Wednesday, December 5, 2007

PuLaNGKaN!


Hari nie sepanjang hari makan free dari pagi sampai lah ke petang sebab hari nie ada kursus untuk department aku kat tempat kerja aku. Duit tgh bulan pun dah susut sikit lepas beli macam-macam... sib baik la hari nie tak payah keluar duit nak makan. Budget utk program dah ada, so makan je lah apa yang dah tersedia. Lagipun aku bukannya cerewet sangat bab-bab makan nie. Janji ada fiber dan buah-buahan... boleh la telan apa-apa yg dihidangkan.

But plz don't ever jump to the conclusion yang aku suka sangat dengan benda-benda free nie sama macam Third Class Minded org-org kita kat Msia ni. Aliran Pemikiran Dunia Ketiga kat Msia nie akan 'sapu' saja benda-benda free yg ada. Kalau ada jamuan raya ke apa, sure diorg nie siap tapau bawak balik bagi member or anak bini tanpa memikirkan ttg org lain yang datang untuk makan masa jamuan tu. Kalau makan free hari-hari lagi bagus bagi diorg. And bukan setakat makanan je, kalau boleh semua benda nak free termasuklah buku, baju, dan sebagainya. Wake up plzzz... sampai bila nak 'bertongkat' makan benda free. Everything in this damn world ada harganya. Sedangkan pelacur pondan kat Lorong Haji Taib pun ada harga masing-masing yg perlu dibayar kalau org nak langgan (aku kata kalau tau, bukan aku galakkan korg langgan), inikan pula benda-benda halal kan?

Untuk hidup kita perlukan wang, dan untuk dapatkan wang kita perlu bekerja. Tak kisahlah kerja apa pun, kalau korg beriman korg akan buat kerja yang tidak menyalahi hukum-hukum Tuhan. Untuk apa? Untuk dapatkan beberapa keping kertas yang kita namakan ia sebagai DUIT. Kalau takde duit camner plak? Kalau takde duit, kita kenalah usaha untuk dapatkan duit tu dan worst come worst is kita PINJAM duit org lain sama ada from mak bapak kita, sedara-mara atau pun member-member kita.

Dalam Kamus Dewan, apabila kita pinjam duit/barang org lain (tak kisah la siapa pun), kita sebenarnya telah BERHUTANG dgn org tersebut. Sebut pasal hutang nie mmg hati aku panas sikit. Dari 2 hari lepas mood aku agak kurang elok bila mengenangkan 'janji-janji manis' kawan-kawan (kawan ke mcm ni?) yang pernah berhutang dengan aku dan kununnya nak melangsaikan hutang tersebut pada tempoh yang pernah dijanjikan dulu.

Kalau nak diikutkan sifat sebagai pemuda lindungan Kaabah aku nie, aku nie bukannya org yg jenis berkira soal hutang-piutang nie sebab duit aku mahakarya banyak dalam bank dan simpanan aku. Setakat nie Alhamdulillah aku takde masalah besar kalau org lambat bayar hutang aku. Tetapi disebabkan MEMBERI HUTANG tersebut adalah suatu bentuk muamalah dalam Islam, maka SI PENGHUTANG perlu tahu akan adab-adab berhutang. Bukan main semberono je buat-buat tak tahu and lengah-lengahkan membayar walaupun ada duit!

Aku giler babi bengang dengan SI PENGHUTANG yg mcm nie (bukan semua ya). Masa nak pinjam, mmg manis la kata-kata tu. Cth ayat-ayat manis : "Ko kan kawan baik aku, takkanlah aku tak bayar hutang kau?", "Aku pinjam RM250, aku janji bayar bulan 12 nie...ko jangan risau...dulu aku pinjam kat si A tu pun aku bayar gak", "Aku tak tau kat sapa lagi aku nak pinjam, ko sorg je la yang aku percaya dan aku rasa boleh tolong aku"... dan beratus-ratus lagi ayat manis bila SI PENGHUTANG nak pinjam duit dari kita.

Masa nak pinjam duit siap call lagi, paling cikai pun hantar 4-5 sms. Aku pun dengan penuh rasa simpati bercampur bebal tanpa berfikir, bagilah SI PENGHUTANG nie pinjam. Siap ponteng kerja lagi semata-mata nak kuar duit and bank-in kan kat SI PENGHUTANG. Finally bila time aku nak mintak duit SI PENGHUTANG bangsat nie tetiba je mendiamkan diri! Pukimon punya Melayu! Aku sms langsung tak balas, call tak angkat plak. Sedangkan SI PENGHUTANG tu sendiri janji nak bayar pada waktu bla-bla-bla... kalau korg jadik aku korg rasa sakit hati tak???

Wei MELAYU SI PENGHUTANG, jaga la adab sikit. Jangan jadi bangsa biadap. Kalau masa ko nak pinjam ko siap boleh call/sms and siap boleh suruh aku bank in kan lagi duit tu. Then bila time sepatutnya ko bayar tapi let say ko tak dapat bayar, call/sms lah aku balik citer dari A-Z kenapa korg tak dapat bayar pada time yg dijanjikan. Janganlah buat senyap je macam bangkai babi dalam longkang. Ko yang pinjam duit aku beb, bukan aku yang pinjam duit ko. Aku pulak terhegeh-hegeh mintak macam pelacur tua nakkan sex dari lelaki muda. Ba Alip Ba Ya betul!!!

Betul cakap Cikgu Kaunselor aku masa aku matrix dulu, memberi hutang nie mmglah suatu diharuskan/disunatkan dalam Islam, tapi kesan daripada proses ini kemungkinan akan menyebabkan kita berenggang or putus kawan dengan member kita SI PENGHUTANG tu esp time diorg liat nak bayar hutang kita. Masa aku bagi pinjam dulu aku ikhlas nak tolong kawan-kawan aku sendiri, tapi finally bila diorg buat sial mcm ni, aku jadi bengang dan mencarutlah aku dalam blog aku yang suci nie.

Fikirlah dan studylah dulu adab-adab berhutang. Kalau tak tau adab, blaja dgn mak bapak dulu adab-adab berhutang dan membayar hutang. Aku bukannya pengamal riba' mcm ALONG BUKIT BERUNTUNG yg ko kena bayar lebih dari apa yg ko pinjam. Ko pinjam 200 ko bayarlah balik 200 tanpa aku amik ekstra sesen pun. Kalau korg pinjam ptptipu siap kena caj riba 4% lagi. Tapi aku tak buat benda-benda riba' yang menganiaya org nie, lagi-lagi kat kawan aku sendiri.

Yamin Ahmad pernah kata, "Kadang-kadang kebaikan yang kita buat dibalas jahat oleh org yg kita berbuat baik tu"...it's kinda true. Kita bagi org pinjam, then org tu buat hal pastu kutuk blkg kita kata kita kedekut la, mengungkit la. Adil ke? Sapa kata dunia nie adil kan???

For those yg pernah berhutang/sedang berhutang/ingin berhutang dgn aku, aku just nak stresskan bahawa aku tak sekejam yg korg sangka. Kadang-kadang aku boleh accept reason pembayaran lambat daripada kawan-kawan yg aku rapat. Ada juga yg aku 'kira halal' je sebab dah lama kawan. Kalau tak mampu nak bayar pada waktu seperti yang dijanjikan, jumpa/sms/call aku, minta maaf dan cerita kat aku sebab-musabab tak dapat bayar. Kalau reason tu munasabah aku terima la dan u know that, so far aku terima semua reason walaupun tak ada logika sangat reason tu.

Bila kita berhutang, kita bukan sekadar memperjudikan janji yang kita buat, kita juga memperjudikan hubungan persahabatan kita dengan org yg memberi kita hutang. Silap-silap boleh gaduh besar kalau kita tak tepati janji kita. Kalau rasa susah sangat nak bayar (atau kita mmg menggatal berniat tak nak bayar) elakkan lah berhutang nie. Oppss... lupa nak bgtau, Third Minded Class punya Malay selain dari benda-benda free, diorg suka menimbunkan hutang-hutang nie. That's why org Melayu la yg plg banyak berhutang kat Courts Mammoth berbanding Cina dan India. Kat kg aku, g makan roti canai pun nak tulis kat buku...
Ermm... kalau dah Third Minded tu mmg Third Minded gak.

Sabda Rasullullah SAW : "Sesungguhnya seseorang apabila berhutang, maka dia sering berkata lantas berdusta, dan berjanji lantas memungkirinya" (Riwayat Bukhari).

Dan, "Barangsiapa menunda-nunda pembayaran hutang, padahal ia mampu membayarnya, maka bertambah satu dosa baginya setiap hari" (Riwayat Baihaqi).


Kepada sesapa yang berjanji nak bayar balik duit aku tu, harapnya tunaikanlah janji manis korg tu. And lepas nie jangan haraplah aku nak bagi korg pinjam duit aku lagi. Ko nak mampus ke, nak meringkuk dalam penjara ke, nak jadik gigolo ke, itu bukan urusan aku lagi. Aku sudah memberi kalian peluang untuk bermuamalah secara insaniah, korg buat sial plak. Tidak aku halalkan duit aku sampailah aku mati wahai penghutang-penghutang sekalian! Jangan sampai aku mati jadik Pontianak Harum Sundal Malam mintak duit kat korg nanti sudah. Aku tau kalau aku jadik pontianak sure buruk giler, tak secun Maya KJ tu. Tapi aku still boleh kata "PULANGKAN!....PULANGKAN APA YG KO RAMPAS DARIKU!"... fuh...sure seram kan?


P/S- Sometimes lebih baik cari lobang-lobang utk makan free daripada pinjam duit org pastu tak reti nak bayar.





No comments: