Monday, November 26, 2007

aLaM HiPNoSiS YG iNDaH


Semalam ada satu perkara menarik yang berlaku. Bukan pasal rusuhan Hindraf yang memalukan negara tu. Tapi pasal ALAM HIPNOSIS. Aku dah malas dah nak citer bab-bab politik nie. Buat penat jari je menaip. Aku 'menyalak' dalam blog pun kerajaan peduli apa kan? Walaupun harga tepung tak jadik naik (salah satu metod memancing undi pilihanraya), tapi mamak kat gerai-gerai still gak naikkan harga roti canai. 2 hari lepas gerai mek Kelantan kat sebelah umah aku pun dah naikkan harga milo ais daripada RM1.30 ke RM1.40 sebab dia kata harga susu dah naik. Bila masa plak susu naik harga? Pening kepala aku fikir...

Daripada pening kepala fikir pasal harga barang-barang yang semakin lama semakin naik (mmg takde barang yang turun harga), baik aku menenangkan fikiran dengan cara yang agak aneh : meneroka ke alam minda bawah sedar setelah dihipnotis. So, semalam aku pergi ke pusat Hipnoterapi kat SJ untuk merasai sendiri pengalaman dihipnotis oleh pakar hipnoterapi kat situ. Nama owner hipnoterapi centre tu ialah John, seorg berbangsa Cina dan merupakan org Malaysia/Asia yang pertama yang memperolehi Sijil sebagai Instructor/Trainer daripada International Medical and Dental Hypnotherapy Association (IMDHA) daripada US. Dia nie mmg sempoi giler la... boleh tgk kat sini gambar dia :-http://www.georgebien.com/trainthetrainer.html

Aku g ke tmpt tu sorg je. Sebelum tu aku ajak sorg member aku si Adi tu, tapi dia tak minat benda-benda 'tahyul' mcm nie. Lagipun dia tlg adik dia basuh rumah baru and jampi-jampi halau hantu kat rumah baru... so aku tak kacau dia. Aku g sorg je. Alaa... aku boleh hidup lone ranger... don't worry coz most of the time keja-keja aku sebagai part-time reporter menggalakkan aku utk bergerak sorg-sorg. Best apa g sorg-sorg walaupun Acha Septria pernah kata yang "Berdua Lebih Baik", tapi utk kes-kes yg mcm ni g sorg-sorg je lebih baik. Lagipun masa kita dah mati nanti kat kubur kita sorg-sorg gak kan?

Ermm... apa ntah aku merapu ni. Back to the main topic. Korg tau apa itu HYPNOSIS? Kalau rajin google kat internet, tgk kat Wikipedia. Tapi disebabkan aku tau org Msia nie malas sikit, so aku explain la bagi korg faham ttg hypnosis ni. Hypnosis ialah suatu keadaan dia mana seseorg itu berada di dalam kondisi minda bawah sedar (sub-concious mind). Seseorg itu akan berada di dalam keadaan hypnosis apabila dia di hypnotizekan oleh pakar hypnosis. Kalau org Melayu kampung kata 'pukau'... senang citer la. Tapi pukau dgn hypnotize berbeza sebab pukau mengakibatkan seseorg itu berada di dalam keadaan tidak sedar dan menurut 100% tanpa kehendaknya.

Sebelum ni aku just tgk kat youtube je bagaimana seseorg itu dihypnotize dan berada dalam keadaan hypnosis. Kat US siap buat stage show lagi ttg hypnosis. Macam magic show la lebih kurang... cuma magic guna illusi dan trick, hypnosis guna sains ttg minda yang sama sekali takde kaitan dengan ilmu sihir,pukau-memukau, jin, iblis dan sebagainya (kat Msia nie bayi menangis malam-malam sebab lapar pun diorg kata kena kacau dengan hantu).

Keadaan hypnosis ialah keadaan yang 'sangat tenang' dan relax bagi seseorg. Dalam ilmu hypnotherapy, keadaan hypnosis digunakan untuk memberikan 'saranan yang positif' bagi mengatasi pelbagai gejala fobia, stress, trauma, hilang ingatan, kemarahan, pengurusan emosi dan pelbagai lagi. Dalam keadaan minda bawah sedar, kita akan mudah menerima saranan-saranan yang positif yang berupaya membantu meneroka potensi dalaman diri kita sendiri. Sebagai contoh, untuk stop smoking... seseorang itu harus 'disedarkan' ttg kebaikan-kebaikan berhenti merokok melalui sub-concious mind nya dan selanjutnya sub-concious mind tersebut akan 'bertindak' menghalang empunya diri daripada menghisap rokok.

Fuh... macam kuliah la pulak. Ok... back kepada pengalaman aku. Masa John mintak volunteer utk naik atas stage untuk dihipnosiskan, aku dengan selamba hensemnya angkat tangan untuk jadik sukarelawan sebab aku teringin nak tau macamana rasanya berada dalam keadaan hypnosis. But there were 2 more yang jadik volunteer masa tu. Kitorg naiklah atas stage and duduk atas kerusi. Audiance tak ramai dalam kelas tu... dalam 10-25 org je. Bukannya ramai pun yang berminat ttg majlis-majlis ilmu macam ni. Hanya yang 'dipilih oleh Tuhan' je yang pergi majlis-majlis ilmu macam ni. Huhuhu....

Then, John pasang muzik instrumental yang menenangkan... kami bertiga just ikut arahan dia je. Dia kata "dalam kiraan 10, anda semua akan berada dalam keadaan yang sangat relax dan tenang". Then after 10 seconds tu, kitorg semua tutup mata seolah-olah tertidur. Tapi actually bukan tidur tau... sebab kitorg semua still boleh dgr arahan dan ikut arahan yg diberi. Kami bertiga berada di dalam keadaan yang sangat relax, minda yang telah dikosongkan dan dalam keadaan yang sangat tenang. Masa tu aku cuba gak nak melawan and nak bukak mata, tapi kenapa entah aku rasa macam malas dan letih plak. Aku tak tau ar apasal macam tu. Aku rasa kalau aku bukak mata masa tu macam pelik je. Dan yang lebih anehnya, bila aku just ikut je kata-kata John tadi tu. Apasal ek?

Dalam keadaan minda bawah sedar tu, kitorg disuruh imagine macam-macam.John suruh kitorg bayangkan citer/filem yang paling sedih yang kitorg pernah tgk, then aku terbayangkan drama Pondok Buruk kat Astro dulu. After that tetiba je aku menangis. Org lain pun menangis gak, tapi aku tak tau la diorg bygkan citer apa. Yg pompuan India sebelah aku tu (menurut kata penonton) menangis giler-giler...apa ntah movie yg dia bayangkan pun aku tak tau. Saviji The Boss kot... huhuhu. Tapi nasib baiklah John tak suruh bayangkan citer blue... kalau tak kantoi aku stim atas stage... muahaha...

After that mmg byklah bentuk-bentuk imagination yang John sarankan. Imaginasi yang melibatkan peristiwa suka duka masa zaman kecik-kecik, perkara yang paling melucukan and ekspresi terhadap sesuatu yang menjijikkan dan sebagainya. Penonton-penonton yang tgk kitorg yang kat atas stage nie tergelak-gelak and pelik dengan perubahan emosi kitorg yang berada dalam keadaan hypnosis tu. Dalam keadaan hypnosis, kita akan mudah menerima segala macam bentuk saranan/cadangan sama ada positif atau negatif but ada limitasinya. Org yg berada di dalam keadaan hypnosis sama sekali tidak akan melakukan arahan/cadangan yang bertentangan dengan kehendak/kepercayaan/pegangan atau agamanya. Sebagai contoh : kita tidak akan berjaya menyuruh seseorg yg berada di dalam keadaan hypnosis untuk berbogel di hadapan kita kerana perilaku itu melanggar kehendak/pegangan dirinya. Bermakna, org yg dihypnotize masih sedar dan berupaya melawan saranan yang bukan kemahuannya.

After 15 minutes berada atas stage, John suruh kitorg bertiga kembali ke minda sedar (alam nyata) dalam kiraan 8. After that kitorg 'terjaga' dan bukak mata. Meletihkan. Itu word pertama yang aku cakap bila audiance tanya pasal pengalaman aku dihypnotize tu. Tak tau la nak explain camner kat korg coz korg kena rasai sendiri pengalaman meneroka ke alam bawah sedar tu. Cool... relax... bebas dari segala masalah dan menyeronokkan. Selama nie aku tgk kat internet or kat National Geographics je... tapi kali nie aku merasai pengalaman tersebut. Best woo...

Di akhir preview tu, John promote yang dia handle training untuk sesiapa yang berminat utk belajar ttg ilmu hypnosis nie. Training selama 2 hari dengan bayaran RM1000. Kalau nak dapat sijil dari US tu kena amik kursus 8 hari... mahal jugak la bayarannya termasuk sijil. One fine day bila aku dah ada duit lebih skit aku nak amik sijil tu. But the most important thing is, kita cuba utk menghypnotize diri kita dulu untuk buang segala negative thinking dalam kepala hotak kita nie. Buang segala sifat marah, dendam, trauma dan sebagainya dan gantikan dengan kata-kata motivasi untuk terus hidup dan berjaya.

Untuk peringkat yang lebih tinggi, kita boleh membantu org lain dengan kaedah hypnotize ini dan peringkat ini dikenali sebagai hypnoterapi. But John mmg hebat, dalam demo kali keduanya, John just sentuh seorg volunteer India nie dan dia terus tutup mata dan berada di dalam keadaan hypnosis. Fuh... gempak beb. Kalau aku sehebat John tu, aku hypnotize mek kelate yang jual milo ais RM1.40 tu supaya aku bayar RM1 je. Biar dia igt RM1 tu macam RM1.40. Tapi mana boleh beb... itu dah melawan kehendak dia... confirm tak jadi punya la. Muahaha...


P/S - Masa Perhimpunan BERSIH Pak Lah siap sound dalam media yang perhimpunan tu diharamkan, tapi untuk HINDRAF takde penegasan langsung ttg pengharaman perhimpunan. Pak Lah berani dengan Melayu je, dengan India kecut perut. Aku rasa Pak Lah dah kena hypnotize dengan org India sampai asyik 'tertidur' je...




2 comments:

Anonymous said...

huhu..klu ko kna pikirkn pasal cte blue..msti ko dh ratah2 indian gurl sblh ko kan??hahaha

NuMB3RS said...

indian gurl tu tak cun ar...rupa macam aci jual bunga melur je....muahaha