Friday, December 21, 2007

DaRi aMuKaN YG TeRPeNDaM!



Komentar ini ditulis hasil dari amukan dalaman yang menggila. Amukan yang lahir dari sikap org-org kita yang sama sekali dengan mudah dan biadapnya memungkiri janji atas alasan yang kurang logikanya. Dan lebih malang lagi, komentar berbaur amarah ini tercetus hasil daripada kecurangan janji org-org di sekitar daerah sepermainan ku yang aku percaya selama ini. Amukan kepada si peminjam babi yang tidak mengendahkan mesej-mesejku.


Mungkin agak sukar difahami apabila coretan ini ditulis dengan metafora berbunga yang pelbagai. Dan mungkin juga agak sukar dimengerti oleh kalian-kalian yang sekadar menjadi pembaca kepada beberapa coretan aku sebelum ini. Biarlah kalian tidak mengerti kerana tulisan ini bukan untuk kalian. Tulisan ini hanya untuk hati dan raga mereka yang sudah mati sopannya dan sudah terkubur adabnya.


Sejak berkurun lamanya, titik pertikaian yang paling asas yang bisa meruntuhkan sebuah ukhwah antara manusia ialah sekeping nota yg diberi nilai oleh para kapitalis yang umum memanggilnya sebagai WANG atau DUIT. Lantas, isu pokok yang akan aku coretkan di sini secara totalnya akan menyentuh soal WANG ini yang kurasakan menjadi punca kepada retaknya sesuatu hubungan.


Mungkin ada di antara kalian yang sudah jemu dengan isu ini kerana boleh disimpulkan bahawa hampir separuh daripada coretan ku di gelanggang maya ini adalah berkaitan dengan WANG. Sudah kusentuh sebelum ini mengenai PERANCANGAN KEWANGAN, MLM, HUTANG dan sebagainya dan di sini aku berjanji bahawa usai sudah aku menulis mengenai isu WANG ini, aku tidak akan menyentuhnya lagi dalam coretan-coretan akan dtg. Dan dengan tulisan ini juga kuharapkan hati-hati yang hampir buta dengan WANG itu akan dicucuri hidayah untuk lebih menyelami erti sebenar persaudaraan dan persahabatan yang pernah dibina sebelum ini berbanding nilai WANG yang fana di mayapada ini.


Lewat petang kelmarin hati ini sudah memberontak. Sama sekali bukan kerana tidak diberikan daging korban, tetapi apabila nota pesanan ringkasku tidak diendahkan oleh mereka yang pernah meminjam daripada aku sebelum ini. 4 nota dihantar kepada 4 org yg berbeza. Dan 4 org ini terdiri daripada pakcik, sepupu, saudara dan rakanku yang pernah suatu ketika memerihalkan secara dramatik kisah-kisah sedih mereka ala-ala BERSAMAMU untuk memancing simpatiku untuk meminjamkan mereka WANG atas tujuan-tujuan tertentu.


Berlandaskan kemampuan dan keupayaanku dan ditambah pula dengan iman yg kian menebal, kuberi mereka sejumlha wang mengikut keinginan mereka bagi melangsaikan apa-apa keserabutan mereka atas dasar kepercayaan. Aku juga mengandaikan bahawa kemungkinan jika aku berada di dalam keadaan BERSAMAMU pada masa-masa akan dtg, giliran mereka pula membantuku dan juga atas dasar kepercayaan dan persaudaraan. Namun setelah 2 bulan berlalu, segala kepercayaan aku kepada mereka berubah menjadi kemarahan apabila janji-janji mereka dilacuri semberono suka-hati-mak-bapak-tiri mereka.


Ada yang berjanji utntuk meyelesaikannya awal bulan kesebelas dan ada juga berjanji utk menyempurnkannya sebelum hari-hari Tasyrik. Malangnya mereka semuanya berjanji munafik. Umpama janji para pelacur yang tidak ikhlas memberikan khidmat asmara kepada pekerja kilang Bangla. Janji yang penuh dengan keterpaksaan dan tanpa kerelaan. Janji yang hanya untuk menyedapkan gegendang telingaku mendengarnya dan hanya untuk menutup kelemahan mereka.


Di sinilah titik pertikaian itu bermula. Amarah yang terpendam sudah sampai ke kemuncaknya. Jika hanya ada 1 atau 2 org munafik yang berjanji palsu seperti itu, tidaklah aku menyalak di gelanggang maya ini. Tetapi rupa-rupanya kesemua mereka itu munafik! Berjanji palsu atas dasar untuk menyelamatkan maruah mereka. Dan para munafik ini jugalah yang cuba meleraikan ikatan ukhwah yang terjalin selama ini.


Aku juga manusia seperti kalian. Punya kelemahan sendiri dan sama sekali tidak berniat menyinggung jiwa hitam kalian dengan mencoretkannya di medan ini (itupun jika kalian membacanya). Aku sama sekali tidak mempunyai fikiran untuk mengungkit apa-apa yang telah kuberikan kepada kalian selama ini. Pesanku cuma satu, kalian harus menghargai segala usahaku yang selama ini bersusah-payah berkerja keras untuk kalian semua dan memikirkan bahawa aku ini bertanggungjawab membantu kalian ketika kalian susah. Rezeki yang diberi bukan untuk diri dan egoku sendirian.. .rezeki yang Sang Pemberi limpahkan kepadaku juga untuk kalian dengan syarat aku juga bermuamalat dengan ikhlas untuk membantu kalian-kalian yang sedang nazak tersepit itu.


Jangan rosakkan amal ibadahku dengan melacurkan kepercayaanku kepada kalian. Apabila kepercayaan ini dilacuri sesemberononya, percayalah bahawa tidak akan wujud lagi kepercayaan aku kepada kalian yang munafik itu. Kalian sudah meminjam, ikutlah adab dan aturannya. Apabila aku bertanya, jawablah dengan baik. Jangan biarkan aku tertunggu-tunggu seolah-olah aku pula yang meminjam dari kalian. Dan jangan sama sekali menempelak ku dan menganggap aku seolah-olah 'terhegeh-hegeh' mengemis wang dari kalian. Tanya diri kalian siapa yang meminjam dan siapa yang meminjamkan sebenarnya? Mana maruah kalian? Mana janji kalian? Mana ikatan persaudaraan kalian?


Semuanya musnah dek kerana WANG. Kerana kalian gagal melunaskannya maka kalian dengan sewenangnya menempelak dan menuduh aku yang bukan-bukan. Kalian menuduhku mengungkit, tak ikhlas, kejam, tak berperi kemanusiaan dan sebagainya untuk menutup maruah sundal kalian yang tercalar. Siapa yang berhutang sebenarnya? Aku atau kalian? Aku sebagai sang pemberi pinjam mempunyai hak untuk berkata-kata sedangkan sejak Zaman Parameswara pun si penghutang itu akan dianggap sebagai hamba melainkan ia sudah melangsaikannya.


Namun, sama sekali aku tidak akan menganggap kalian sebagai hamba kerana kalian adalah kenalan dan saudaraku. Tetapi, setelah sempurna coretan ku ini, kalian tidak lagi kuanggap begitu. Aku sudah serik dengan kemunafikan yang berlegar-legar di sekelilingku. Cukuplah selama ini aku memikirkan tentang kalian dan cukup sudah air mataku mengalir mengenangkan kepayahan kalian. Sudah sampai masanya aku memikirkan ttg diriku dan tidak lagi bertoleransi mahupun bersimpati dengan org lain.


Kalian yang munafik ini telah merubah persepsiku terhadap dunia. Apabila saudara dan kawan tidak boleh kuanggap sebegitu lagi hanya kerana WANG. Kalian yang munafik ini telah menyebabkan aku berprasangka bahawa org-org di sekelilingku secara totalnya telah berubah menjadi para sundal dan gelandangan yang bertindak mengambil kesempatan terhadap sahabat atau saudaranya sendiri. Menyedihkan bukan?


Selepas tanda noktah coretan ini, kalian bukan lagi saudara atau kenalanku. Kalian adalah seteruku. Dan seperti janji ku pada awal tadi, aku sama sekali tidak akan menyentuhi isu ini lagi. Biarlah parut amukan ini terpendam seperti terkuburnya kemewahan Qarun di perut bumi. Aku rela bersilaturrahim dengan seekor babi daripada bersahabat dengan para munafik seperti kalian. Kerana sekurang-kurangnya aku mengerti bahawa sang babi itu sama sekali tidak tahu bagaimana untuk membalas nota pesanan ringkas menggunakan telefon bimbit!


P/S - Untuk yg lain, berhati-hatilah dengan para munafik yang berlegar di sekeliling anda!

No comments: