Monday, December 3, 2007

TeRaPi KaRaoKe ReDBoX


Dekat seminggu gak aku tak bukak blog aku nie. Aku busy dengan International Conference kat Bangi selama 3 hari minggu lepas (nanti aku citer sedetailnya). Hari nie aku tak tau kenapa mood aku tak berapa baik. Rasa malas pun ada...rasa nak berhenti kerja pun ada. Tension woo keje kat sini. Macam pungkok! Aku rasa aku tak sesuai kerja dengan org-org yg Third Class Malay Minded kat tmpt aku ni. Tensi kepalaku memikirkannya...

Korg kalau tension apa yg korg buat? Ada sorg member aku tu kalau dia tension dia makan byk-byk. Ada sorg tu pulak kalau tension dia g tgk wayang. Tapi dulu cikgu kaunselor aku yg cun masa kat sekolah dulu dia kata kalau tension kita try amik air sembahyang and baca Quran. Sentap plak aku dgr. Lama jugak aku tak baca Quran. Baca yassin pun masa kenduri tahlil org meninggal kat kampung aku je. Patutlah hati aku tak tenteram je mengharungi kehidupan yang fana ini... tetiba plak rasa sebak...

Malas nak fikir lebih-lebih... senang citer ar aku nak bgtau korg, kalau aku tension aku suka menyanyi. Nampak macam jahilliyah sgt bunyinya kan? Cikgu suruh baca Quran aku g nyanyi plak. Takpe... mawi pun nyanyi gak apa walaupun dulu dia hebat baca Quran dan berzanji... huhuhu...

Aku mmg suka menyanyi dari dulu, I mean since aku sekolah menengah la. Dulu suka nyanyi dalam toilet je... skang dah keje ada duit nie aku suka g karaoke. Walaupun suara tak selunak James Blunt, tapi aku rasa pencapaian suara aku nie kira agak bagus la jugak berbanding suara-suara sumbangsih member-member aku yang lain. Cuma high tone punya lagu mmg aku tak boleh la nak nyanyi sebab Tuhan dah takdirkan suara aku utk lagu-lagu berentak Broery Marantika je... so aku terima je lah. Muahaha...

Tempat paling best nak karaoke nie yang paling aku suka is REDBOX karaoke. Dulu aku g ngan member aku kat Low Yat. Kat SOGO pun ada gak. Sebelum tu aku g kat GREENBOX kat Sg.Wang and E-BOX kat Quality Hotel. Boleh tahan mahal la jugak kat tmpt-tmpt mcm nie. Tapi mmg puas hati la. System bagus, lagu pun byk berbanding karaoke jamban murahan yang mmg pecah suara kalau nyanyi sebab sistem audio tak bagus. Lagi-lagi kat Shah Alam... mmg jamban buruk habis la karaoke dia. Paling puas hati kat REDBOX(promo skit)... siap ada buffet lagi. Kalau g 4 org estimate budget dalam RM50 sorg... mahal tapi berbaloi.

Tapi kalau nak g karaoke kena g reramai. Takkan nak g sengsorang plak kan? Macam kena pulau ngan member plak kalau g sengsorang. Kalau g duorang bercouple ok gak... tapi tak berapa syok ar. Kalau berdua sejantina org kata pasangan Brokeback Mountain or Lesbo Couple... so the best number is weather 3 or 4 peoples. Biasanya aku g 3 org coz lebih memuaskan hati...boleh nyanyi byk lagu dalam masa 3 jam tu. Tak payah lelama tunggu turn. And one more thing, kena g ngan memember yg mmg minat menyanyi dan sporting. Kalau tak mmg bosan lah kehidupan di dalam bilik karaoke tu...huhuhu...

Kat sini aku nak tulis la skit beberapa etika atau peraturan asas dalam berkaraoke. Aku pernah baca kat internet dulu tapi lupa website mana. Nanti aku cek balik url website tu. Ada 5 etika dalam berkaraoke apabila kita pergi berkaraoke secara berkumpulan :-


@JANGAN MENGADA-NGADA NAK MEMALU LIPAN
- Kalau nak join memember yg berkaraoke, syarat pertama kena sporting. Jangan nak memalu hanjing atau memalu lipan. Kalau member request lagu suruh kita nyanyi, so kita kena nyanyi je walaupun pitch lagu tu kita tak sampai. Sesumbang mana pun kita tetap kena nyanyi dan sporting. Karaoke bukannya tempat utk budak skema yg memalu dan bukannya tmpt utk menjadi terlalu ilmiah dan berpendidikan. Nyanyi saja apabila diminta/disuruh tanpa sebarang alasan.


@JANGAN MENGGATAL NYANYI BERSAMA-SAMA MEMBER YG BERKARAOKE
- Nie mmg selalu berlaku. Kalau lagu tu bukannya lagu duet atau lagu nyanyian reramai, jangan menggatal nak merosakkan lagu yg member kita tgh nyanyi dengan suara sumbangsih kita. Hormati rakan sekaraoke kerana lagu nyanyian solo hanya utk seorang individu sahaja. Dan hormati hak rakan kita untuk mendengar suara solo mereka ketika mereka menyanyi walaupun sesumbang mana suara member kita tu. Dia ada hak sebab dia pun dah bayar dengan harga yang sama dengan harga yang kita bayar. Tak perlu kita nak menggatal menjadi suara latar... ini karaoke, bukan persembahan nasyid berkumpulan! And one more, tolonglah jangan berborak kuat-kuat or buat bising masa org lain tgh nyanyi... respect skit kat member yg tgh feeling menyanyi tu.


@ELAKKAN LAGU YG BERTINDAN
- Maksudnya, kalau kawan kita dah pilih lagu "A", kita tak perlu la nak pilih lagu tu lagi hanya kerana kita kononnya percaya yang suara kita lebih sedap daripada member kita jika kita menyanyi lagu tersebut. Perlu diingat, apabila kita pergi karaoke secara berkumpulan, kita bukan sahaja menyanyi, tetapi mendengar ahli kumpulan yang lain menyanyi. For sure kita pun tak nak dengar lagu yang sama 2-3 kali kan?


@GANGGUAN SECARA 'SOPAN'
- Ada antara kita yg mengganggu member yg tgh nyanyi dengan gangguan 'sopan'. Cthnya : "Aku suka lagu ni tapi aku terlupa nak pilih lagu nie tadi, boleh tak kalau aku nyanyi dengan kau?". Dalam kes nie, gangguang tidak dilakukan secara biadap, tetapi secara 'sopan' dengan membuat permintaan untuk menyanyi bersama sedangkan kemungkinan member kita tu sebenarnya nak nyanyi sorg-sorg.


@TAK PERLU TERLALU BERKIRA
- Paling best adanya tolak ansur dalam kumpulan. Tak perlu nak berkira sgt siapa yg nyanyi banyak or sapa yg nyanyi sikit. Kalau kita nak bagi turn nyanyi kita kat member kita pun, ok and tak perlu terlalu rigid. And one more jgn sama sekali berkira soal duit, parking fee, duit minyak or whatever... faham-faham sendiri la nak tong-tong seadil-adilnya. Kalau tak puas ati kira tuntut kat akhirat je la...

So, sesapa yg boleh ikut kelima-lima etika nie, korg boleh la join jadi member karaoke aku. Hidup nie kena ikut sikit peraturan atau etika, barulah dunia ini lebih aman. Buka fikiran seluas-luasnya, jadi org yg sporting and be happy. And then barulah kita enjoy nyanyi reramai kat tmpt-tmpt karaoke ni. Sesapa yang Third Class Malay Minded yg tak reti nak ikut peraturan or etika karaoke nie, baik korg dok umah berzanji or baca Quran kat umah. Lebih afdal dan dapat pahala daripada menjadi sasaran makian rakan-rakan yg nak berkaraoke. Berkaraoke adalah suatu bentuk terapi yang mungkin dapat menghilangkan sedikit ketensionan. Sesumbangsih mana pun suara kita, akan ada jugak lagu yang sesuai dengan suara kita itu dan mampu menstabilkan mood kita untuk merasa lebih gembira dan ceria. Jom?

2 comments:

Anonymous said...

ok..nxt time klu kta2 g karaoke..aku ikut prosedur nie..hahahahah =P

NuMB3RS said...

ikut jgn tak ikut...hehehe...