Tuesday, July 22, 2008

'PeRTeLiNGKaHaN' YG DiPerDeBaTKaN



"Perdebatan ialah 'pertelingkahan ilmiah' antara sekurang-kurangnya 2 pihak yang bertindak mempertahankan pendapat masing-masing (premis) dengan hujah-hujah serta bukti-bukti yang konkrit yang menyokong premis berkenaan" - Profesor Diraja Ungku Aziz



Rasanya belum terlambat kalau aku nak ulas tentang 'pertelingkahan ilmiah' antara DSAI dengan Menteri Penerangan (yg kononnya nak letak jawatan kalau beliau kalah) dengan premis "Hari Ini Bentuk Kerajaan, Esok Turunkan Harga Minyak" yang disiarkan secara langsung pada 15 Julai lepas. Memang dah ramai blogger yg tulis pasal debat nie, and masing-masing dapat lihat betapa 'cerdik' dan beraninya Menteri Penerangan kita berhadapan dengan seorg pemidato yang hebat seperti DSAI.

Aku tak nak ulas isi kandungan debat tu, aku cuma nak sentuh perdebatan tersebut dari segi TEKNIKAL dan TAKTIKALNYA sahaja. Soal menang-kalah, benar atau palsu... itu semua aku serahkan kepada korg sendiri yg tgk perdebatan tu secara live. Masing-masing ada hak utk bagi pandangan masing-masing dan mempertahankan pendapat masing-masing.

Asasnya suatu perdebatan yang ilmiah dan sihat mengandungi aspek-aspek berikut :-

@ PERDEBATAN PERLU ADA USUL

- Usul perdebatan DSAI dgn Datuk Shabery cukup mudah : "Hari Ini Bentuk Kerajaan, Esok Turunkan Harga Minyak", dengan DSAI bertindak sebagai PENCADANG atau KERAJAAN dan Datuk Shabery berperanan sebagai PEMBANGKANG yang membangkang usul atau premis tersebut.

- Bagi menyokong USUL, DSAI perlu memberikan hujah-hujah yg LOGIK berasaskan fakta-fakta dan bukti yang konkrit bagi menyokong usul. Di pihak datuk Shabery pula, beliau perlu berhujah menolak USUL dan mematahkan hujah-hujah DSAI dengan fakta-fakta dan contoh-contoh bagi menyokong penolakan tersebut.

@ USUL PERLU DISOKONG DENGAN FAKTA DAN CONTOH

- Menyokong USUL atau MENOLAK USUL memerlukan fakta serta hujah yg dikembangkan dengan baik berserta dengan contoh-contoh yang relevan. Menyokong atau menolak usul tanpa hujah yang baik, bukanlah ciri-ciri perdebatan mengikut takrif perdebatan. Hujah juga perlu disulami dengan bukti-bukti yang relevan dan bersesuaian.

@ CELAHAN (SOALAN)

- Celahan atau soalan kepada pihak lawan seharusnya relevan dengan premis dan tidak berbelit-belit. Menjawab celahan/soalan yang dikemukakan dengan baik menggambarkan ciri-ciri kespontanan pendebat dan ketuntasan berfikir seseorg pendebat.

@ KESIMPULAN PERDEBATAN

- Kesimpulan perdebatan mestilah menggambarkan keseluruhan kes yang menyokong usul. Di pihak PENCADANG, DSAI perlu menyimpulkan bahawa usul beliau untuk "Menurunkan Harga Minyak" setelah membentuk kerajaan, dapat dilakukan dengan hujah-hujah yg logik berserta dengan bukti-bukti yang menyokong kes. Di pihak Datuk Shabery pula, beliau seharusnya mengemukakan rangkuman kes dan kesimpulan bahawa usul DSAI tidak boleh dilakukan atas alasan-alasan seperti yang telah dihujahkan. Soal siapa menang atau kalah dalam perdebatan hanya boleh DIHAKIMI oleh org-org lain yang menonton perdebatan tersebut.

Namun malangnya, apa yang berlaku tidak seperti yang dicirikan. Secara teknikal dan taktikal perdebatan, apa yang kita tonton pada 15 Julai lepas bukannya suatu PERDEBATAN yg sihat antara kedua-dua tokoh terbabit. Berasaskan analisis ciri-ciri dan aspek-aspek perdebatan yang ilmiah dan sihat, 'perdebatan' (kononnya) yang disiarkan secara langsung itu lebih bercirikan "pertelingkahan kurang cerdik" yang disiarkan secara langsung untuk menyerang peribadi pendebat (peribadi DSAI).

Sejak awal pertelingkahan, Datuk Shabery sebagai PEMBANGKANG USUL sama sekali tidak membangkang usul DSAI dengan hujah-hujah yg logik dan mampu diterima akal. Hujah-hujah Datuk Shabery banyak berkisar kepada peristiwa 1973-1974 yg merujuk DSAI sebagai 'kaki demo jalanan' dengan fakta-fakta kes yang bercelaru dan tidak konkrit.

Datuk Shabery juga sama sekali gagal dalam memberikan rasional PENOLAKAN USUL yang dikemukakan oleh DSAI. Seharusnya, Datuk Shabery memberikan "alasan-alasan yang munasabah" yang membuktikan bahawa penurunan harga minyak tidak dapat dilakukan dalam masa sesingkat itu, dan tidak munasabah untuk dilakukan. Dalam kes ini, hujah-hujah dan contoh yang konkrit mestilah dikemukakan berasaskan rujukan statistik dan laporan-laporan yang berautoriti daripada kerajaan Msia.

Celahan(soalan) daripada pihak Datuk Shabery (yg diwakili oleh NC UUM yg perasan bagus) juga bersifat kabur dan mengelirukan. Celahan yang baik mestilah padat, sampai kepada maksud dan tidak berbelit-belit. Ketika menjawab celahan yang dikemukakan oleh wakil DSAI pula, Datuk Shabery tidak berupaya menjawab semua persoalan secara tepat dan 'bermain secara selamat' dengan mengungkitkan semula isu demonstrasi DSAI 1973-1974 dan memberikan contoh yang sama sahaja dalam setiap pusingan perdebatan.

Justeru, secara peribadi, dalam "pertelingkahan kurang cerdik" yang disiarkan secara langsung selama 50 minit pada 15 Julai lepas, selaku PEMBANGKANG USUL, Datuk Shabery telah GAGAL sama sekali mematuhi asas-asas perdebatan yang sihat yang memberikan kesimpulan bahawa 'pertelingkahan' tersebut bukanlah suatu PERDEBATAN YANG SIHAT. Hujah Datuk Shabery yang bersifat peribadi dan emosi telah menenggelamkan unsur-unsur intelektual dalam perdebatan ilmiah yang sebenarnya.

Sekali lagi, penulisan ini sama sekali tidak memberikan keputusan MENANG ATAU KALAH berasaskan HUJAH DAN INTIPATI perdebatan. Analisis TEKNIKAL DAN TAKTIKAL sahaja sudah boleh menyimpulkan bahawa Datuk Shabery wajar meletakkan jawatannya sebagai Menteri Penerangan kerana telah GAGAL mewakili kerajaan menerangkan secara logika rasional kenaikan harga minyak sebanyak 78 sen yang sekarang telah membebankan rakyat secara keseluruhannya. Dalam pertelingkahan ini. DSAI adalah seorang WIRA yang mungkin akan dikenang sepanjang hayat!





P/S - Bukan senang ya nak berdebat. Bercakap sesuatu yang tak betul itu namanya BERBOHONG, mereka-reka cerita itu namanya MEMFITNAH, bercakap keburukan org lain di belakang org tersebut namanya MENGUMPAT!


2 comments:

Anonymous said...

wah gus... dah tak menulis lg ke?

Anonymous said...

woit takde update ke?
berabuk gila blog kau ni