Thursday, December 27, 2007

uNiKNYa SiNGaPuRa



Pagi tadi aku masuk opis terus bukak laptop. Aku sampai awl gak... dalam kul 7.45. Bukak laptop dengar lagu 'Cinta Arjuna'. Jiwang siot lagu tu. Lagu nie sebenarnya asalnya lagu Tiong Hua. Apa ntah tajuknya. Tapi skang dinyanyikan semula oleh Aliff Aziz. Korg pernah dengar tak nama mamat nie?

Aliff Aziz nie sebenarnya muda lagi. Baru je 16 tahun tapi suara dia macho giler. Macam org umur 25 tahun plak. Tone suara dia mmg best and husky. Aku suka dengar suara-suara husky nie. For your info, Aliff nie adalah johan realiti TV kat Singapore. Kalau tak silap aku nama program tu Anugerah. Dia nie antara bakat baru yang sedang meningkat naik dari Singapore selain daripada Taufik Batisyah, Syed Azmir, Imran Ajmain, Hazrul Nizam dan ramai lagi Melayu Singapore yang berbakat dan sedang cuba menembusi pasaran Malaysia.

Kalau korg berpeluang and ada masa terluang, try carik video-video nyanyian mamat nie kat youtube. Aku suka dengar dia nyanyi lagu Seribu Tahun (Imran Ajmain) dengan gaya dan lenggok dia yang tersendiri. Tapi ada sorg member aku kata suara dia macam Dafi, then bila aku dengar balik mmg jauh panggang dari api. Suara Dafi tu lembik dan sumbangsih... tak boleh nak lawan Aliff Aziz nie.

Album dia baru je release kat Malaysia. Banyak gak lagu yang best cuma sesapa yang tak minat lagu Balada mmg tak suka la kat album nie. Kat radio Msia yg byk diputarkan just lagu 'Sayang-sayang' tu je. Aku tak suka sangat lagu tu coz aku lebih prefer 'Cinta Arjuna'. And one more, cuba korg dengar dia nyanyi lagu 'More Than Words'... fuh mmg best ar suara budak nie.

Personal opinion aku, aku merasakan kehadiran bakat-bakat Melayu baru from Singapore nie sebenarnya menambahkan satu lagi keunikan Singapore, sebuah negara kecil yang majoritinya dihuni oleh org-org berbangsa Cina. Berbanding dgn negara kita, bakat-bakat baru (lelaki) dalam bidang nyanyian nie susah sikit nak dicungkil. Yang ada pun ramai yang 'patah' and harap rupa je jambu, tapi suara macam katak tersepit kat tepi basikal. Selain daripada tu, bakat-bakat baru kat Msia nie lebih sesuai jadi artis majalah Mangga or URTV dan heboh digossipkan dengan gossip-gossip cintan-cintun yang melemaskan.

Sesapa yang dah dgr suara mamat nie boleh bg komen ya. Kalau tak sedap ko jentikla telinga aku 3 kali, nanti aku jentik telinga Aliff tu 8 kali. Muahaha...



P/S - Cute jugak budak nie... (ikhlas nie)...


Friday, December 21, 2007

DaRi aMuKaN YG TeRPeNDaM!



Komentar ini ditulis hasil dari amukan dalaman yang menggila. Amukan yang lahir dari sikap org-org kita yang sama sekali dengan mudah dan biadapnya memungkiri janji atas alasan yang kurang logikanya. Dan lebih malang lagi, komentar berbaur amarah ini tercetus hasil daripada kecurangan janji org-org di sekitar daerah sepermainan ku yang aku percaya selama ini. Amukan kepada si peminjam babi yang tidak mengendahkan mesej-mesejku.


Mungkin agak sukar difahami apabila coretan ini ditulis dengan metafora berbunga yang pelbagai. Dan mungkin juga agak sukar dimengerti oleh kalian-kalian yang sekadar menjadi pembaca kepada beberapa coretan aku sebelum ini. Biarlah kalian tidak mengerti kerana tulisan ini bukan untuk kalian. Tulisan ini hanya untuk hati dan raga mereka yang sudah mati sopannya dan sudah terkubur adabnya.


Sejak berkurun lamanya, titik pertikaian yang paling asas yang bisa meruntuhkan sebuah ukhwah antara manusia ialah sekeping nota yg diberi nilai oleh para kapitalis yang umum memanggilnya sebagai WANG atau DUIT. Lantas, isu pokok yang akan aku coretkan di sini secara totalnya akan menyentuh soal WANG ini yang kurasakan menjadi punca kepada retaknya sesuatu hubungan.


Mungkin ada di antara kalian yang sudah jemu dengan isu ini kerana boleh disimpulkan bahawa hampir separuh daripada coretan ku di gelanggang maya ini adalah berkaitan dengan WANG. Sudah kusentuh sebelum ini mengenai PERANCANGAN KEWANGAN, MLM, HUTANG dan sebagainya dan di sini aku berjanji bahawa usai sudah aku menulis mengenai isu WANG ini, aku tidak akan menyentuhnya lagi dalam coretan-coretan akan dtg. Dan dengan tulisan ini juga kuharapkan hati-hati yang hampir buta dengan WANG itu akan dicucuri hidayah untuk lebih menyelami erti sebenar persaudaraan dan persahabatan yang pernah dibina sebelum ini berbanding nilai WANG yang fana di mayapada ini.


Lewat petang kelmarin hati ini sudah memberontak. Sama sekali bukan kerana tidak diberikan daging korban, tetapi apabila nota pesanan ringkasku tidak diendahkan oleh mereka yang pernah meminjam daripada aku sebelum ini. 4 nota dihantar kepada 4 org yg berbeza. Dan 4 org ini terdiri daripada pakcik, sepupu, saudara dan rakanku yang pernah suatu ketika memerihalkan secara dramatik kisah-kisah sedih mereka ala-ala BERSAMAMU untuk memancing simpatiku untuk meminjamkan mereka WANG atas tujuan-tujuan tertentu.


Berlandaskan kemampuan dan keupayaanku dan ditambah pula dengan iman yg kian menebal, kuberi mereka sejumlha wang mengikut keinginan mereka bagi melangsaikan apa-apa keserabutan mereka atas dasar kepercayaan. Aku juga mengandaikan bahawa kemungkinan jika aku berada di dalam keadaan BERSAMAMU pada masa-masa akan dtg, giliran mereka pula membantuku dan juga atas dasar kepercayaan dan persaudaraan. Namun setelah 2 bulan berlalu, segala kepercayaan aku kepada mereka berubah menjadi kemarahan apabila janji-janji mereka dilacuri semberono suka-hati-mak-bapak-tiri mereka.


Ada yang berjanji utntuk meyelesaikannya awal bulan kesebelas dan ada juga berjanji utk menyempurnkannya sebelum hari-hari Tasyrik. Malangnya mereka semuanya berjanji munafik. Umpama janji para pelacur yang tidak ikhlas memberikan khidmat asmara kepada pekerja kilang Bangla. Janji yang penuh dengan keterpaksaan dan tanpa kerelaan. Janji yang hanya untuk menyedapkan gegendang telingaku mendengarnya dan hanya untuk menutup kelemahan mereka.


Di sinilah titik pertikaian itu bermula. Amarah yang terpendam sudah sampai ke kemuncaknya. Jika hanya ada 1 atau 2 org munafik yang berjanji palsu seperti itu, tidaklah aku menyalak di gelanggang maya ini. Tetapi rupa-rupanya kesemua mereka itu munafik! Berjanji palsu atas dasar untuk menyelamatkan maruah mereka. Dan para munafik ini jugalah yang cuba meleraikan ikatan ukhwah yang terjalin selama ini.


Aku juga manusia seperti kalian. Punya kelemahan sendiri dan sama sekali tidak berniat menyinggung jiwa hitam kalian dengan mencoretkannya di medan ini (itupun jika kalian membacanya). Aku sama sekali tidak mempunyai fikiran untuk mengungkit apa-apa yang telah kuberikan kepada kalian selama ini. Pesanku cuma satu, kalian harus menghargai segala usahaku yang selama ini bersusah-payah berkerja keras untuk kalian semua dan memikirkan bahawa aku ini bertanggungjawab membantu kalian ketika kalian susah. Rezeki yang diberi bukan untuk diri dan egoku sendirian.. .rezeki yang Sang Pemberi limpahkan kepadaku juga untuk kalian dengan syarat aku juga bermuamalat dengan ikhlas untuk membantu kalian-kalian yang sedang nazak tersepit itu.


Jangan rosakkan amal ibadahku dengan melacurkan kepercayaanku kepada kalian. Apabila kepercayaan ini dilacuri sesemberononya, percayalah bahawa tidak akan wujud lagi kepercayaan aku kepada kalian yang munafik itu. Kalian sudah meminjam, ikutlah adab dan aturannya. Apabila aku bertanya, jawablah dengan baik. Jangan biarkan aku tertunggu-tunggu seolah-olah aku pula yang meminjam dari kalian. Dan jangan sama sekali menempelak ku dan menganggap aku seolah-olah 'terhegeh-hegeh' mengemis wang dari kalian. Tanya diri kalian siapa yang meminjam dan siapa yang meminjamkan sebenarnya? Mana maruah kalian? Mana janji kalian? Mana ikatan persaudaraan kalian?


Semuanya musnah dek kerana WANG. Kerana kalian gagal melunaskannya maka kalian dengan sewenangnya menempelak dan menuduh aku yang bukan-bukan. Kalian menuduhku mengungkit, tak ikhlas, kejam, tak berperi kemanusiaan dan sebagainya untuk menutup maruah sundal kalian yang tercalar. Siapa yang berhutang sebenarnya? Aku atau kalian? Aku sebagai sang pemberi pinjam mempunyai hak untuk berkata-kata sedangkan sejak Zaman Parameswara pun si penghutang itu akan dianggap sebagai hamba melainkan ia sudah melangsaikannya.


Namun, sama sekali aku tidak akan menganggap kalian sebagai hamba kerana kalian adalah kenalan dan saudaraku. Tetapi, setelah sempurna coretan ku ini, kalian tidak lagi kuanggap begitu. Aku sudah serik dengan kemunafikan yang berlegar-legar di sekelilingku. Cukuplah selama ini aku memikirkan tentang kalian dan cukup sudah air mataku mengalir mengenangkan kepayahan kalian. Sudah sampai masanya aku memikirkan ttg diriku dan tidak lagi bertoleransi mahupun bersimpati dengan org lain.


Kalian yang munafik ini telah merubah persepsiku terhadap dunia. Apabila saudara dan kawan tidak boleh kuanggap sebegitu lagi hanya kerana WANG. Kalian yang munafik ini telah menyebabkan aku berprasangka bahawa org-org di sekelilingku secara totalnya telah berubah menjadi para sundal dan gelandangan yang bertindak mengambil kesempatan terhadap sahabat atau saudaranya sendiri. Menyedihkan bukan?


Selepas tanda noktah coretan ini, kalian bukan lagi saudara atau kenalanku. Kalian adalah seteruku. Dan seperti janji ku pada awal tadi, aku sama sekali tidak akan menyentuhi isu ini lagi. Biarlah parut amukan ini terpendam seperti terkuburnya kemewahan Qarun di perut bumi. Aku rela bersilaturrahim dengan seekor babi daripada bersahabat dengan para munafik seperti kalian. Kerana sekurang-kurangnya aku mengerti bahawa sang babi itu sama sekali tidak tahu bagaimana untuk membalas nota pesanan ringkas menggunakan telefon bimbit!


P/S - Untuk yg lain, berhati-hatilah dengan para munafik yang berlegar di sekeliling anda!

Tuesday, December 18, 2007

SuBWaY SaNDWicHeS


Hari nie kononnya nak buat kerja. Tapi tetiba perutku bergoyang Inul. Dikocok-kocok rasa lapar la plak. Baru je lepas makan Mee Udang kat Kopitiam Pak Ali td. Then tak pasal-pasal rasa lapar. Maybe sebab cuaca sejuk kot. Cikgu Bio aku dulu pernah kata kalau masa cuaca sejuk, badan kita akan memerlukan lebih tenaga untuk dipanaskan semula. So, badan kita memerlukan sumber tenaga pantas seperti glukosa. Camner nak dapatkan glukosa? Kena makan la beb. Baru dapat glukosa.

Bab-bab makan nie aku mmg sensitip skit. Sebab dah hampir 3 bulan aku reject nasik semata-mata nak maintainkan berat badan. So, aku makan benda-benda yang tak byk karbo dan lemak. 3 days ago aku sorg member aku yg keje kat Celcom KL ajak aku makan kat SUBWAY... makan sandwich yg rendah lemak. Pernah try?

Sebelum nie aku ada singgah makan sekali kat Bukit Bintang. Dah lapar sgt masa tu, so aku tak boleh nak taste sedap ke tak sandwich kat situ. But for the second time dengan member Celcom aku nie, aku try the new sandwich. Aku try "Steak & Cheese" sandwich. Fuhh... sedap siot... berair atas bawah bila makan sandwich nie. Dulu aku try Meatball, takde la berapa best sgt but still OK la... tak seteruk sandwich sardin goreng kat cafe tmpt aku nie. Huhuhu...

Actually ada 6 steps sebagai proses utk amik order kat SUBWAY nie :-

1) STEP 1 - PILIH 'SUB' YG DIGEMARI
- Sama ada korg nak pilih Classics, Basic, Hot Subs atau Local. Ada byk main filling yg korg boleh pilih. Ikut citarasa kerongkong korg je.

2) STEP 2 - PILIH BREAD
- Pilihan sama ada Italian, Wheat, Parmesan Oregano, Harvest Wheat atau Hearty Italian.

3) STEP 3 - PILIH SAIZ
- Korg boleh pilih sama ada saiz 6 inci atau 1 kaki pjg. Saiz roti beb... jgn fikir yang bukan-bukan. Huhuhu...

4) STEP 4 - PILIHAN CHEESE & VEGGIES
- Pilih side filling yg korg suka : Cheese, Onions, Lettuce, Tomatoes, Pickles, Peppers, Olives, Cucumbers and Hot Peppers. Kalau aku aku tak kisah sgt coz semuanya aku makan, cuma aku tak suka Pickles je. Mcm something je rasa dia...

5) PILIHAN SAUCE
- Pilihan yg ada : Mayonnaise, Mustard, Chilli, Ketchup, Thousand Island, Olive Oil and Vinegar. Pilih je la mana-mana yg korg dah biasa rasa. Aku plg senang aku amik Mustard and Chilli Sauce je. Sedap la bagi aku.

6) HIDANGAN PELENGKAP
- Tak lengkap kalau takde minuman kan? Pilih saja minuman yg ada sama ada hot drinks, juices or ssoft drinks. But beware coz harga minuman dalam outlet nie mmg lebih tinggi dari harga biasa yg korg beli kat luar. So jgn tergezut sgt la. And also, ada gak Chips and Cookis and Muffins kalau korg nak beli sebagai hidangan pelengkap menu korg.

Kalau korg baca step by step proses yg aku tulis nie, nampak terlalu teknikal sgt kan? So, it is up to all of you nak baca or tidak. Takut korg pening plak nanti. Aku just bg panduan skit je. Sebab first time masa aku g kat SUBWAY Bukit Bintang tu, aku terkedu gak bila pekerja tu tanya : "Abg nak sub apa?"... Sampai aku tanya mamat tu balik "Sub tu apa?". Malu siott...

And harga dia pun boleh tahan gak. Sekali dengan air korg prepare lah dalam RM15-RM20. Lebih mahal dari set hidangan McD or KFC. Dan for ur information, hidangan SUBWAY nie mmg rendah lemak dan direkemenkan oleh pakar diet Amerika utk sesapa yg sedang mencari makanan alternatif yang menyihatkan dan boleh membantu menurunkan berat badan. The taste mmg best la. Bergantung kepada sub apa yg korg pilih. Sesapa minat ayam, cuba korg try 'Chicken Terayaki' or 'Turkey Breast'. Memang terangkat la...

Kalau korg nak info lebih lanjut pasal SUBWAY and menu-menu dalam SUBWAY nie, korg boleh g kat :- http://www.subway.com/subwayroot/index.aspx
Cheh aku nie mcm promoter SUBWAY plak. Tak pasal-pasal je aku promote SUBWAY secara percuma kat sini. If manager dia tau, sure dia panggil aku keje kat SUBWAY. Boleh aku tukar keje aku yg membosankan kat sini. Kalau korg dah try... give ur comments dalam blog aku nie. Kalau tak sedap aku kembalikan balik duit korg dalam masa 30 hari waktu bekerja. Muahaha...


P/S - Thanx to member Celcom yg blanja aku hari tu. Nanti aku nak try 'Roast Beef' yg macam ko makan tu. Mcm sedap plak aku tgk...

Friday, December 14, 2007

THiRD CLaSS MiND


Dunia tidak pernah adil. Tak semestinya perbuatan yang baik akan dibalas dengan baik and tak tentu jugak org yg jahat akan dapat hukuman yang setimpal dengan kejahatannya. Aku hanya percaya bahawa keadilan itu hanya milik Tuhan dan sama sekali keadilan sukar untuk ditegakkan di alam nyata yang fana ini.

Hari ini kebengangan aku kepada 'pesakit-pesakit mental' di sekelilingku sampai ke kemuncak segala-galanya. Di dalam dunia yg tidak sempurna keadilannya, keadaan ketidaksempurnaan itu diburukkan lagi dengan kehairan pesakit-pesakit mental atau mereka yang mempunyai minda kelas ketiga di sekeliling aku sekarang ini.

Pernah dengar perihal tentang Mentaliti Kelas Ketiga? 'YA' = kalau korg baca blog aku, TIDAK = kalau korg tak pernah baca blog aku. Terms Mentaliti Kelas Ketiga nie aku perkenalkan dalam blog yang aku create kan dan ia merujuk kepada individu atau kumpulan individu yang bermentaliti terkebelakang tanpa menyedari bahawa mereka sebenarnya mmg berada di dalam keadaan yang menyedihkan itu. Mereka adalah individu yang kononnya berautoriti, mengaku profesional dan faham tentang segala peraturan asas segala macam sistem dan kehidupan, tetapi hakikatnya mereka bertindak mengikut penilaian mereka yang subjektif dan sarat dengan emosi.

Pesakit-pesakit mental seperti ini lahir daripada rahim keegoan dan ketaksuban terhadap autoriti yang mereka ada dan menganggap diri mereka sangat sempurna dan dalam masa ya ng sama mereka takut dikritik oleh org-org yg berada di bawah mereka. Mentaliti Kelas Ketiga lahir daripada persekitaran Melayu yang tak banyak membaca, tak profesional, tak berpendirian dan sangat sensitif kepada kritikan yang mungkin akan membunuh mereka.

Fuhh... apa yang aku tulis ni? Macam kuliah psikologi dan pemikiran la plak. Apa yang aku nak sampaikan sebenarnya sikit je. Aku hanya nak bgtau yang di Msia nie yang kononnya negara membangun nak menuju ke arah negara maju, org-org di sekeliling kita mempunyai Mentaliti Kelas Ketiga dan mereka berada di mana-mana. Sama ada kerajaan, boss korg, client korg, mak bapak korg atau member-member korg sendiri mmg ada golongan yang bermentaliti hina mcm nie.

Golongan seperti ini sangat selesa dengan apa yang mereka ada dan takut dikritik. Mereka tidak boleh melihat org di bawah mereka lebih dari mereka dan akan bertindak dengan menggunakan alasan yang sangat peribadi serta tidak bersifat objektif. Dan plg mengejutkan, dalam alam siber pun mentaliti mcm nie ada jugak. Alam siber tanpa sempadan nie pun ada pesakit mental mcm tu gak ke? Percayalah... mmg ada pun...

Pada awalnya mereka mencanangkan kebebasan siber kononnya. Bermakna sesiapa saja bebas memberikan pandangan dan kritikan yang membina untuk memperbaiki atau memperelokkan apa-apa yang perlu. Then apabila kita yg berilmu ini cuba utk memberikan pandangan atau kritikan, dan secara kebetulan kritikan kita itu mengusik kredibiliti mereka, then mereka bertindak secara emosi.

Dalam alam siber (cthnya dalam perbincangan forum atau group), apabila kritikan itu kena pada mereka, mereka 'ban' kita dari masuk forum tu. Atau apabila kita secara peribadinya berkrisis dengan moderator atau kawan kepada moderator forum siber tu, dengan sewenang-wenangnya kita 'disingkirkan' dari forum atau group tersebut tanpa alasan yang logik dan objektif!

Apa ni? Mana kebebasan? Mana demokrasi siber? Mana peraturan yang selama nie menjunjung kebebasan siber dalam dunia tanpa sempadan? FCUK OFF!!! Kenapa? Takut dikritik? Takut diperbetulkan? Atau takut tergugat? Come on lah pesakit-pesakit mental sekalian... kalau takut terima teguran, jangan pegang apa-apa jawatan! Jangan cuba nak berlagak pandai. Dan jangan cuba menggatal nak jadi moderator la... bodoh!

Baca dulu undang-undang demokrasi di alam siber. Kalau rasa ilmu ttg siber tu tak cukup, buat penyelidikan dulu ttg hak-hak di alam siber. Jangan kerana org yg memberi kritikan tu bergaduh dengan member kita, then kita terus berdendam dengan org tu wpun org tu tak buat apa-apa pun kesalahan pada kita. Be profesional... kalau rasa tak boleh menjadi profesional pun, sila hormati sistem yang menjunjung keprofesionalan. Barulah Msia nie akan maju dan tak terkebelakang.

Lantaran Mentaliti Kelas Ketiga inilah, kita dapat lihat bagaimana hak berhimpun secara aman dinafikan wlaupun pada Hari Hak Asasi Manusia Sedunia sedangkan kita mendabik dada mengaku bahawa negara kita adalah negara demokrasi. Dengan Mentaliti Kelas Ketiga inilah maka lahirnya majikan atau boss yang memecat pekerjanya hanya kerana pekerjanya itu adalah musuh kepada kawannya walaupun pekerjanya itu cemerlang dalam tugasnya. Pelik kan?

Percayalah bahawa bangsa kita tidak akan maju kalau beginilah caranya. Negara kita tidak akan dihormati apabila prinsip-prinsip asas demokrasi pun tidak ditegakkan. Dan kita sendiri tidak akan memperbaiki diri kita berfikiran tertutup terhadap teguran dan kritikan org lain dan mengalihkannya kepada isu yang bersifat peribadi. Ye la... sapa kata dunia nie adil kan?

Friday, December 7, 2007

GooD LuCK MR.PTD!





Takde idea nak tulis hari nie. Penat dah kursus 3 hari berturut-turut. Harapnya kursus tu bermanfaatlah utk semua org. Sebab aku urusetia yg jadik penganjur. Semoga kursus 3 hari tu bermakna untuk semua warga PFDA. Thanx to all AJK lain yg byk membantu. Kalau nak diikutkan objektif mmg tak berapa nak tercapai sgt objektifnya. Menu makanan lebih meriah daripada pengisian kursus, apa maknanya? Alaa... gov kan... duit pun byk... nak abiskan budget ujung tahun la tu... makan pun mengalahkan makan kenduri kahwin. Tapi takpela... save gak budget tengah bulan nie.


Hari nie aku nak tulis ringkas je. Aku nak ucapkan SELAMAT MENJADI PEGAWAI kepada sahabatku Jeff yang kini baru 2 minggu bertugas sebagai PTD di Jabatan Perdana Menteri. Congrates dude! Ko mmg hebat. Jeff nie sama blaja ngan aku dulu. Dari dulu aku respek kat mamat nie sebab dia nie budak law yg power walaupun dia extend satu semester. Hehehe... dulu masa tak kenal nampak mcm sengal je... asyik main GUNDAM kat bilik. But finally jadik PTD... tahniah!


Aku dulu pernah gak amik test PTD. Tapi stage pertama (exam) tu pun dah tak lepas. Aku pun bukan amik STPM dulu. Mmg azzab la nak hafal benda-benda perlembagaan, undang-undang and sistem-sistem kat Msia nie. So, PTD mmg bukan untukku la. Exam tu part maths je yg aku leh score 95% kot... yg lain tu hampass... And pastu ada panggilan untuk amik exam lagi, tapi aku malas nak g... sebab aku dah dapat kerja masa tu...


Actually cool gak jadik PTD nie. Org panggil kita TUAN. Fuhh... muda-muda lagi dah jadik tuan. Rasa macho plak kalau org panggil kita mcm tu. And dari segi gaji pun, aku rasa gaji PTD mmg lagi lebih tinggi dari gaji kerja macam aku nie. Elaun pun dah riban-riban. Cuma keja PTD nie mcm busy je pada aku... tak serelax keje macam aku sampai aku leh tulis blog nie 4 kali seminggu... huhuhu...


Best of luck Mr.PTD. Semoga success dalam apa jua yg ko lakukan. Jgn lupa blanja aku dengan duit PTD ko tu. Org kata duit PTD nie rasa dia lemak berkrim skit dari duit lain. Aku pun tak tau la. Nanti bila Jeff blanja aku dapatlah aku merasainya. Dah jadik PTD jgn lupa member-member, terutamanya aku yg masih setia jadik best fren ko selain Neil dan Pojie tu. Oklah... chaloh beb... apa-apa hal contact aku ek. And jgn segan dtg umah aku lg... boleh mandi laut sesama... hari tu tak sempat lelama la... takut gelap kulit...muahaha...



P/S- Org kata PTD nie lagi byk org bodek and dapat makan free... oppss... lupa... gov kan???Huhuhu...

Wednesday, December 5, 2007

PuLaNGKaN!


Hari nie sepanjang hari makan free dari pagi sampai lah ke petang sebab hari nie ada kursus untuk department aku kat tempat kerja aku. Duit tgh bulan pun dah susut sikit lepas beli macam-macam... sib baik la hari nie tak payah keluar duit nak makan. Budget utk program dah ada, so makan je lah apa yang dah tersedia. Lagipun aku bukannya cerewet sangat bab-bab makan nie. Janji ada fiber dan buah-buahan... boleh la telan apa-apa yg dihidangkan.

But plz don't ever jump to the conclusion yang aku suka sangat dengan benda-benda free nie sama macam Third Class Minded org-org kita kat Msia ni. Aliran Pemikiran Dunia Ketiga kat Msia nie akan 'sapu' saja benda-benda free yg ada. Kalau ada jamuan raya ke apa, sure diorg nie siap tapau bawak balik bagi member or anak bini tanpa memikirkan ttg org lain yang datang untuk makan masa jamuan tu. Kalau makan free hari-hari lagi bagus bagi diorg. And bukan setakat makanan je, kalau boleh semua benda nak free termasuklah buku, baju, dan sebagainya. Wake up plzzz... sampai bila nak 'bertongkat' makan benda free. Everything in this damn world ada harganya. Sedangkan pelacur pondan kat Lorong Haji Taib pun ada harga masing-masing yg perlu dibayar kalau org nak langgan (aku kata kalau tau, bukan aku galakkan korg langgan), inikan pula benda-benda halal kan?

Untuk hidup kita perlukan wang, dan untuk dapatkan wang kita perlu bekerja. Tak kisahlah kerja apa pun, kalau korg beriman korg akan buat kerja yang tidak menyalahi hukum-hukum Tuhan. Untuk apa? Untuk dapatkan beberapa keping kertas yang kita namakan ia sebagai DUIT. Kalau takde duit camner plak? Kalau takde duit, kita kenalah usaha untuk dapatkan duit tu dan worst come worst is kita PINJAM duit org lain sama ada from mak bapak kita, sedara-mara atau pun member-member kita.

Dalam Kamus Dewan, apabila kita pinjam duit/barang org lain (tak kisah la siapa pun), kita sebenarnya telah BERHUTANG dgn org tersebut. Sebut pasal hutang nie mmg hati aku panas sikit. Dari 2 hari lepas mood aku agak kurang elok bila mengenangkan 'janji-janji manis' kawan-kawan (kawan ke mcm ni?) yang pernah berhutang dengan aku dan kununnya nak melangsaikan hutang tersebut pada tempoh yang pernah dijanjikan dulu.

Kalau nak diikutkan sifat sebagai pemuda lindungan Kaabah aku nie, aku nie bukannya org yg jenis berkira soal hutang-piutang nie sebab duit aku mahakarya banyak dalam bank dan simpanan aku. Setakat nie Alhamdulillah aku takde masalah besar kalau org lambat bayar hutang aku. Tetapi disebabkan MEMBERI HUTANG tersebut adalah suatu bentuk muamalah dalam Islam, maka SI PENGHUTANG perlu tahu akan adab-adab berhutang. Bukan main semberono je buat-buat tak tahu and lengah-lengahkan membayar walaupun ada duit!

Aku giler babi bengang dengan SI PENGHUTANG yg mcm nie (bukan semua ya). Masa nak pinjam, mmg manis la kata-kata tu. Cth ayat-ayat manis : "Ko kan kawan baik aku, takkanlah aku tak bayar hutang kau?", "Aku pinjam RM250, aku janji bayar bulan 12 nie...ko jangan risau...dulu aku pinjam kat si A tu pun aku bayar gak", "Aku tak tau kat sapa lagi aku nak pinjam, ko sorg je la yang aku percaya dan aku rasa boleh tolong aku"... dan beratus-ratus lagi ayat manis bila SI PENGHUTANG nak pinjam duit dari kita.

Masa nak pinjam duit siap call lagi, paling cikai pun hantar 4-5 sms. Aku pun dengan penuh rasa simpati bercampur bebal tanpa berfikir, bagilah SI PENGHUTANG nie pinjam. Siap ponteng kerja lagi semata-mata nak kuar duit and bank-in kan kat SI PENGHUTANG. Finally bila time aku nak mintak duit SI PENGHUTANG bangsat nie tetiba je mendiamkan diri! Pukimon punya Melayu! Aku sms langsung tak balas, call tak angkat plak. Sedangkan SI PENGHUTANG tu sendiri janji nak bayar pada waktu bla-bla-bla... kalau korg jadik aku korg rasa sakit hati tak???

Wei MELAYU SI PENGHUTANG, jaga la adab sikit. Jangan jadi bangsa biadap. Kalau masa ko nak pinjam ko siap boleh call/sms and siap boleh suruh aku bank in kan lagi duit tu. Then bila time sepatutnya ko bayar tapi let say ko tak dapat bayar, call/sms lah aku balik citer dari A-Z kenapa korg tak dapat bayar pada time yg dijanjikan. Janganlah buat senyap je macam bangkai babi dalam longkang. Ko yang pinjam duit aku beb, bukan aku yang pinjam duit ko. Aku pulak terhegeh-hegeh mintak macam pelacur tua nakkan sex dari lelaki muda. Ba Alip Ba Ya betul!!!

Betul cakap Cikgu Kaunselor aku masa aku matrix dulu, memberi hutang nie mmglah suatu diharuskan/disunatkan dalam Islam, tapi kesan daripada proses ini kemungkinan akan menyebabkan kita berenggang or putus kawan dengan member kita SI PENGHUTANG tu esp time diorg liat nak bayar hutang kita. Masa aku bagi pinjam dulu aku ikhlas nak tolong kawan-kawan aku sendiri, tapi finally bila diorg buat sial mcm ni, aku jadi bengang dan mencarutlah aku dalam blog aku yang suci nie.

Fikirlah dan studylah dulu adab-adab berhutang. Kalau tak tau adab, blaja dgn mak bapak dulu adab-adab berhutang dan membayar hutang. Aku bukannya pengamal riba' mcm ALONG BUKIT BERUNTUNG yg ko kena bayar lebih dari apa yg ko pinjam. Ko pinjam 200 ko bayarlah balik 200 tanpa aku amik ekstra sesen pun. Kalau korg pinjam ptptipu siap kena caj riba 4% lagi. Tapi aku tak buat benda-benda riba' yang menganiaya org nie, lagi-lagi kat kawan aku sendiri.

Yamin Ahmad pernah kata, "Kadang-kadang kebaikan yang kita buat dibalas jahat oleh org yg kita berbuat baik tu"...it's kinda true. Kita bagi org pinjam, then org tu buat hal pastu kutuk blkg kita kata kita kedekut la, mengungkit la. Adil ke? Sapa kata dunia nie adil kan???

For those yg pernah berhutang/sedang berhutang/ingin berhutang dgn aku, aku just nak stresskan bahawa aku tak sekejam yg korg sangka. Kadang-kadang aku boleh accept reason pembayaran lambat daripada kawan-kawan yg aku rapat. Ada juga yg aku 'kira halal' je sebab dah lama kawan. Kalau tak mampu nak bayar pada waktu seperti yang dijanjikan, jumpa/sms/call aku, minta maaf dan cerita kat aku sebab-musabab tak dapat bayar. Kalau reason tu munasabah aku terima la dan u know that, so far aku terima semua reason walaupun tak ada logika sangat reason tu.

Bila kita berhutang, kita bukan sekadar memperjudikan janji yang kita buat, kita juga memperjudikan hubungan persahabatan kita dengan org yg memberi kita hutang. Silap-silap boleh gaduh besar kalau kita tak tepati janji kita. Kalau rasa susah sangat nak bayar (atau kita mmg menggatal berniat tak nak bayar) elakkan lah berhutang nie. Oppss... lupa nak bgtau, Third Minded Class punya Malay selain dari benda-benda free, diorg suka menimbunkan hutang-hutang nie. That's why org Melayu la yg plg banyak berhutang kat Courts Mammoth berbanding Cina dan India. Kat kg aku, g makan roti canai pun nak tulis kat buku...
Ermm... kalau dah Third Minded tu mmg Third Minded gak.

Sabda Rasullullah SAW : "Sesungguhnya seseorang apabila berhutang, maka dia sering berkata lantas berdusta, dan berjanji lantas memungkirinya" (Riwayat Bukhari).

Dan, "Barangsiapa menunda-nunda pembayaran hutang, padahal ia mampu membayarnya, maka bertambah satu dosa baginya setiap hari" (Riwayat Baihaqi).


Kepada sesapa yang berjanji nak bayar balik duit aku tu, harapnya tunaikanlah janji manis korg tu. And lepas nie jangan haraplah aku nak bagi korg pinjam duit aku lagi. Ko nak mampus ke, nak meringkuk dalam penjara ke, nak jadik gigolo ke, itu bukan urusan aku lagi. Aku sudah memberi kalian peluang untuk bermuamalah secara insaniah, korg buat sial plak. Tidak aku halalkan duit aku sampailah aku mati wahai penghutang-penghutang sekalian! Jangan sampai aku mati jadik Pontianak Harum Sundal Malam mintak duit kat korg nanti sudah. Aku tau kalau aku jadik pontianak sure buruk giler, tak secun Maya KJ tu. Tapi aku still boleh kata "PULANGKAN!....PULANGKAN APA YG KO RAMPAS DARIKU!"... fuh...sure seram kan?


P/S- Sometimes lebih baik cari lobang-lobang utk makan free daripada pinjam duit org pastu tak reti nak bayar.





Monday, December 3, 2007

TeRaPi KaRaoKe ReDBoX


Dekat seminggu gak aku tak bukak blog aku nie. Aku busy dengan International Conference kat Bangi selama 3 hari minggu lepas (nanti aku citer sedetailnya). Hari nie aku tak tau kenapa mood aku tak berapa baik. Rasa malas pun ada...rasa nak berhenti kerja pun ada. Tension woo keje kat sini. Macam pungkok! Aku rasa aku tak sesuai kerja dengan org-org yg Third Class Malay Minded kat tmpt aku ni. Tensi kepalaku memikirkannya...

Korg kalau tension apa yg korg buat? Ada sorg member aku tu kalau dia tension dia makan byk-byk. Ada sorg tu pulak kalau tension dia g tgk wayang. Tapi dulu cikgu kaunselor aku yg cun masa kat sekolah dulu dia kata kalau tension kita try amik air sembahyang and baca Quran. Sentap plak aku dgr. Lama jugak aku tak baca Quran. Baca yassin pun masa kenduri tahlil org meninggal kat kampung aku je. Patutlah hati aku tak tenteram je mengharungi kehidupan yang fana ini... tetiba plak rasa sebak...

Malas nak fikir lebih-lebih... senang citer ar aku nak bgtau korg, kalau aku tension aku suka menyanyi. Nampak macam jahilliyah sgt bunyinya kan? Cikgu suruh baca Quran aku g nyanyi plak. Takpe... mawi pun nyanyi gak apa walaupun dulu dia hebat baca Quran dan berzanji... huhuhu...

Aku mmg suka menyanyi dari dulu, I mean since aku sekolah menengah la. Dulu suka nyanyi dalam toilet je... skang dah keje ada duit nie aku suka g karaoke. Walaupun suara tak selunak James Blunt, tapi aku rasa pencapaian suara aku nie kira agak bagus la jugak berbanding suara-suara sumbangsih member-member aku yang lain. Cuma high tone punya lagu mmg aku tak boleh la nak nyanyi sebab Tuhan dah takdirkan suara aku utk lagu-lagu berentak Broery Marantika je... so aku terima je lah. Muahaha...

Tempat paling best nak karaoke nie yang paling aku suka is REDBOX karaoke. Dulu aku g ngan member aku kat Low Yat. Kat SOGO pun ada gak. Sebelum tu aku g kat GREENBOX kat Sg.Wang and E-BOX kat Quality Hotel. Boleh tahan mahal la jugak kat tmpt-tmpt mcm nie. Tapi mmg puas hati la. System bagus, lagu pun byk berbanding karaoke jamban murahan yang mmg pecah suara kalau nyanyi sebab sistem audio tak bagus. Lagi-lagi kat Shah Alam... mmg jamban buruk habis la karaoke dia. Paling puas hati kat REDBOX(promo skit)... siap ada buffet lagi. Kalau g 4 org estimate budget dalam RM50 sorg... mahal tapi berbaloi.

Tapi kalau nak g karaoke kena g reramai. Takkan nak g sengsorang plak kan? Macam kena pulau ngan member plak kalau g sengsorang. Kalau g duorang bercouple ok gak... tapi tak berapa syok ar. Kalau berdua sejantina org kata pasangan Brokeback Mountain or Lesbo Couple... so the best number is weather 3 or 4 peoples. Biasanya aku g 3 org coz lebih memuaskan hati...boleh nyanyi byk lagu dalam masa 3 jam tu. Tak payah lelama tunggu turn. And one more thing, kena g ngan memember yg mmg minat menyanyi dan sporting. Kalau tak mmg bosan lah kehidupan di dalam bilik karaoke tu...huhuhu...

Kat sini aku nak tulis la skit beberapa etika atau peraturan asas dalam berkaraoke. Aku pernah baca kat internet dulu tapi lupa website mana. Nanti aku cek balik url website tu. Ada 5 etika dalam berkaraoke apabila kita pergi berkaraoke secara berkumpulan :-


@JANGAN MENGADA-NGADA NAK MEMALU LIPAN
- Kalau nak join memember yg berkaraoke, syarat pertama kena sporting. Jangan nak memalu hanjing atau memalu lipan. Kalau member request lagu suruh kita nyanyi, so kita kena nyanyi je walaupun pitch lagu tu kita tak sampai. Sesumbang mana pun kita tetap kena nyanyi dan sporting. Karaoke bukannya tempat utk budak skema yg memalu dan bukannya tmpt utk menjadi terlalu ilmiah dan berpendidikan. Nyanyi saja apabila diminta/disuruh tanpa sebarang alasan.


@JANGAN MENGGATAL NYANYI BERSAMA-SAMA MEMBER YG BERKARAOKE
- Nie mmg selalu berlaku. Kalau lagu tu bukannya lagu duet atau lagu nyanyian reramai, jangan menggatal nak merosakkan lagu yg member kita tgh nyanyi dengan suara sumbangsih kita. Hormati rakan sekaraoke kerana lagu nyanyian solo hanya utk seorang individu sahaja. Dan hormati hak rakan kita untuk mendengar suara solo mereka ketika mereka menyanyi walaupun sesumbang mana suara member kita tu. Dia ada hak sebab dia pun dah bayar dengan harga yang sama dengan harga yang kita bayar. Tak perlu kita nak menggatal menjadi suara latar... ini karaoke, bukan persembahan nasyid berkumpulan! And one more, tolonglah jangan berborak kuat-kuat or buat bising masa org lain tgh nyanyi... respect skit kat member yg tgh feeling menyanyi tu.


@ELAKKAN LAGU YG BERTINDAN
- Maksudnya, kalau kawan kita dah pilih lagu "A", kita tak perlu la nak pilih lagu tu lagi hanya kerana kita kononnya percaya yang suara kita lebih sedap daripada member kita jika kita menyanyi lagu tersebut. Perlu diingat, apabila kita pergi karaoke secara berkumpulan, kita bukan sahaja menyanyi, tetapi mendengar ahli kumpulan yang lain menyanyi. For sure kita pun tak nak dengar lagu yang sama 2-3 kali kan?


@GANGGUAN SECARA 'SOPAN'
- Ada antara kita yg mengganggu member yg tgh nyanyi dengan gangguan 'sopan'. Cthnya : "Aku suka lagu ni tapi aku terlupa nak pilih lagu nie tadi, boleh tak kalau aku nyanyi dengan kau?". Dalam kes nie, gangguang tidak dilakukan secara biadap, tetapi secara 'sopan' dengan membuat permintaan untuk menyanyi bersama sedangkan kemungkinan member kita tu sebenarnya nak nyanyi sorg-sorg.


@TAK PERLU TERLALU BERKIRA
- Paling best adanya tolak ansur dalam kumpulan. Tak perlu nak berkira sgt siapa yg nyanyi banyak or sapa yg nyanyi sikit. Kalau kita nak bagi turn nyanyi kita kat member kita pun, ok and tak perlu terlalu rigid. And one more jgn sama sekali berkira soal duit, parking fee, duit minyak or whatever... faham-faham sendiri la nak tong-tong seadil-adilnya. Kalau tak puas ati kira tuntut kat akhirat je la...

So, sesapa yg boleh ikut kelima-lima etika nie, korg boleh la join jadi member karaoke aku. Hidup nie kena ikut sikit peraturan atau etika, barulah dunia ini lebih aman. Buka fikiran seluas-luasnya, jadi org yg sporting and be happy. And then barulah kita enjoy nyanyi reramai kat tmpt-tmpt karaoke ni. Sesapa yang Third Class Malay Minded yg tak reti nak ikut peraturan or etika karaoke nie, baik korg dok umah berzanji or baca Quran kat umah. Lebih afdal dan dapat pahala daripada menjadi sasaran makian rakan-rakan yg nak berkaraoke. Berkaraoke adalah suatu bentuk terapi yang mungkin dapat menghilangkan sedikit ketensionan. Sesumbangsih mana pun suara kita, akan ada jugak lagu yang sesuai dengan suara kita itu dan mampu menstabilkan mood kita untuk merasa lebih gembira dan ceria. Jom?