Thursday, November 22, 2007

BeRSaMaMu TV3 : aPaBiLa EMoSioNaL MeNGaTaSi RaSioNaL


Semalam aku balik dalam kul 11 malam setelah berpenat lelah pegi ke SJ naik komuter dengan member aku si Asyraf yang ada keter. Hampeh punya member...ada keter naik je la keter. Menggatal nak naik komuter plak. Dia kata tak nak mengglamerkan keter dia kat SJ tu... tak ada logika punya reason. Penat woo semalam. Sampai umah aku tgk housemate aku tgh tgk citer si pondan AzwanaAlia tu...Jangan Tidur Lagi! Alamak dah terlepas plak rancangan fav aku, Bersamamu TV3 tu.

Ermm...sejak bila plak aku suka rancangan ni? Setau aku yang minat rancangan nie giler babi sampai berair atas bawah is kawan kat kolej aku dulu, nama dia BabyMilo (BabyMilo nie lelaki tau...ensem...hehehe). BabyMilo nie kalau dia tgk rancangan nie sure dia kunci pintu bilik dia jangan bagi org masuk sebab dia tak nak org tau dia tangkap leleh depan komputer (komputer dia ada tv card tu...). Aku rasa aku mula minat rancangan nie sejak minggu lepas kot. Citer pasal ibu tunggal yang anak dia berhenti sekolah lepas PMR dan jadi pembantu kedai makan semata-mata nak bayar yuran sekolah. Kenapa aku suka episod 14 nov nie berbanding byk-byk episod yang lain? Sebab : pendekatan program Bersamamu pada minggu lepas sangat berbeza dengan pendekatan penyelesaian seperti episod-episod yang sebelumnya.

Minggu lepas, TV3 dan krew Bersamamunya berkunjung ke rumah seorg kaya di kawasan kejiranan makcik yang hidup susah tu dan menceritakan ttg penderitaan ibu tunggal tu. Then, lepas dengar cerita tu, org kaya tu terus bersimpati dan bersama-sama dengan penduduk kampung yang lain untuk tolong makcik tu. Pendekatan sebegini lebih berkesan berbanding menghulurkan bantuan secara langsung berupa barangan makanan dan sebagainya yang kita sendiri tahu ia bersifat tidak kekal dan akan habis bila bekalan itu habis.

Minggu lepas, TV3 telah berjaya membuka mata masyarakat ttg peri pentingnya 'kesedaran' masyarakat itu sendiri untuk 'peka' terhadap sebarang kesusahan atau apa-apa yang berlaku di sekitar kejiranan mereka. Dengan kata lain, TV3 sedikit-sebanyak telah berjaya mendidik masyarakat utk mengenal tanggungjawab mereka terhadap org-org di sekeliling mereka. Dengan cara ini, kita tidak perlulah utk menuding jari ke mana-mana pihak ttg apa jua isu kemiskinan yang ada dalam masyarakat kita. Kita sendiri yang harus belajar bertanggungjawab!

Selama ini, majoriti daripada kita hanya menyalahkan kerajaan terhadap apa jua isu kemiskinan yang dibawakan oleh media (org-org kita kat Malaysia nie kadang-kadang jamban umah tersumbat pun kita nak salahkan kerajaan). Ya, mmg untuk mengurangkan kemiskinan itu termasuk di dalam tanggungjawab kerajaan...tetapi sebagai sebahagian daripada masyarakat, apa pula tanggungjawab kita? tanya pada diri kita sendiri, ada atau tidak kita cuba utk tolong org susah di kampung kita? Ada atau tidak kita cuba maklumkan kepada ketua kampung / penghulu ttg sesiapa yang hidup melarat kat kampung kita sendiri? Ada atau tidak kita ambil tahu ttg anak-anak jiran kita sama ada mereka bersekolah atau tidak?

Kalau byk di antara persoalan itu kita jawab TIDAK, maka kita sendiri sebenarnya telah gagal berfungsi sebagai masyarakat yang bertanggungjawab. Kemiskinan tidak dapat dibasmi 100% kerana ia ada di dalam semua masyarakat pelbagai budaya dan tamadun. Dalam Islam, kemiskinan itu 'perlu' sebagai unsur yang menyeimbangkan sistem kehidupan supaya muamalat dalam masyarakat Islam dapat dipraktikkan.

Apabila emosional mengatasi rasional, kita cenderung menuding jari utk menyalahkan pihak-pihak tertentu dan melabelkan mereka sebagai 'tidak peka', 'tidak prihatin', 'tidak bertanggungjawab', 'zalim' dan sebagainya. Apabila emosi menguasai diri, kita juga lupa bahawa kemiskinan itu merupakan dugaan yang diturunkan oleh tuhan kepada seseorang yang tabah untuk menerima dugaan tersebut. Kita juga lupa bahawa dengan turunnya dugaan kemiskinan kepada org lain, kita berpeluang utk berbuat amal dengan cara membantu mereka yang susah itu.

Berhentilah daripada menyalahkan org lain. Belajar untuk menjadi sebahagian daripada entiti masyarakat yang peka dan bertanggungjawab terhadap apa jua yang berlaku di sekitar kita. Kalau kita asyik nak harapkan menteri dan YB turun padang datang tolong, alamatnya mmg satu penggal sekali la YB tu datang (time dekat-dekat pilihanraya). And to : menteri-menteri dan YB-YB sekalian, anda semua diharapkan dapat membuka mata anda dan menyedari ttg tanggungjawab anda sendiri untuk 'berkhidmat' kepada masyarakat. Anda diundi kerana rakyat menaruh kepercayaan kepada anda untuk memberikan 'khidmat' yang terbaik anda. Anda bukan diundi untuk duduk-duduk di rumah, hisap paip, pegi bercuti dan main golf! Berdosa anda-anda semua yang diundi sekiranya gagal menyempurnakan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada anda (patutlah perut YB and menteri-menteri byk yang buncit dan berpenyakit).

Kepada TV3, syabas kerana berjaya menjadi 'wira' yang menyedarkan masyarakat untuk prihatin terhadap nasib org-org yang susah seperti yang dipaparkan dalam episod dan musim-musim sebelum ini. Sebelum nie aku tak berapa gemar dengan rancangan Bersamamu nie sebab aku tak sanggup nak sedih-sedih menangis tgk kepayahan hidup org lain. Dan aku sama sekali tak bersetuju dengan cara rancangan ini dikendalikan dulu bilamana TV3 seolah-olah 'sengaja' memancing simpati penonton untuk menghulurkan derma dengan cara 'membuatkan budak-budak kecik atau makcik/pakcik tua menangis di depan kamera' dengan bertanya soalan-soalan yang meruntun jiwa mereka. Maka, penonton akan mengundi berdasarkan kepada 'kisah mana yang lebih sedih' : semakin sedih dan banyak air mata dalam kisah mereka, maka semakin tinggilah derma kepada mereka. Dramatik sungguh kan?

Cukup...jangan didera emosi org-org yang miskin dan susah ini. Mereka sudah cukup menderita secara fizikalnya. Tak usah ditambah beban perasaan mereka. Jangan bermain dengan emosi. Lakukan pendekatan yang lebih realistik dan rasional seperti episod 14 November lepas... pendekatan yang menginsafkan masyarakat... cara yang boleh mendidik masyarakat... dan Insya-Allah akan bantuan daripada masyarakat akan berterusan walaupun tanpa prorgam Bersamamu ini.

Bapak aku selalu guna quote nie... : "Give a man a fish; you have fed him for today. Teach a man to fish : and you have fed him for a lifetime".

Tetiba lapar plak aku, terigt kat bau ikan bakar yang sorg budak kecik makan dalam komuter aku tadi....huhuhu... Nyesal naik komuter...apasal la tak naik keter ko Asyraf?

No comments: