Tuesday, February 12, 2008

MaTHS DuNK!


Dah hampir sebulan aku tak tulis apa-apa. Bukan sebab takde idea... tapi sebab banyak sangat benda yang aku nak tulis, dan sempadan yang kedua ialah kekangan masa. Maka berkaratlah segala benda yang bermain dalam kepala otak aku apabila tidak dipindahkan ke skrin. Disebabkan aku nie ada jugak minat dan bakat dalam penulisan, so hari nie aku nak try sentuh 2 isu yang berbeza yang memang sinonim dengan minat aku.

Apa minat aku ek? Kalau korg nak tau since aku sekolah menengah ada 2 benda yang aku suka buat : 1)Maths dan 2) Bola Keranjang. Maths? mmg favourite subject aku since aku kecik sebenarnya. Masuk ke sekolah menengah aku lebih suka Add Maths berbanding Modern Maths sebab Add Maths lebih mencabar dan susah berbanding Modern Maths yang senang giler nak dapat 100% (baca dengan nada riak). Kegilaan aku pada maths mmg tinggi sampaikan aku suka bg soalan yang susah-susah kat papan hitam kelas member-member aku kat sekolah dulu. And sehingga sekarang, sampai aku amik Master dalam bidang maths pun... aku still minat deals dengan formula and nombor nie.

Bukan semua org boleh amik Maths beb. Ramai yang kantoi, sebab bagi aku Maths nie merupakan satu ilmu yang 'suci' dan khusus untuk org-org yang berhati suci macam aku je. Huhuhu... sesapa yang lembap giler dalam maths nie aku sure hati korg sebenarnya tak suci. Cuba cek balik manalah tau korg ada makan makanan haram ke, duit anak yatim ke or mak bapak korg besarkan korg dengan duit rasuah ke... hahaha.... gurau je ek...

Secondly, aku mmg minat bola keranjang (minat = tidak semestinya mahir dan power). Betul beb... kat sekolah dulu since form 2 aku suka dengan bola keranjang walaupun tak seterror Michael Jordan. Main just untuk suka-suka and keluar peluh je... bukannya nak aim pergi Olimpik pun. So, setiap petang masa kat sekolah menengah dulu aku join main basketball nie kat gelanggang bersama-sama teman seperjuangan...muahaha...

So, apa moral of the story yang aku nak sampaikan? Berdasarkan 2 minat aku ini, aku cuba untuk menyentuh isu adik Adi Putra yang 'genius' mencipta formula melalui 'ilham' dalam bidang matematik. Aku memang tak pernah jumpa pun budak nie, just baca dari majalah dan surat khabar je. First time aku tgk dia masa dia muncul mendemonstrasikan 'kepandaiannya' dalam rancangan MHI TV3 dulu. Dalam usia yang sebegitu muda, pencapaian Adi Putra memang superb sebab dia berjaya menyelesaikan beberapa masalah matematik peringkat rendah dan menengah tanpa melalui pendidikan formal di sekolah.

Dari mana datangnya 'kepandaian' Adi Putra? Berdasarkan teori 'hati suci' aku percaya bahawa Adi Putra memperolehi pengetahuan melalui ilham. Ilham yang dikurniakan oleh Allah kepada kanak-kanak yang masih bersih hatinya. Sebab kanak-kanak biasa yang seusia dengan dia belum tentu dapat berfikir dan mencipta formula matematik seperti itu. Kita pun tau kan, mostly kanak-kanak Melayu muda-muda mcm Adi tu still sasau dengan PS2 or PSP... tak pun main galah panjang kat kampung atau mancing ikan kat parit. Takde maknanya nak fikir macam nak mampus cipta formula matematik...

Maka kesimpulan aku, Adi Putra adalah anugerah yang dilahirkan cuma 1 di dalam sejuta manusia. Namun mak-bapak Adi Putra adalah orang biasa. Org Melayu-kampung-third class minded-poyo yang cepat sangat lupa diri dengan apa yang ada. Seorang rakan penulis pernah menceritakan betapa angkuhnya mak-bapak si Adi nie. Mmg Melayu tu tabiatnya mudah lupa, maka si mak-bapak Adi ini pun tidak terkecuali daripada peraturan yang sama. Malah baru-baru ini mak-bapak si Adi ini telah memberhentikan persekolahan anaknya dari sebuah sekolah swasta di Gombak atas alasan bahawa kurikulum sekolah tersebut adalah lebih rendah daripada 'kemampuan' Adi Putra! Dan Adi Putra 'diajar' untuk berlaku biadap melalui media apabila anak yang tidak berdosa itu membuat kenyataan bahawa "Saya seperti sebuah Ferrari yang berenjin Proton"... poyo kan?

Secara peribadi, aku tak rasa yang kenyataan itu dibuat 100% oleh Adi. Kenyataan sesinis itu dicipta oleh orang yang jauh lebih dewasa... mustahil kanak-kanak semuda Adi boleh mengungkap sesuatu yang seperti itu. Bermakna, bapak si Adi yang 'mengajar' anaknya menjadi celupar seperti itu. Apa motifnya? Mahu kerajaan Msia memberikan biasiswa penuh untuk Adi melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di luar negara? Atau mahu Adi berperanan sebagai pakar ramalan dan intuisi yang membantu polis mencari adik Sharlinie? Atau mahu popular, kekayaan dan sebagainya???

Sama sekali tidak jelas apa yang diinginkan oleh mak-bapak si Adi Putra. Yang jelas, memberhentikan Adi daripada bersekolah merupakan keputusan bodoh yang dibuat oleh bapak Adi yang mungkin akan merosakkan masa depan Adi sendiri. Kurikulum pendidikan malaysia sudah cukup lengkap untuk melahirkan pelajar yang suatu masa nanti akan menjadi modal kepada pembangunan negara. Di sekolah, Adi akan belajar kemahiran komunikasi, bercampur gaul dengan rakan sebaya, merasai keseronokan belajar, melalui sendiri pengalaman pembelajaran di dalam kelas serta bermacam-macam lagi perkara pahit-manis yang mungkin akan berguna dalam pembentukan Adi sebagai seorang manusia.

Hidup di dunia bukan sekadar menghafal sifir dan berupaya mendarab dengan cepat semata-mata, ia lebih daripada itu. Bukan segala-galanya di dalam dunia ini harus dilihat secara objektif dengan menggunakan digit sahaja, kehidupan harus dirasai melalui pengalaman dan perkara-perkara yang subjektif yang kita sendiri tidak duga bila dan dalam bentuk apa kesubjektifan itu akan berlaku.

Pernah tgk 'Kung Fu Dunk'? Cerita komedi adaptasi dari manga Slam Dunk mengenai seorang pemain bola keranjang (Jay Chou) yang menggabungkan Kung Fu dan kemahiran 'shoot' bola keranjang untuk berjaya sebagai pemain yang hebat untuk mencari mak-bapak kandungnya. Aku tgk citer nie minggu lepas dengan seorg member. bagi aku cerita nie bukan komedi gelak-tawa-slapstik sebodoh Nana Tanjung tu, 'Kung Fu Dunk' lebih dari itu (aku puji bukan sebab aku minat bola keranjang tau). Dengan 'Kung Fu' dan kemahiran 'shoot' yang baik, Jay Chou hebat sebagai seorang 'shooter' jarak jauh, bukan sebagai ahli kumpulan yang bermain.

Namun, dia belajar untuk 'masuk' ke dalam kumpulan tersebut, memahami selok-belok dan kemahiran lain sebagai ahli pasukan. Dia belajar untuk mengatasi tekanan, belajar merasai kekalahan dan juga merasai semangat setiakawan dan persahabatan. At the end of this movie ada suatu conclusion yang boleh dijadikan pengajaran, "Kepuasan dan kegembiraan dalam permainan bola keranjang bukan dirasai apabila kita dapat 'shoot' bola ke jaringnya, tetapi kepuasan itu terhasil apabila kita belajar untuk bekerjasama". So, ending of the movie bukan Jay Chou tu yang 'shoot' the ball, dia bagi kat member dia atas dasar setiakawan dalam pasukan. Ironi kan?

Moral of the story, buat bapa kepada adik Adi Putra, jangan musnahkan masa depan anak anda semata-mata kerana impian dan hajat anda. Biarkan Adi Putra melalui dan menikmati zaman kanak-kanaknya bersama-sama rakan yang seusia dengannya. Jangan rampas kenangan indah zaman persekolahan anak anda semata-mata kerana anda merasakan anak anda itu 'lebih hebat' mendarab daripada anak org lain.

Matematik bukan segala-galanya. Kadang-kadang kalau terlalu tepu sangat dengan maths pun, otak kita akan berkarat jugak sebab otak kita tak didedahkan dengan benda-benda yang lain. Aku rasa otak aku pun dah berkarat dah nie sebab dah dekat 20 tahun belajar matematik... nasib baiklah aku nie pandai menulis... biar ku pindahkan kekaratan itu di atas skrin!