bulanan tu yg sedikit. Ada jugak yg kata aku tipu, hello? kalau setakat RM3500 yg ciput tu aku nak tipu apa? Kalau modal dia RM3.5 juta tu ada logika la jugak kalau aku nak tipu dia.

So, yg tak berapa puas hati itu, anda 'dimohon' secara baik untuk withdraw kerana anda bukanlah org yang tergolong di dalam individu yang boleh deals dengan rsiko yang tinggi. Mungkin FOREX bukan 'dunia' anda kerana kecetekan pengetahuan anda telah membataskannya. And aku pun tak nak amik risiko yg tinggi untuk deal dengan org-org yg tak berpengetahuan FOREX seperti anda. Thanx for the new members yg berminat untuk join dan terima kasih atas segala kepercayaan yg diberikan selama ini. I just want to share something yg bagi I boleh membantu org lain untuk berjaya dan mendapatkan extra money dengan cara yang real dan mudah.

But in Typical Malay world, sharing the formula of succces jrg sekali berlaku dan jarang sekali dihargai. Sebab itulah kedai Melayu akan terus mundur apabila strategi perniagaan mereka tidak pernah dikongsi bersama dengan rakan-rakan sebangsa dan seagama berbanding kedai mamak atau kedai cina yang mengutamakan empayar perniagaan berdasarkan kaum. Sometimes, it is ok to be selfish macam tokey kedai Melayu, daripada cuba untuk menolong rakan sebangsa yang berprasangka yang bukan-bukan because we know that typical Malays are always typical... yup... it is true...no heart feeling ok?




P/S- Sesapa yg nak join tu jom jumpa aku, kita makan roti canai ngan teh tarik kat mamak... lama aku tak makan makanan yang berkolestrol nie... hahaha...




Monday, March 10, 2008

VaNTaGe PoiNT : eSTRaNGeD - aYu - BaRisaN NaSioNaL



Hampir sebulan blog ini tidak terusik. Kerja yang semakin menimbun mmg menjadi penghalang untuk aku berkarya. Benarlah falsafah Mark Twain, "Kesibukan kadangkala membantutkan kreativiti kita". Tapi dalam kes aku nie, kreativiti tidak terbantut... cuma aku tak cukup masa nak menzahirkan kreativiti tersebut di skrin. Sejak dari kemenangan Estranged dalam AJL, Ayu dalam OIAM2 dan yg terkini kekalahan teruk BN dalam PRU12... semuanya boleh menjadi bahan untuk penulisan blog aku nie. Cuma kekangannya sekali lagi ialah MASA. Ya... masa yang suntuk telah menghalangnya... kalaulah satu hari tu ada 30 jam... kan best... byk benda aku boleh settle kan.

Takpe... aku cuba combine kan 3 isu itu menjadi 1. Berdasarkan perspektif aku sendiri. Perspektif bermaksud : "apa yang kita lihat secara peribadi". Justeru, apa yang aku tulis adalah berdasarkan apa yang aku lihat secara peribadi. Pernah tgk movie Vantage Point? kalau korg belum tgk, aku rekemen citer nie kat korg. Aku kategorikan Vantage Point sebagai filem yang sangat unik yang korg kena tgk dari first sampai habis. Kalau korg tertidur dalam panggung, or main sms, or raba-raba awek kat sebelah korg, mmg confirm korg tak berapa faham cerita nie. So, korg kena concentrate tgk citer nie... berdasarkan cerita nie baru korg boleh buat kesimpulan yang gabungan perspektif yang berbeza akan menghasilkan sesuatu yang menakjubkan!


@ESTRANGED DAN JUARA LAGU

- Belum terlambat untuk mengucapkan tahniah kepada Estranged. Siapa sangka band indie mcm Estranged nie boleh jadi Juara dalam AJL baru-baru nie. Selama nie AJL dikuasai oleh penyanyi/kumpulan mainstream yang kita kenal melalui tv dan radio. Tak pun yg popular melalui rancangan realiti tv mcm Mawi tu. But, mengejutkan apabila Estranged menang Juara Lagu coz selama ini band-band indie kat Msia nie bergerak secara 'underground'. Diorg tidak dipublisitikan di media berbanding artis-artis popular kat Msia nie (artis popular sampai kucing Parsi hilang pun boleh masuk muka depan surat khabar). Tak ramai yang tahu kewujudan band-band indie melainkan kawan-kawan diorg je.

Maka uniknya Anugerah Juara Lagu baru-baru ini apabila karya Estranged selaku band indie diiktiraf oleh industri muzik Malaysia. Semacam ada satu perspektif yang baru oleh industri Muzik Malaysia apabila band-band indie seperti Estranged ini diberikan 'ruang' yang lebih luas untuk berkarya. Perspektif yang berbeza ini akhirnya menggalakkan kemunculan band-band indie yang lain seperti 'Hujan'. Pernah tgk live performance 'Hujan'? Fuhh...superb... sure korg puas hati bila tgk showmanships diorg nie. Aku kagum dgn performance diorg masa diorg dijemput sebagai artis undangan masa OIAM2 kat stadium Melawati dulu. Naik histeria minah-minah kurus dan minah tembam kat depan seat aku masa tu. Muahaha...

Apa yg pasti, kemenangan Estranged yang diiktiraf dalam AJL lepas telah merubah industri muzik Malaysia dengan lahirnya band-band indie di pentas muzik tanahair yang selama ini pentas hiburan tersebut didominasi oleh 'org-org yang sama' sahaja. Terima kasih juri AJL... dan syabas Estranged!


@JUTAWAN AYU

- Aku mmg minat dgn Ayu sejak ujibakat OIAM 1 lg. Walaupun rupanya tak se'ayu' namanya, tapi dia ada bakat dan potensi yang besar. Aku suka suara dia yang garau+husky tu... suara yg still takde lagi dalam industri muzik kita. Kalau nak cari suara klon macam Siti Nurhaliza tu dah berlambak dah. Member satu keje dgn aku si Sue tu lebih kurang je suara dia dgn Ct (Sue jgn perasan ek...hahaa...). Ayu ada suara yang unik... cuma the main problem is : Ayu tak berapa cantik. Dalam industri hiburan Msia nie, fizikal yang cantik itu diletakkan di tempat yang pertama... yang kedua barulah bakat. Kalau tak percaya korg tgklah kat TV or majalah, yg muka cantik or hensem tapi suara macam itik pulang petang pun still popular dan ada ramai peminat.

Tetapi, OIAM2 telah mengubah perspektif lapuk tersebut. Dengan 'kuasa sms rakyat' Ayu dinobatkan sebagai Juara OIAM2 walaupun minah nie 'agak selekeh' dan dikatakan tidak mempunyai pakej. Pengundi sms barangkali mempunyai perspektif yang baru apabila rupa bukan lagi dijadikan ukuran. Maka, kejayaan Ayu dalam OIAM2 telah mengubah senario rancangan realiti tv dan industri muzik tanahair apabila bakat menjadi pertaruhan... bukannya muka-muka cute atau muka jambu tanpa bakat! So, sesapa yang harap muka je jambu tapi kureng berbakat tu... tak payah berangan lagi nak jadik penyanyi atau pelakon... kayuh basikal jual ais krim lagi dapat faedah... hahaha...


@MAJORITI 2/3 BN DIKURANGKAN

- Mengejutkan! Pilihanraya Umum ke-12 amat mengejutkan! Keputusan di luar jangkaan apabila BN gagal mengekalkan kuasa 2/3 di parlimen. Di kala BN ghairah hendak 'memperkosa'

kelantan, negeri-negeri lain 'dirogol' dengan teruknya secara 'bergilir-gilir' oleh PAS, PKR dan DAP. Paling mengejutkan apabila tumbangnya tokoh-tokoh ternama BN seperti Datuk Syahrizat Jalil, Samy Vellu, Koh Tsu Koon, Aziz Shamsudin dan ramai lagi tok menteri dan nenek menteri yang tersungkur bahana 'kuasa rakyat' dalam pilihanraya kali ini.

Di kala BN mencanang kononnya boleh menang besar dan berjaya menawan Kelantan, dengan 'kuasa rakyat', BN tersungkur di sebabkan perspektif yang berbeza yang dilihat oleh rakyat. Para pengundi tidak lagi 'mengundi atas faktor parti. Para pengundi menilai prestasi BN menerusi perspektif yang berbeza. Ada yang mengundi pembangkang kerana memprotes kenaikan harga barang, ada yang mengundi pembangkang kerana 'aura' Anuar Ibrahim dan ada juga yang tidak keluar mengundi sebagai tanda protes kepada kepimpinan Abdullah Badawi sekarang. Natijahnya, Bn gagal mempertahankan kuasa 2/3 di parlimen selanjutnya memberi implikasi yang baru kepada negara Malaysia dan masa depan rakyat Msia.


KESIMPULAN

Berdasarkan 3 isu ini, kita boleh mempelajari bahawa perspektif yang berbeza daripada individu atau kumpulan individu yang berbeza akan memberi kesan kepada sesuatu perkara dan dapat memberikan suatu paradigma baru terhadap apa jua yang berlaku di Msia. Perspektif, tertakluk kepada individu atau kumpulan individu... tidak ada yang sentiasa salah dan tidak ada juga yang sentiasa betul. Masing-masing berhak memberikan pandangan dan menzahirkan pandangan tersebut.

Kemenangan Estranged telah membuka mata banyak pihak tentang potensi band-band indie di Mlaysia yang selama ini dipinggirkan, kejayaan Ayu yang tidak begitu ayu itu membuktikan bahawa masyarakat sudah celik untuk menilai bakat, bukannya rupa seseorang dan kekalahan BN mempertahankan kuasa 2/3 nya membuktikan bahawa rakyat tidak begitu berpuas hati dengan BN dan ingin memberi peluang kepada tokoh-tokoh pembangkang untuk bersuara dengan lebih tegas di dalam parlimen.

Dunia ini penuh dengan warna-warni. Jaluran pelangi dikatakan cantik hanya kerana kepelbagaian warnanya. Kepelbagaian itu yang menzahirkan keharmonian dan kecantikan. Semoga kita semua belajar menerima perspektif orang lain dan memperbaiki kelemahan yang sedia ada. Percayalah bahawa perspektif yang berbeza akan memberikan implikasi yang berbeza!



P/S- Lama siot aku tulis... keje lain semua tak siap. Kalaulah satu hari ada 30 jam...