Friday, October 5, 2007

aPaBiLa KiTa GaGaL MeMBeZaKaN anTaRa 'SPaCeFLiGHT PaRTiCiPaNT' DGN 'aSTRoNauT'


SUMBER : http://www.nasa.gov/mission_pages/station/expeditions/expedition16/index.html


Pernah dengar nama Dr.Sheikh Muzaphar Shukor? Mamat hensem kegilaan ramai gadis nie adalah seorang pakar tulang HUKM, bekas model iklan dan pakaian juga pemilik bersama Restoran Rebung secara usahasama dengan Chef Ismail kini kononnya diwar-warkan secara hebatnya sebagai salah seorang 'angkasawan' pertama Malaysia!

Pertama sekali tahniah kepada Sheikh Muzaphar kerana terpilih dan layak menjadi 'angkasawan' negara yang pertama yang kononnya bakal membawa perubahan besar dalam perkembangan sains dan teknologi angkasa di Malaysia. Sama sekali tidak terniat untuk berperilaku cemburu, atau dengki khianat terhadap kejayaan orang Melayu, cuma catatan menarik saudara Ahmad Tajdid patut diperhalusi sebelum kita membuat kesimpulan bahawa benarkah Malaysia sudah mempunyai angkasawannya yang pertama?

Di dalam artikel yang dikeluarkan oleh NASA (seperti url yg dilampirkan) Dr.Sheikh Muzaphar tidak disebut sebagai 'astronaut' atau 'cosmonaut', tetapi digelar sebagai 'spaceflight participant'. Menurut Wikipedia, 'spaceflight participant' adalah gelaran yang diberikan oleh NASA kepada pelancong angkasa.

Justeru, apabila kita dengan mudahnya menyamakan 'pelancong angkasa' dengan 'angkasawan', jelas sekali kita gagal memahami istilah tersebut dan tidak mempunyai pengetahuan mengenainya.

Sedikit rentetan kronologi mengenai 'pelancong angkasa', manusia pertama yang menjadi pelancong angkasa ialah jutawan AS, Dennis Tito pada 2001. Langkah Dennis dituruti Mark Shuttleworth dari Afrika Selatan (2002) dan ahli perniagaan AS, Greg Olsen (2005). Olsen sepatutnya merealisasikan impiannya sebagai angkasawan pada 2004, bagaimanapun cubaan pertamanya ditolak agensi angkasa Rusia atas sebab kesihatan.

Penyanyi AS, Lance Bass juga gagal untuk memenuhi impiannya menerjah angkasa pada 2002 kerana gagal membayar kos latihan di pusat persediaan angkasawan dekat Moscow.

Dan pada Ogos tahun lalu, calon pelancong angkasa Jepun, Daisuke "Dice-K" Enomoto, gagal dalam ujian kesihatan dan tidak dibenarkan untuk mengikuti pengembaraan kapal angkasa Soyuz ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) yang berlepas pada 14 September 2006. Jutawan perniagaan internet itu dilapor bersetuju membayar AS20 juta (RM74 juta) untuk memenuhi impiannya ke angkasa raya. Enomoto telahpun menjalani latihan intensif beberapa bulan di Rusia, tetapi nasib tidak menyebelahinya.

Kesimpulan daripada kronologi ini ialah : "sesiapa sahaja yang mempunyai wang (jutawan) boleh menjadi 'pelancong angkasa". Dr.Sheikh Muzaphar cukup beruntung kerana beliau dan rakannya, Dr.Faiz merupakan 'jutawan Malaysia yang terpilih' untuk menjadi 'pelancong angkasa' bagi ekspedisi menjelajah angkasa pada 10 Oktober ini setelah kerajaan Malaysia membelanjakan sebanyak RM3.4 billion bagi membeli 18 jet pejuang Sukhoi 30-MKM dari Russia.

Dengan pembelian yang kontroversi ini (kerana nilai komisyen yang terlalu tinggi melalui org tgh), maka kedua-dua Dr. dari Malaysia ini terpilih untuk menjadi 'pelancong angkasa' yang disebut-sebut oleh kerajaan kita sebagai 'angkasawan negara'.

Secara ringkasnya beberapa persoalan boleh dibuat mengenai isu ini :-

@Bagaimana kita boleh membuat kesimpulan mudah yang kita sudah mempunyai angkasawan negara? Amat memalukan apabila kita (terutamanya pemimpin negara) gagal membezakan antara 'angkasawan' dengan 'pelancong angkasa' sebagai istilah yang digunakan oleh NASA.

@Benarkah Projek Angkasawan Negara itu wujud, atau sekadar helah sains demi kepentingan politik untuk meraih undi dan populariti dalam pilihanraya?

@Adakah Projek Anggkasawan Negara ini merupakan helah untuk menutup pembaziran wang rakyat terhadap pembelian jet Sukhoi yg penuh kontroversi?

@Apakah platform awal (pendidikan formal) yang kita ada di dalam sistem pendidikan kita sama ada di sekolah atau di universiti, untuk kita bersedia menjadi sebuah negara yang celik tentang ilmu angkasa?

Tanyalah kepada mana-mana Pak Menteri kita atau kepada mana-mana Mak Menteri kita, dan yakinlah bahawa mereka sendiri tidak mempunyai jawapan tersebut. Mengapa? Kerana mereka sendiri gagal membezakan antara istilah 'astonaut' dengan 'spaceflight participant' dan dengan semberononya mencanang dari atas podium ke seluruh negara bahawa kita sudah mempunyai angkasawan negara. Sungguh menjengkelken....


P/S- Kalaulah Siti Nurhaliza itu seorang jutawan dan sanggup membayar kepada Russia, Siti juga akan menjadi 'angkasawan negara' dan lebih membanggakan apabila Malaysia akan mempunyai angkasawan yang paling jelita di dunia...

3 comments:

Unknown said...

hmm.. pada aku, aku lebeh berminat tgk isu ni from the different ways.Impaknye selepas itu. Dgn adanye mimikan "angkasawan" yg di uar2kn secara ghairahnye oleh kerajaan, maka tidak lame lagi akan wujud angkasawan sebenar w/pn akan mngmbil masa yg lama. mcm mana?melalui serapan secara besar-besaran oleh kerajaan kpd bdk2 skolah. serapan yg mcm mana?pendedahan yg intensif tntg prog angksawan pd mereka. cth: mereka diberi peluang utk berckp secr live dgn pelancong agkasa kite melalui radio amatur di planetarium negara. jika dilihat pd bas2 skola atau rapid kl yg lalu lalang di UKM sendiri, telah diubah wajah (cat pd badan bas) yg mengatakan angkswn bukanlah hanya impian semata tp kenyataan. Disebabkan prog angkswn ini juga, kite akan melayari laman Web Nasa yg selame ini mgkn kite jrg2 bukak n nak tau psl teknologi angkasa. Nak tau mcm mana nk jdk the real angkswan not as fligt participant only.Semakin ramai yg nk tau bagaimana roket soyuz berlepas ke angkasa hingga smpai ke ISS, berapa lama diperlukan, berapa roket sokongan yg diperlukan, berapa kekuatan roket yg diperlukan utk tujahan sebegitu n byk lagi. Mungkin selama ini kite hanya tau Space Shuttle Columbia shj yg menyerupai kapal terbang dan peratusan pendaratan adalah lebih baik dr pendaratan kapsul soyuz yg hanya memerlukan 2 payung terjun dan roket sokongan hy akan diaktifkan beberapa km sblm mendarat. Dan sebenarnya pendaratan angkswan kita hari tu adlh pendrtn yg cemas dan agak luar biasa kerana mengalami 8.5g berbanding 4.0g shj utk pendaratan normal Soyuz ke bumi. Kerajaan sedar bahawa mmg x mudah nk hantar atau melahirkan angkasawan maka watak impian agkswn atau angan2 yg telah dimainkan oleh Sheik Muzaffar ini akan direalitikan oleh anak2 kita pd suatu hari nanti.. insya Allaha

Anonymous said...

This guy says what I want to say...


Maybe you are not aware but this is the normal practice for Astronaut from countries who do not have space launch capabilities to go up to space with NASA or Russia. For example, Hungary sent it's Astronaut Bertalan Farkas into space for 7 days, who conducted experiments in material science while in space. Mexico sent it's Astronaut Arnaldo Tamayo Méndez to space to conduct experiments in an attempt to find what caused space adaptation syndrome. Arnaldo was in space for 7 days. India sent it's Astronaut Rakesh Sharma to space for 8 days to conducted multi-spectral photography of northern India in anticipation of the construction of hydroelectric power stations in the Himalayas. So Malaysia's decision to send their own Astronaut to space for 10 days to conduct experiements is similar with other countries who has sent their Astronauts to space in the past. And none of these Astronauts pay for the flight with their own money. It is all government sponsored. If you call Malaysia's Astronaut a space tourist, that means all these other astonauts from other countries are also space tourists in your eyes, which is simply incorrect. By the way, this is an encyclopedia, and not a coffee shop discussion forum where disgruntled citizens can voice their unhappiness and speculation. Please stick to the facts and provide supporting evidences to back up your facts. Sims2004 16:48, 17 October 2007 (UTC)
http://en.wikipedia.org/wiki/Talk:Sheikh_Muszaphar_Shukor

Nasimento, petaling jaya

NuMB3RS said...

WiTH oR WiTHouT 'FaCTS' iT iS StiLL MY BLoG DuDe...MY oPiNioN...