Friday, October 5, 2007

NuRiN JaZLiN : SeLaMaTKaH NeGaRa KiTa Ni?

aL-FaTiHaH uTK aRWaH.....


RaMai SuDaH oRG BeRKoMenTaR MeNGeNai iSu iNi (TeRMaSuKLaH aKu). SeTiaP MaNuSia YG NoRMaL aKaN MaRaH DGN PeRiLaKu SaDiS Si PeLaKu TeRHaDaP SeoRG KaNaK-KaNaK CoMeL YG SaNGaT MeNTaH DaN TiDaK BeRDoSa. KiTaR PeRILaKu JeNaYaH MCM Nie CuKuP MuDaH : aNaK HiLaNG - KeMuNGKiNaN DiCuLik - DiTeMui MaTi - SiaSaTaN DiJaLaNKaN - MaSYaRaKaT MaRaH - aHLi-aHLi PoLiTiK MeNGeLuaRKaN PeLBaGaI TeoRi YG MeRaPu - PeNJeNaYaH DiTaNGKaP - DiHuKuM - KeMuDiaN ISu iTu DiLuPaKaN....,.

SeBeLuM NuRiN SuDaH aDa RaMai MaNGSa YG 'TeRPiLiH' uTK MeLaLui KiTaR iNi, DaN SeBaGaI eNTiTi MaSYaRaKaT YG BeRaDa Di DaLaM 'MiNDa KeLaS KeTiGa' iSu iNi PaSTi aKaN BeRuLaNG TaNPa PeNYeLeSaiaN YG BaiK.

SuaTu InSiDeN SaDiS : KaNaK-KaNaK DiMaNGSai SeCaRa SeKSuaL DaN DiBuNuH MeMBuaHKaN BeNTuK-BeNTuK PeNYeLeSaiaN YG TaK MaSuK aKaL DaN BoLeH DiKeTaWaKaN oLeH SeMua oRG :-

@ USUL 1 : "MELAKSANAKAN SISTEM SEKOLAH SATU SESI"
-Idea apa ni? Apa kaitannya sekolah 2 sesi yg ada sekarang dengan kes penculikan dan kes bunuh kanak-kanak? Siapalah yg agak mamai memberikan idea yg sebegini rupa? Syyy...jangan ditanya...nanti seluruh dunia akan gelakkan negara kita. Sebelum memberikan idea yg sebegini mamai, disarankan agar pemberi idea memahami konteks masalah secara menyeluruh dan meneliti hubungan sebab-akibat terhadap sesuatu perkara. Dalam kes adik Nurin Jazlin, si kecil ini tidak hilang pada waktu persekolahan.....maka, mmg tidak ada kolerasi yg signifikan yg dapat menghubungkan bahawa USUL 1 ini dapat dijadikan penyelesaian terhadap kes ini.

@ USUL 2 : "DAKWA IBU BAPA YG CUAI MENJAGA ANAK"
- Ini mmg idea bangang yg berhati binatang. Dah la keluarga tu hilang anak, then hendak didakwa pulak disebabkan cuai. Apa bentuk falsafah kemanusiaan yg digunapakai dalam melahirkan idea yg tak bertamadun seperti ini? Kepada pemberi idea, ada beberapa soalan mudah yg perlu dijawab supaya idea kejam ini dapat diterimapakai.

1) Definisikan 'cuai' secara literal dan konsep
- Si pemberi idea seolah-olah tidak mempunyai anak atau tidak pernah menjaga anak kecil...mana ada anak kecil yg dipenjara 24 jam dirumah tanpa dibiarkan bebas bermain dan berkawan? Bagaimana dengan anak kecil yg aktif? Bagaimana jika ibu bapa benarkan anak ke pusat tiusyen dan anak tersebut hilang, adakah ibu bapa itu cuai? Konsep kecuaian itu sendiri bersifat abstrak dan gagal digariskan secara terang oleh si pemberi idea.
Dan selain daripada bentuk-bentuk kecuaian, perlu difikirkan juga tentang 'darjah kecuaian' tersebut. Seserius mana 'darjah kecuaian' ibu bapa yg memungkinkan ibu bapa anak tersebut didakwa?

2) Cuai dari aspek yg berbeza
- Konsep ttg kecuaian ini lebih molek di gunapakai terhadap ibu bapa yg 'cuai' menjaga anak sehinggakan anaknya : ponteng sekolah, jadi mat rempit, hisap ganja, hisap dadah, jadi bohsia, bohjan dan sebagainya. Adalah lebih baik mendakwa ibu bapa yg cuai menjaga anak mereka sehingga tercetusnya gejala-gejala juvana seperti ini daripada mendakwa ibu bapa yg kematian anak kononnya disebabkan 'kecuaian'.

3) Apa bukti kecuaian?
- Sebelum seseorg itu didakwa, perlu dibuktikan dahulu kesalahannya. Apa bukti seseorg ibu bapa itu cuai? Bagaimana mahu membuktikan kecuaian? Apakah indikator yg digunakan utk menyukat kecuaian? Ini perlu dijelaskan secara baik sebelum idea kejam pendakwaan ini dilakukan.

KESIMPULAN :-

#MaSYaRaKaT KiTa SeDaNg SaKIT
- Akuilah dan percayalah bahawa segelintir masyarakat kita sedang sakit (fidofilia) sehingga sanggup berperilaku kejam terhadap kanak-kanak yg tidak berdosa.

#PeMeRiNTaH TiDaK BeRTaNGGuNGJaWaB
- Keselamatan rakyat di tangan pemerintah. Apa gunanya jawatan dalam hierarki yg lebih tinggi dari masyarakat kalau masalah seperti ini gagal ditangani dengan baik? Apa gunanya undi dan kepercayaan yg diberikan oleh rakyat kepada pemerintah selama ini dengan harapan kebajikan dan keselamatan rakyat terjamin? Selesa sangatkah kerusi sebagai pemimpin sehingga pemimpin 'tertidur' dan menutup mata terhadap semua kepincangan sosial ini? Menteri mana yg berani mengaku bertanggungjawab terhadap isu ini?

#PoLiS GaGaL BeRFuNGSi
- Apabila polis 'disibukkan' dengan kerja-kerja menyuraikan perhimpunan politik di masjid...ini lah natijahnya. Tanggungjawab sebagai polis yg seharusnya menjaga kebaikan dan keselamatan rakyat 'disusahkan' dengan kerja-kerja penyuraian semata-mata atas tuntutan politik pihak-pihak tertentu. Wake-up la polis Malaysia....fokus dengan kerja sendiri....jangan mudah digunakan semata-mata utk politik!

#MaLaYSia TiDaK SeLaMaT uTK KaNaK-KaNaK
- Mungkin suatu kenyataan yg agak pedas dan perit....tetapi itulah hakikatnya. Malaysia sudah tidak selamat utk kanak-kanak. Bertitik-tolak daripada hakikat ini kita perlu akur bahawa kejadian yg telah menimpa adik Nurin boleh saja menimpa sesiapa saja tanpa sebarang kekecualian. Hanya masa yg menentukan bila berlakunya, siapa pelakunya dan siapakah mangsanya.

Keluarlah daripada penjara minda kelas ketiga. Tanpa perubahan minda secara total, percayalah bahawa kitar ini akan berulang semula dan muncul lagi idea-idea mengarut dari org-org atas kita yg selama ini menggunakan politik utk kepentingan peribadi dan periuk nasi mereka dan cucu-cicit mereka. Takziah buat keluarga adik Nurin, bersabarlah atas segala dugaan.

No comments: