Friday, December 14, 2007

THiRD CLaSS MiND


Dunia tidak pernah adil. Tak semestinya perbuatan yang baik akan dibalas dengan baik and tak tentu jugak org yg jahat akan dapat hukuman yang setimpal dengan kejahatannya. Aku hanya percaya bahawa keadilan itu hanya milik Tuhan dan sama sekali keadilan sukar untuk ditegakkan di alam nyata yang fana ini.

Hari ini kebengangan aku kepada 'pesakit-pesakit mental' di sekelilingku sampai ke kemuncak segala-galanya. Di dalam dunia yg tidak sempurna keadilannya, keadaan ketidaksempurnaan itu diburukkan lagi dengan kehairan pesakit-pesakit mental atau mereka yang mempunyai minda kelas ketiga di sekeliling aku sekarang ini.

Pernah dengar perihal tentang Mentaliti Kelas Ketiga? 'YA' = kalau korg baca blog aku, TIDAK = kalau korg tak pernah baca blog aku. Terms Mentaliti Kelas Ketiga nie aku perkenalkan dalam blog yang aku create kan dan ia merujuk kepada individu atau kumpulan individu yang bermentaliti terkebelakang tanpa menyedari bahawa mereka sebenarnya mmg berada di dalam keadaan yang menyedihkan itu. Mereka adalah individu yang kononnya berautoriti, mengaku profesional dan faham tentang segala peraturan asas segala macam sistem dan kehidupan, tetapi hakikatnya mereka bertindak mengikut penilaian mereka yang subjektif dan sarat dengan emosi.

Pesakit-pesakit mental seperti ini lahir daripada rahim keegoan dan ketaksuban terhadap autoriti yang mereka ada dan menganggap diri mereka sangat sempurna dan dalam masa ya ng sama mereka takut dikritik oleh org-org yg berada di bawah mereka. Mentaliti Kelas Ketiga lahir daripada persekitaran Melayu yang tak banyak membaca, tak profesional, tak berpendirian dan sangat sensitif kepada kritikan yang mungkin akan membunuh mereka.

Fuhh... apa yang aku tulis ni? Macam kuliah psikologi dan pemikiran la plak. Apa yang aku nak sampaikan sebenarnya sikit je. Aku hanya nak bgtau yang di Msia nie yang kononnya negara membangun nak menuju ke arah negara maju, org-org di sekeliling kita mempunyai Mentaliti Kelas Ketiga dan mereka berada di mana-mana. Sama ada kerajaan, boss korg, client korg, mak bapak korg atau member-member korg sendiri mmg ada golongan yang bermentaliti hina mcm nie.

Golongan seperti ini sangat selesa dengan apa yang mereka ada dan takut dikritik. Mereka tidak boleh melihat org di bawah mereka lebih dari mereka dan akan bertindak dengan menggunakan alasan yang sangat peribadi serta tidak bersifat objektif. Dan plg mengejutkan, dalam alam siber pun mentaliti mcm nie ada jugak. Alam siber tanpa sempadan nie pun ada pesakit mental mcm tu gak ke? Percayalah... mmg ada pun...

Pada awalnya mereka mencanangkan kebebasan siber kononnya. Bermakna sesiapa saja bebas memberikan pandangan dan kritikan yang membina untuk memperbaiki atau memperelokkan apa-apa yang perlu. Then apabila kita yg berilmu ini cuba utk memberikan pandangan atau kritikan, dan secara kebetulan kritikan kita itu mengusik kredibiliti mereka, then mereka bertindak secara emosi.

Dalam alam siber (cthnya dalam perbincangan forum atau group), apabila kritikan itu kena pada mereka, mereka 'ban' kita dari masuk forum tu. Atau apabila kita secara peribadinya berkrisis dengan moderator atau kawan kepada moderator forum siber tu, dengan sewenang-wenangnya kita 'disingkirkan' dari forum atau group tersebut tanpa alasan yang logik dan objektif!

Apa ni? Mana kebebasan? Mana demokrasi siber? Mana peraturan yang selama nie menjunjung kebebasan siber dalam dunia tanpa sempadan? FCUK OFF!!! Kenapa? Takut dikritik? Takut diperbetulkan? Atau takut tergugat? Come on lah pesakit-pesakit mental sekalian... kalau takut terima teguran, jangan pegang apa-apa jawatan! Jangan cuba nak berlagak pandai. Dan jangan cuba menggatal nak jadi moderator la... bodoh!

Baca dulu undang-undang demokrasi di alam siber. Kalau rasa ilmu ttg siber tu tak cukup, buat penyelidikan dulu ttg hak-hak di alam siber. Jangan kerana org yg memberi kritikan tu bergaduh dengan member kita, then kita terus berdendam dengan org tu wpun org tu tak buat apa-apa pun kesalahan pada kita. Be profesional... kalau rasa tak boleh menjadi profesional pun, sila hormati sistem yang menjunjung keprofesionalan. Barulah Msia nie akan maju dan tak terkebelakang.

Lantaran Mentaliti Kelas Ketiga inilah, kita dapat lihat bagaimana hak berhimpun secara aman dinafikan wlaupun pada Hari Hak Asasi Manusia Sedunia sedangkan kita mendabik dada mengaku bahawa negara kita adalah negara demokrasi. Dengan Mentaliti Kelas Ketiga inilah maka lahirnya majikan atau boss yang memecat pekerjanya hanya kerana pekerjanya itu adalah musuh kepada kawannya walaupun pekerjanya itu cemerlang dalam tugasnya. Pelik kan?

Percayalah bahawa bangsa kita tidak akan maju kalau beginilah caranya. Negara kita tidak akan dihormati apabila prinsip-prinsip asas demokrasi pun tidak ditegakkan. Dan kita sendiri tidak akan memperbaiki diri kita berfikiran tertutup terhadap teguran dan kritikan org lain dan mengalihkannya kepada isu yang bersifat peribadi. Ye la... sapa kata dunia nie adil kan?

1 comment:

Anonymous said...

Third Class Mind...

Sucks r~