Thursday, December 27, 2007

uNiKNYa SiNGaPuRa



Pagi tadi aku masuk opis terus bukak laptop. Aku sampai awl gak... dalam kul 7.45. Bukak laptop dengar lagu 'Cinta Arjuna'. Jiwang siot lagu tu. Lagu nie sebenarnya asalnya lagu Tiong Hua. Apa ntah tajuknya. Tapi skang dinyanyikan semula oleh Aliff Aziz. Korg pernah dengar tak nama mamat nie?

Aliff Aziz nie sebenarnya muda lagi. Baru je 16 tahun tapi suara dia macho giler. Macam org umur 25 tahun plak. Tone suara dia mmg best and husky. Aku suka dengar suara-suara husky nie. For your info, Aliff nie adalah johan realiti TV kat Singapore. Kalau tak silap aku nama program tu Anugerah. Dia nie antara bakat baru yang sedang meningkat naik dari Singapore selain daripada Taufik Batisyah, Syed Azmir, Imran Ajmain, Hazrul Nizam dan ramai lagi Melayu Singapore yang berbakat dan sedang cuba menembusi pasaran Malaysia.

Kalau korg berpeluang and ada masa terluang, try carik video-video nyanyian mamat nie kat youtube. Aku suka dengar dia nyanyi lagu Seribu Tahun (Imran Ajmain) dengan gaya dan lenggok dia yang tersendiri. Tapi ada sorg member aku kata suara dia macam Dafi, then bila aku dengar balik mmg jauh panggang dari api. Suara Dafi tu lembik dan sumbangsih... tak boleh nak lawan Aliff Aziz nie.

Album dia baru je release kat Malaysia. Banyak gak lagu yang best cuma sesapa yang tak minat lagu Balada mmg tak suka la kat album nie. Kat radio Msia yg byk diputarkan just lagu 'Sayang-sayang' tu je. Aku tak suka sangat lagu tu coz aku lebih prefer 'Cinta Arjuna'. And one more, cuba korg dengar dia nyanyi lagu 'More Than Words'... fuh mmg best ar suara budak nie.

Personal opinion aku, aku merasakan kehadiran bakat-bakat Melayu baru from Singapore nie sebenarnya menambahkan satu lagi keunikan Singapore, sebuah negara kecil yang majoritinya dihuni oleh org-org berbangsa Cina. Berbanding dgn negara kita, bakat-bakat baru (lelaki) dalam bidang nyanyian nie susah sikit nak dicungkil. Yang ada pun ramai yang 'patah' and harap rupa je jambu, tapi suara macam katak tersepit kat tepi basikal. Selain daripada tu, bakat-bakat baru kat Msia nie lebih sesuai jadi artis majalah Mangga or URTV dan heboh digossipkan dengan gossip-gossip cintan-cintun yang melemaskan.

Sesapa yang dah dgr suara mamat nie boleh bg komen ya. Kalau tak sedap ko jentikla telinga aku 3 kali, nanti aku jentik telinga Aliff tu 8 kali. Muahaha...



P/S - Cute jugak budak nie... (ikhlas nie)...


2 comments:

nyaman-nyaman said...

aliff mmg cute..cara die sampaikan lagu pon tersendri mcm stail org lama..hehe

NuMB3RS said...

aCT BaRu FiRST TiMe DGR LaGu aLiFF Nie...BoLeH PeGi JauH BuDaK Nie..