Monday, March 10, 2008

VaNTaGe PoiNT : eSTRaNGeD - aYu - BaRisaN NaSioNaL



Hampir sebulan blog ini tidak terusik. Kerja yang semakin menimbun mmg menjadi penghalang untuk aku berkarya. Benarlah falsafah Mark Twain, "Kesibukan kadangkala membantutkan kreativiti kita". Tapi dalam kes aku nie, kreativiti tidak terbantut... cuma aku tak cukup masa nak menzahirkan kreativiti tersebut di skrin. Sejak dari kemenangan Estranged dalam AJL, Ayu dalam OIAM2 dan yg terkini kekalahan teruk BN dalam PRU12... semuanya boleh menjadi bahan untuk penulisan blog aku nie. Cuma kekangannya sekali lagi ialah MASA. Ya... masa yang suntuk telah menghalangnya... kalaulah satu hari tu ada 30 jam... kan best... byk benda aku boleh settle kan.

Takpe... aku cuba combine kan 3 isu itu menjadi 1. Berdasarkan perspektif aku sendiri. Perspektif bermaksud : "apa yang kita lihat secara peribadi". Justeru, apa yang aku tulis adalah berdasarkan apa yang aku lihat secara peribadi. Pernah tgk movie Vantage Point? kalau korg belum tgk, aku rekemen citer nie kat korg. Aku kategorikan Vantage Point sebagai filem yang sangat unik yang korg kena tgk dari first sampai habis. Kalau korg tertidur dalam panggung, or main sms, or raba-raba awek kat sebelah korg, mmg confirm korg tak berapa faham cerita nie. So, korg kena concentrate tgk citer nie... berdasarkan cerita nie baru korg boleh buat kesimpulan yang gabungan perspektif yang berbeza akan menghasilkan sesuatu yang menakjubkan!


@ESTRANGED DAN JUARA LAGU

- Belum terlambat untuk mengucapkan tahniah kepada Estranged. Siapa sangka band indie mcm Estranged nie boleh jadi Juara dalam AJL baru-baru nie. Selama nie AJL dikuasai oleh penyanyi/kumpulan mainstream yang kita kenal melalui tv dan radio. Tak pun yg popular melalui rancangan realiti tv mcm Mawi tu. But, mengejutkan apabila Estranged menang Juara Lagu coz selama ini band-band indie kat Msia nie bergerak secara 'underground'. Diorg tidak dipublisitikan di media berbanding artis-artis popular kat Msia nie (artis popular sampai kucing Parsi hilang pun boleh masuk muka depan surat khabar). Tak ramai yang tahu kewujudan band-band indie melainkan kawan-kawan diorg je.

Maka uniknya Anugerah Juara Lagu baru-baru ini apabila karya Estranged selaku band indie diiktiraf oleh industri muzik Malaysia. Semacam ada satu perspektif yang baru oleh industri Muzik Malaysia apabila band-band indie seperti Estranged ini diberikan 'ruang' yang lebih luas untuk berkarya. Perspektif yang berbeza ini akhirnya menggalakkan kemunculan band-band indie yang lain seperti 'Hujan'. Pernah tgk live performance 'Hujan'? Fuhh...superb... sure korg puas hati bila tgk showmanships diorg nie. Aku kagum dgn performance diorg masa diorg dijemput sebagai artis undangan masa OIAM2 kat stadium Melawati dulu. Naik histeria minah-minah kurus dan minah tembam kat depan seat aku masa tu. Muahaha...

Apa yg pasti, kemenangan Estranged yang diiktiraf dalam AJL lepas telah merubah industri muzik Malaysia dengan lahirnya band-band indie di pentas muzik tanahair yang selama ini pentas hiburan tersebut didominasi oleh 'org-org yang sama' sahaja. Terima kasih juri AJL... dan syabas Estranged!


@JUTAWAN AYU

- Aku mmg minat dgn Ayu sejak ujibakat OIAM 1 lg. Walaupun rupanya tak se'ayu' namanya, tapi dia ada bakat dan potensi yang besar. Aku suka suara dia yang garau+husky tu... suara yg still takde lagi dalam industri muzik kita. Kalau nak cari suara klon macam Siti Nurhaliza tu dah berlambak dah. Member satu keje dgn aku si Sue tu lebih kurang je suara dia dgn Ct (Sue jgn perasan ek...hahaa...). Ayu ada suara yang unik... cuma the main problem is : Ayu tak berapa cantik. Dalam industri hiburan Msia nie, fizikal yang cantik itu diletakkan di tempat yang pertama... yang kedua barulah bakat. Kalau tak percaya korg tgklah kat TV or majalah, yg muka cantik or hensem tapi suara macam itik pulang petang pun still popular dan ada ramai peminat.

Tetapi, OIAM2 telah mengubah perspektif lapuk tersebut. Dengan 'kuasa sms rakyat' Ayu dinobatkan sebagai Juara OIAM2 walaupun minah nie 'agak selekeh' dan dikatakan tidak mempunyai pakej. Pengundi sms barangkali mempunyai perspektif yang baru apabila rupa bukan lagi dijadikan ukuran. Maka, kejayaan Ayu dalam OIAM2 telah mengubah senario rancangan realiti tv dan industri muzik tanahair apabila bakat menjadi pertaruhan... bukannya muka-muka cute atau muka jambu tanpa bakat! So, sesapa yang harap muka je jambu tapi kureng berbakat tu... tak payah berangan lagi nak jadik penyanyi atau pelakon... kayuh basikal jual ais krim lagi dapat faedah... hahaha...


@MAJORITI 2/3 BN DIKURANGKAN

- Mengejutkan! Pilihanraya Umum ke-12 amat mengejutkan! Keputusan di luar jangkaan apabila BN gagal mengekalkan kuasa 2/3 di parlimen. Di kala BN ghairah hendak 'memperkosa'

kelantan, negeri-negeri lain 'dirogol' dengan teruknya secara 'bergilir-gilir' oleh PAS, PKR dan DAP. Paling mengejutkan apabila tumbangnya tokoh-tokoh ternama BN seperti Datuk Syahrizat Jalil, Samy Vellu, Koh Tsu Koon, Aziz Shamsudin dan ramai lagi tok menteri dan nenek menteri yang tersungkur bahana 'kuasa rakyat' dalam pilihanraya kali ini.

Di kala BN mencanang kononnya boleh menang besar dan berjaya menawan Kelantan, dengan 'kuasa rakyat', BN tersungkur di sebabkan perspektif yang berbeza yang dilihat oleh rakyat. Para pengundi tidak lagi 'mengundi atas faktor parti. Para pengundi menilai prestasi BN menerusi perspektif yang berbeza. Ada yang mengundi pembangkang kerana memprotes kenaikan harga barang, ada yang mengundi pembangkang kerana 'aura' Anuar Ibrahim dan ada juga yang tidak keluar mengundi sebagai tanda protes kepada kepimpinan Abdullah Badawi sekarang. Natijahnya, Bn gagal mempertahankan kuasa 2/3 di parlimen selanjutnya memberi implikasi yang baru kepada negara Malaysia dan masa depan rakyat Msia.


KESIMPULAN

Berdasarkan 3 isu ini, kita boleh mempelajari bahawa perspektif yang berbeza daripada individu atau kumpulan individu yang berbeza akan memberi kesan kepada sesuatu perkara dan dapat memberikan suatu paradigma baru terhadap apa jua yang berlaku di Msia. Perspektif, tertakluk kepada individu atau kumpulan individu... tidak ada yang sentiasa salah dan tidak ada juga yang sentiasa betul. Masing-masing berhak memberikan pandangan dan menzahirkan pandangan tersebut.

Kemenangan Estranged telah membuka mata banyak pihak tentang potensi band-band indie di Mlaysia yang selama ini dipinggirkan, kejayaan Ayu yang tidak begitu ayu itu membuktikan bahawa masyarakat sudah celik untuk menilai bakat, bukannya rupa seseorang dan kekalahan BN mempertahankan kuasa 2/3 nya membuktikan bahawa rakyat tidak begitu berpuas hati dengan BN dan ingin memberi peluang kepada tokoh-tokoh pembangkang untuk bersuara dengan lebih tegas di dalam parlimen.

Dunia ini penuh dengan warna-warni. Jaluran pelangi dikatakan cantik hanya kerana kepelbagaian warnanya. Kepelbagaian itu yang menzahirkan keharmonian dan kecantikan. Semoga kita semua belajar menerima perspektif orang lain dan memperbaiki kelemahan yang sedia ada. Percayalah bahawa perspektif yang berbeza akan memberikan implikasi yang berbeza!



P/S- Lama siot aku tulis... keje lain semua tak siap. Kalaulah satu hari ada 30 jam...

No comments: