Wednesday, November 21, 2007

SaTu DaLaM SeJuTa


Hari nie mmg takde keje nak buat. Masuk opis pun lewat je. Kul 9 baru aku masuk. Dah takde benda nak buat kat opis nie bila byk website dah kena block. Siot tul...tak berkembang minda org Malaysia kat tempat kerja aku kalau camni la gayanya. FS pun dah kena block. Sib baik web blog aku nie tak kena block. Kalau tak maka terencatlah kreativiti aku utk menulis and mengupdate blog aku nie. Sambil-sambil surfing internet aku dengar lagu Gemuruh - Faizal Tahir tu. Tetiba aku dapat idea nak tulis...

Hari nie aku nak tulis pasal One In A Million - program realiti 8tv yang cuba mencari 'bakat-bakat baru' dalam bidang nyanyian yang 'kononnya' menawarkan wang tunai sejuta ringgit. Napa aku kata 'kononnya'? Sebab sehinggalah saat aku menulis nie, amoi cina yang menang masa OIAM 1 tu still tak dapat apa-apa lagi. Kata bagi cash money??? Giler ke ke nak bagi cash money dekat Suki yang kita sendiri sudah sedia maklum bahawa kat Msia nie, pasaran penyanyi bukan Melayu mmg lembab dan mendukacitakan. Politik beb... industri muzik lagi byk politiknya daripada politik PAS-UMNO.

Kalau korg mengikuti OIAM nie, yang sedang hangat skang nie is OIAM 2. Juri still sama : Syafinaz and Paul Moss. Last week audition kat KK, Kedah and JB. Mmg ramai la org yg bersuara merdu dan sumbang menyanyi dan 'menyumbangkan' lagu-lagu yang sedap. Kenapa realiti tv yang bercorak nyanyian digilai ramai? The answer is : senang nak masuk pertandingan-pertandingan macam nie, tanpa kelayakan akademik dan tanpa perlu ada pengalaman dan sebagainya. Sesapa yg ada rupa sikit, pegilah beli baju baru kat KLCC ke apa, then ubah style rambut and make-up skit, pastu nyanyilah dalam 3-4 minit. Ada rezeki lepas la masuk stage yang seterusnya. Senang kan?

Sebab tu la ramai yang bersuara sumbangsih pun boleh masuk. Suara macam pompuan meneran nak beranak pun kdg-kdg boleh lepas kalau tau kenyit mata kat Paul Moss tu. But OIAM nie aku rasa ada lebih sikit kualiti la berbanding AF. Kalau AF tu lagi la hampas. Aku percaya Ina Naim kalau dia masuk AF 6, sure dia boleh g final coz AF lebih menumpukan populariti, bukan bakat. Politik dalam industri nie mmg susah sikit nak dibaca...

Kadang-kadang aku heran la...camner la org yang bersuara sumbangsih nie boleh komfiden je g audition pertandingan-pertandingan nyanyian macam ni? ramai woo yang suara sumbang yang pegi. tak tau la tujuan diorg nie apa. Just nak masuk tb kot. But, frankly speaking...walau apa pun tujuan diorg, aku tetap salute dengan keberanian diorg. Igt senang ke nak nyanyi depan judges? Aku cabar korg la kalau korg betul-betul berani...

Susah sebenarnya nak nyanyi depan judges nie. Aku citer berdasarkan pengalaman aku pegi audition Malaysian Idol 1 beberapa tahun lepas. Dengan andaian bahawa suara aku tidaklah sesumbangsih mana dan dengan andaian juga bahawa aku mempunyai darah seni yang mengalir di dalam tubuhku ini, maka aku telah memberanikan diri untuk berhadapan dengan 3 mulut puaka : Jee, Roslan and Paul Moss. Fuhh...cuak siot. Masa tu audition kat Times Square. member aku temankan aku. Register kul 8.30 pagi, masuk audition kul 3 ptg. 6 jam siot aku beratur! Masa tu org Msia tgh giler dengan American Idol...tu yang ramai masuk tu. Pjg giler barisan sampai nak tercabut kepala lutut aku menunggu.

Apa yang menarik masa tu ialah gelagat-gelagat org yang tgh beratur utk tunggu giliran. Macam-macam perangai, fesyen, style rambut ada kat situ. Makcik dari kampung mana ntah pun ada temankan anak dia siap bawak bekal lagi. Budak-budak sekolah menengah dgn fesyen rambut merapu-rapu and mekap tebal macam pelakon opera cina pun berlambak kat situ. Ada yang siap baca doa utk hilangkan nervous lagi...huhuhu...klaka plak aku rasa. Aku syok tgk perangai-perangai org sambil ngumpat ngan member aku masa beratur tu.

Time dekat nak sampai turn aku, jantung dah berdegup laju giler. Lagi laju dari degupan jantung babi yang kena kejar ngan rimau. Fuhh...cuak siot...rasa menyesal pun ada. Then kitorg disusun by group - 10 org satu group sebelum dibawa ke level 8 utk audition. So, setiap group akan dibawa ke tingkat 8 satu demi satu. Masa kuar nak naik escalator ke tingkat 8 tu, org-org yg tgh beratur semua lambai tangan kat kitorg and wish good luck. Rasa glamer macam artis la jugak time tu. Syok woo...

Then kitorg satu group kena tunggu kat kerusi luar. Dia akan panggil one by one...mmg cuak giler la time nie. Aku cuak bila lagu yang aku nak nyanyi pun dah berubah-ubah dah. memula pilih lagu lain...tetiba di saat akhir nak tukar lagu lain. Iskk...naper rasa camni ek? Then tiba lah turn aku. Seram siot tgk muka judges yg serious giler. Jee je yg senyum masa tu. Diorg dah penat sgt kot. Sebab aku audition pun dah dekat kul 4 ptg dah.

Pastu aku mula la 'menyumbangkan' lagu. Aku pun dah tak igtla apa lagu yang aku nyanyi masa tu. Dengan lirik pun dah tonggang-langgang. Tetiba rasa panas je menyelebungi mukaku. Sebab nervous + malu + cuak + dan sebagainya.....habis lari pitching dan semua tone suara aku yang aku rasa sedap selama nie. Nyesal siot aku masuk. Cheh,,,baru nak nyesal konon...

Seperti yang dijangka, mmg aku tak lepas la saringan tu. Kalau aku lepas, aku rasa aku tak ngadap blog aku nie. Sure aku dah jadik penyanyi kat mana-mana syarikat rakaman. Tapi takpelah, mmg bukan rezeki aku dalam bidang seni suara ni. Biarlah rakan ku Jac (kalau korg nak tau dia beratur sebaris ngan aku) yang berjaya dalam bidang nyanyian nie. Kalau ramai sgt jadik penyanyi sapa plak yang nak jadik pendengar kan? Moral of the experience is, susah sebenarnya nak menyanyi di khalayak ramai ni...mmg kena ada keberanian yang tinggi utk buat benda nie. Selama nie aku igt senang je sebab aku ni x-debater...pandai cakap dan klentong di khalayak ramai...tapi bab-bab nyanyi nie mmg susah la. So, jgnlah korg ngada-ngada nak kutuk org yang g audition ek.

Walaubagaimanapun, lepas je aku g audition Malaysian idol 1 tu, aku rasa gian plak nak pegi mana-mana audition lain utk menguji keberanian aku. Sebab aku dah boleh overcome semua rasa nervous or panik diujibakat oleh org-org yang profesional. Masa audition One In A Million 2 kat KL tu aku rasa teringin plak nak join, tapi takde lagu yang sesuai plak yang aku nak nyanyi. Maybe Malaysian Idol 3 aku join kot. Tapi sebelum tu aku nak amik kelas vokal la dulu...huhuhu

Kalau la semangat nak pegi audition nie diapply ke semangat utk masuk universiti, aku rasa dah lama dah universiti kat Msia nie penuh. Daripada budak-budak remaja ni 'mensumbangkan' suara mereka dalam audition, baik blaja rajin-rajin and masuk universiti dan bina kerjaya yang lebih baik daripada bercita-cita nak jadik penyanyi yang bukan semua org mampu pergi jauh dalam bidang itu. Susah sebenanrnya nak jadik seorang penyanyi ulung kat Msia ni.

Apa pun, OIAM 2 sedang hangat sekarang. Kalau korg ada masa tgklah kat tv 8 setiap Jumaat kul 9.30 malam. Cuba tgk makcik yang bawak henpon nyanyi lagu Tak Ada Logika tu... komfiden je makcik tu. Sumbang habis la... Tapi korg tak boleh kutuk tau. Sebab korg tak pernah g audition. Aku je yang boleh kutuk sebab aku dah melalui pengalaman seperti mereka ittew.
Melalui OIAM dan beberapa program realiti tv berbentuk nyanyian kat Msia ni kita boleh belajar ttg betapa 'beraninya' seseorg itu hadir dan datang ke uji bakat wpun tahu kemampuan suara itu tak seberapa. Dan kita juga dapat pelajari bahawa sedang tenatnya masyarakat kita yang sedang dicandu dengan byk sekali hiburan dan kurangnya program yang bercorak pembangunan minda dan rohani. Pemimpin dan pihak-pihak yang berautoriti seharusnya melihat 'keghairahan' terhadap nyanyian dan hiburan seperti ini sebagai suatu gejala kurang sihat yang bakal meranapkan sumber modal insan untuk bangsa pada masa-masa akan datang.

Cheh...pandai plak aku nak berceramah. Aku pun g audition gak dulu. Hehehe...wei...aku g audition utk uji keberanian la...bukan utk jadik penyanyi. Kalau sesapa rasa yang dirinya tu macho dan berani, aku cabar korg g audition nyanyian mcm nie...tgk berani ke tak. Then baru leh kutuk org lain nyanyi sumbang ke tak. Kalau tak berani and rasa gemuruh Faizal Tahir giler-giler, baik korg main internet je kat opis...bukak la apa-apa website yang tak kena block kat opis tu. Aku rasa satu dalam sejuta kot yang berani. Muahaha...

2 comments:

Anonymous said...

huhu..rmai ada bakat beb..tpi xda brani..
Cam aku~.hhahaha

NuMB3RS said...

ko try la dulu...syok woo...