Monday, November 19, 2007

GeLoMBaNG KuNING = DIGI MaSCoT?




Aku baru abis meeting tadi. Tak tau nak buat apa. Work load utk sem depan takde la byk sgt. Boleh relax skit kot. Lagipun start sem depan aku nak concentrate utk research phd aku. Actually mmg malas giler nak buat phd...tapi apakan daya...otak aku nie dah dikurniakan Tuhan dengan geliga sakti...sayang plak kalau aku tak cabar otak aku wat phd. Huhuhu...


Masa tgh meeting ada sorg member aku call...nombor DIGI...tapi aku takleh nak angkat call tu. So, aku biarlah maskot-maskot DIGI(line) yg kaler kuning tu berada di sekelilingku...cheh macamlah aku nampak kan? Tapi dah dalam iklan tunjuk macam tu. Lagipun logikanya ada coz walaupun gelombang tu kita tak nampak, tapi ia still ada.


Bercakap ttg DIGI dan gelombang kuning nie, tetiba plak aku terigt kat detik penuh bersejarah 10 November lepas apabila 'org-org kuning' (bukan maskot DIGI) memeriahkan KL secara aman dan sentosa. Kebetulan masa tu aku on d way balik dari Melaka ke KL. So, aku citer la serba-sedikit selaku saksi glamer di tempat kejadian.


Fuhh...memang ramai giler! Dianggarkan dalam 60 000 - 80 000 org kuning ada kat situ secara matematiknya (siapa yang kata 4000 tu mmg tak pass matematik masa darjah 2). Traffic mmg jammed giler la. Polis and FRU ada lah dalam 3000-4000 org yg 'dikerahkan' utk mengawal situasi (kononnya). Siapakah mereka yang berbaju kuning ittew?? Mereka ialah rakyat-rakyat biasa (macam aku) dan ahli-ahli politik dan NGO yang melakukan perhimpunan secara aman untuk menuntut pilihanraya yang adil (sebelum pilihanraya akan datang) dengan menghantar sebuah memorandum kepada Yang DiPertuan Agong di Istana Negara.


Bermula dari Dataran Merdeka mereka berarak ke Istana Negara untuk menyerahkan memo tersebut. Di petang yg terik dan kadang-kadang mendung tu, gelombang kuning ini bergerak berjalan kaki ke Istana Negara. Cool...mmg cool. Respek aku dengan semangat rakyat jelata yang inginkan perubahan yang adil dalam pilihanraya umum akan datang (selama nie tak adil, asyik BN ngan UMNO je masuk tv berkempen).


Dalam masa yang sama, UMNO (igt ya, UMNO tu parti...bukan kerajaan). tgh mengadakan Perhimpunan Amannya di PWTC. Presiden UMNO kata perhimpunan kuning nie melanggar undang-undang, betul ke? Yup...mmg melanggar undang-undang MALAYSIA sahaja, tetapi tidak melanggar undang-undang dan prinsip DEMOKRASI. Come on lah, malu la wei mengaku Malaysia negara demokrasi tapi nak berhimpun secara aman pun tak boleh! Kat Msia nie selain daripada MALAYSIA BOLEH...ada byk LAGI MALAYSIA TAK BOLEH sebenarnya. Huhuhu...


And dalam paper pulak ada sorg menteri tu sebut, berdemo tu bukan budaya Melayu. Ye ke? bohong ar...masa zaman nak menuntut kemerdekaan dulu pun ada gak demo-demo nie. Kalau dok umah tak berdemo, merdeka ke negara kita ni? Kalau tak percaya tgk citer 1957 : Hati Malaya, ada scene Maya Karin, Rushdi Ramli and ramai lagi tu tgh demo kat jalan. Kalau bukan budaya Melayu, apasal ada scene tu? (melainkan Shuhaimi Baba menipu dan buat dongeng mengarut macam citer Anak Pontianak tu). Jangan buat kenyataan yang bakal memalukan diri sendiri dan parti, tgk balik sejarah UMNO dulu...mmg demo-demo nie dah biasa la. Si Khairy Jamaludin tu pun Putera Demo gak tu. Kalau tak percaya tanya maya Karin....


Kenapa kerajaan perlu melenting dengan perhimpunan ini? Nie aku aku tak tau la nak jawab macammana. Sepatutnya kerajaan sokong perhimpunan nie sebab matlamat utama perhimpunan BERSIH nie adalah untuk menuntut pilihanraya yang adil dan yang akan bertindak nanti ialah SPR, bukannya UMNO! So, what's the problem actually? Kenapa kerajaan perlu marah? Kenapa FRU perlu sembur gas pemedih mata? Kenapa perhimpunan ini dilabel HARAM?


Ermm...rasanya kita masih lagi tidak demokratik dan pemimpin kita masih tidak faham makna demokrasi. Mereka hanya tahu bahawa, apabila rakyat berDEMO, rakyat itu harus DIKERASI dengan apa cara sekalipun. Sebab tulah FRU guna gas pemedih mata yang dilabelkan sebagai 'agen untuk menyuraikan rusuhan' (menurut takrif PBB), walaupun rakyat tidak merusuh dan hanya bergerak secara aman. Bagi kerajaan perhimpunan yang 'aman' kat Malaysia nie setahu aku Karnival Jom Heboh or Piala Malaysia je. Yang lain tu dah dekat nak termasuk dalam kategori perhimpunan haram (nasib baik budak sekolah pakai baju putih, kalau pakai baju kuning sure perhimpunan sekolah pun jadi perhimpunan haram).


Aku tak join perhimpunan tu...cuma jadi pemerhati dari jauh. Letih woo...semalamnya tak cukup tido...dalam bas pun aku tak tido. Pening kepala aku hingga hampir ke tahap migrain. Aku menulis berdasarkan pengalaman, bukan dengan niat untuk merendah-rendahkan atau menentang kerajaan. Terharu tgk org-org biasa macam aku nie (ada ibu-ibu yang bawak anak kecik) berjalan kaki menuntut pilihanraya yang adil demi kelangsungan bangsa dan rakyat jelata pada masa akan datang. Boleh menitis la air mata tgk 'perjuangan' rakyat dan sama sekali aku tak percaya apa yang aku tgk di depan mata aku (kalau korg tgk Hati Malaya boleh menitis air mata, korg tgk this true insiden lagi korg berair dan meraung kot).


We will see the result then. Harapnya ada perubahan yang adil dalam pilihanraya umum akan datang. Sejauh mana kerajaan menafikan hak rakyatnya utk berhimpun, dan mengandaikan bahawa rakyat hanya akan patuh dan angguk sahaja dengan sebarang 'penindasan' yg dilakukan kerajaan selama ini... 10 November telah mengubah sejarah dan tanggapan kolot kerajaan itu.


Mmg kebenaran itu pahit, tapi percayalah bahawa gelombang kuning rakyat ini sedang bergerak memperjuangkan hak mereka. Gelombang kuning perjuangan yang menuntut 1001 keadilan. Walaupun kerajaan 'berpura-pura tak nampak', percayalah bahawa ia wujud. Umpama maskot DIGI yang kita tak nampak, tapi line 016 mmg ada kat mana-mana. Syabas gelombang kuning dan rakyat Malaysia!


P/S- Lupa plak aku nak persoalkan, apasal pilih kaler kuning ek?




2 comments:

Khairul Anuar said...

hehe..kau ni mmg lyk jd wartawan la, pandai mengayat tul,,anyway kau punya topik ni bsgus jgk la, at least ada la jugak orang moden yang masih sedar demokrasi yang lapuk yang diamalkan di Malaysia ni..hidup gusdiadipati..

NuMB3RS said...

aku kan pemberontak...muahaha...
aku nak amik kursus kewartawanan profesional la...