Thursday, October 18, 2007

KeRaNa CiNTaKu SaeRaH


Sapa pernah tgk citer ni? Tipu ar kalau tak pernah tgk. Masa raya lepas aku wat survey di kalangan sedara-mara dan org-org kampung aku, 9 daripada 10 org layan citer nie. Hahaha... kalau korg tak tgk, kira korg tergolong dalam golongan minoriti yang sesungguhnya berada didalam kerugian..muahaha...

Citer nie diarahkan oleh Syahrul Ezad (Emil Emilda, Sutun, Sutun 2 dsb ) dengan menggandingkan pelakon-pelakon yang memang superb lakonannya : Umie Aida, Wan Maimunah, Norkhiriah, Benjy, Sharifah Sahora dan lain-lain...

Actually jalan citernya simple je...story line citer nie seolah-olah menyentap Umie Aida yang pernah digossipkan ada anak luar nikah hasil hubungannya dengan anak VVIP tu (tak perlu sebut, nanti kena dakwa aku). Jalan citer biasa, kadang-kadang ketidaklogikan tu nampak meleret-leret skit. Sekali imbas cara penceritaan Syahrul nie lebih kurg macam Kak Rashbir tu... : ada org cacat + kena angin ahmar + kena halau dari rumah + terpaksa kahwin + bla..bla..
Memula aku igt Kak Rashbir yg buat, tapi 'anak murid' dia yang buat. Tak kisah ar sapa yang buat, yang penting aku suka citer nie...kenapa??

@LAGU TEMA YG BEST
Lagu tema Imran Ajmain nie mmg aku suka daripada dulu. Sedap and lirik dia sesuai dengan jalan cerita drama bersiri nie. Housemate aku si Lamak tu siap nak hafal la lagu nie semata-mata nak nyanyikan utk awek dia kat telefon...poyos je...muahaha...

Frankly, lagu tema yg baik boleh menarik minat org utk tgk citer nie. Kalau lagu macam bangsat, camner org nak tgk?

@LAKONAN 5 BINTANG
Congrates to Benjy and Norkhiriah atas persembahan lakonan yang superb! Mmg hebat lakonan diorg nie. Sebelum nie aku tgk Benjy tu biasa je lakonan dia...sama lebih kurang je stereotypenya...tapi dalam drama nie, Benjy mmg lain dari yang lain. Sometimes aku sendiri rasa macam sakit rahang je bila tgk dia berlakon. Bukan senang woo nak jadi org bendul yang bodoh-bodoh alang macam tu. Dulu kat kampung member aku ada sorg yang macam tu...apa entah nama mamat tu. Dia jual burger kat kampung member aku. Aku tabik kat Benjy yang dapat menghayati watak dengan baik. Ada ekspresi sedih, kdg-kdg lawak pun ada. Sian woo tgk org mcm tu...mudah je kena tipu,

Norkhiriah? Nie tak payah nak citer ar...minah nie dah lama aku minat sejak Gubra lagi. Minah nie ko bagi apa-apa karakter pun dia boleh buat. Karekter Nomi yang terencat tu mmg menjadi kat tangan Norkhiriah nie. Aku dah lama dah jatuh cinta dgn dia nie, cuma dia je yg tak kenal aku...huhuhu...

Yang lelain macam Umie Aida and Wan Maimunah tu, tak payah citer ar. Nie mmg pelakon fav aku...pelakon Kelas A. Bagi je apa-apa watak mmg diorg nie boleh bawak punya. Kalau bagi watak kambing pung aku rasa diorg mmg boleh jadik kambing yang baik...muahaha..

@ADENGAN YANG DRAMATIK
Apa yang dramatiknya? Citer nie mmg byk adengan yang dramatik yang boleh meruntun jiwa. Adengan keluarga Jibek kena halau, Eira lari dari rumah, Eira bercerai dgn Jibek...adalah antara adengan-adengan dramatik yang menjadikan drama nie hebat. Mmg boleh berair atas bawah bila tgk citer nie (apahal plak bawah nak berair ek?). Siapa yang tak rasa sedih or tak terasa nak nangis tgk citer nie, mmg kayu la org tu. Aku tgk ngan housemate aku, bila part-part sedih nie semua senyap je macam malaikat lalu, masing-masing nak cover daripada nangis : g toilet la, buat-buat baca msg la, buat-buat call la...padahal dah berair. Huhuhu...takpe nangis je ar nak malu apa kan? Org kata lelaki kalau nangis macho gak ar...huhuhu...

Secara keseluruhannya, untuk karya Syahrul Ezad yang meruntun jiwa nie, aku bagi 4 bintang ar. Mana ada drama or filem Melayu dapat 5 bintang? Filem Diva Popular tu pun dapat 0 bintang dari media Indon! Ini antara drama bersiri yang terbaik yang pernah aku tgk selain daripada Rindu Semakin Jauh dalam slot Samarinda dulu tu. Kelainan pada karakter Jibek dan Nomi membuatkan aku rasa cerita ini lain daripada yang lain walaupun jalan ceritanya boleh diagak. Kepada Syahrul Ezad, tahniah kerana berjaya menghasilkan karya yang baik. Sebagai pengarah yang masih muda, aku rasa industri kita memerlukan bakat hebat seperti Syahrul Ezad nie.

And the most important thing that I learned from this drama is, org-org yang bendul or cacat or terencat juga mempunyai hati dan perasaan. Perasaan untuk menyayangi, rasa disayangi, perasaan untuk menyintai dan rasa untuk dicintai...kerana mereka juga adalah manusia biasa yang mempunyai hati dan jiwa.

Kepada sesiapa yang terlepas pandang drama hebat nie, ingatlah bahawa kalian tergolong di dalam kelompok manusia minoriti yang sesungguhnya berada di dalam kerugian....

2 comments:

Anonymous said...

aku tak tgk lagi citer nie

NuMB3RS said...

ko mmg berada di dalam kerugian..hehehe