Tuesday, November 20, 2007

5S foR SaSuKe?

Dah 2 hari laptop aku buat hal. Apa ntah problemnya. Bila aku tgh guna je lama skit, then tetiba dia restart. Byk kali woo...sakit plak jiwa dan raga aku nak buat kerja. So, aku mintak tlg la housemate aku si Bilatuba tu. Biar dia wat. Dia expert sikit bab-bab IT nie. Aku bab-bab teknikal and IT ni mmg aku surrender je la. Tak tercapai akalku untuk buat benda-benda berasaskan kemahiran tangan nie. Muahaha...

Then semalam Bilatuba dah settle 'repair' laptop aku. Cuma dia nak CD laptop aku untuk completekan the whole process. CD apa ntah aku tak tau sgt. Seigt aku ada dalam kotak. Dalam kotak? Kotak mana plak ni? Kat umah aku ada dalam 8 kotak barang(termasuk kotak kasut)... fuh...camner nak cari ni? Terpaksa la aku praktikkan ilmu 5S yang aku belajar masa kursus 2 hari last week.

By the way korg tau ke apa tu 5S? Bukan Sasuke tau! Secara skemanya(ayat dalam modul kursus aku), 5S ialah satu kaedah/program yang sistematik dan berstruktur yang bertujuan menjadikan sesebuah organisasi (tempat kerja) itu bersih, selamat dan berkualiti. 5S bermula di Jepun sejak tahun 1990 dan telah berakar-umbi dalam budaya hidup masyarakat Jepun.

Secara ringkasnya, proses 5S adalah berasaskan turutan berikut :-

S1 : SEIRI / SISIH
- Sisihkan atau buangkan mana-mana barang yang tidak perlu (with no sentimental feeling).

S2 : SEITON / SUSUN
- Susun barang (cth : fail,buku dsb) supaya ia mudah dicapai. Dalam 5S, kebolehcarian dan kebolehcapaian kepada fail di rak mestilah kurang daripada 30 saat.

S3 : SEISO / SAPU
- Nie maksudnya sapu sampah, vakum or bersihkan(perkataan bersih nie sensitip skit).

S4 : SEIKETSU / SERAGAM
- Bermaksud seragamkan dari segi warna, pattern atau seragamkan supaya semua ahli-ahli dalam organisasi terlibat di dalam proses 5S ni.

S5 : SHITSUKE / SENTIASA AMALKAN
- Sentiasa amalkan sehingga ia menjadi budaya. Di Jepun, 5S telah menjadi budaya sehinggakan sekiranya masyarakat Jepun beli barang elektrik / perabot yang baru, mereka akan SISIHKAN barang or perabot yang lama dan letakkan kat tepi jalan untuk diambil oleh org lain yang memerlukannya.

Maka bermula dari pukul 9 malam semalam aku memulakan 5S ini dengan menSEIRIkan barang-barang yang tak perlu dengan tujuan utk mencari cd acer laptop aku tu. Byk la jugak barang-barang yang aku buang. Sedih woo...ada byk barang yang hadir bersama nostalgia yang manis dalam hidup aku. Tapi dalam 5S system nie xleh nak tangkap leleh or tangkap jiwang. Kena jadi stone sikit. Buang je mana-mana barang yang dah tak digunakan. Kalau baju-baju kat umah yang kita tak pakai tapi kita sayang nak buang tu, kita boleh masuk dalam kotak dan bagi kat org susah or mangsa taufan dan sebagainya.

Dekat sejam gak la aku buat proses SEIRI nie. Habis tonggang-langgang bilik dalam umah aku tu. Bersepah-sepah macam bilik pelacur kena serbu dengan pegawai maksiat. Fuh...mmg penat giler la. Semua 8 kotak kat dalam bilik atas umah aku tu aku selongkar. Dan akhirnya jumpa la jugak cd tu. Dan dalam masa yang sama aku cuba menSEITON barang-barang aku supaya senang nak cari nanti. So, keseluruhan proses mengambil masa dalam 2 jam. Lama tu...kalau jawab paper SPM dah abis dah satu paper.

Tapi aku puas ati la. Akhirnya dapat gak cd tu dan tersusun skit barang-barang dalam umah aku. Mmg bermanfaat la 5S nie. Kalau korg tak percaya cuba korg praktikkan sendiri kat umah. Tapi utk menjadikan benda nie budaya dalam masyarakat Melayu mungkin agak susah sikit kot sebab tahap kesentimentalan dan tangkap nangis org-org kita nie tinggi sikit. Sebab tu la dalam almari pakaian kat umah aku kat Malakat tu still ada baju tshirt 5-6 tahun lepas wpun aku dah tak muat nak pakai. Alaa...kat umah korg pun ada gak. Tak percaya cuba g bukak almari tu. Entah-entah baju masa darjah 6 pun still ada lagi. Hehehe...

Penat punya pasal, kul 12 malam aku terus tido. Malam tu hujan plak tu. Fuhh...best giler tido. Punya la nyenyak sampai terlupa aku kat S yg paling utama dalam kehidupan umat Islam, which is SUBUH. Wat 5S sampai tertinggal Subuh? Hina betul la... then pagi tadi member aku called aku (just named him Sasuke) and aku citer semua benda nie kat dia, dia just kata : "lapotop rosak takpe...jangan sampai iman yang rosak...". Fuhh...sentap sungguh sehingga menikam kalbu. SIAL ko Sasuke!




No comments: