Friday, October 26, 2007

M.L.M BaNGSaT YG MeRaCuNi MeLaYu

Woo...lama tak masuk blog. Lately mmg busy giler. Byk kerja kena settle. Skang pun tgh byk keje gak. Tapi aku gagahkan diri nak tulis ari nie sebab start semalam hati aku dah terbakar. Sebenarnya dsri 2 minggu lepas dah terbakar, tapi aku simbah sikit dengan embun kesabaran...so cool kejap ar...skang dah marak balik. Sebelum api tu menghanguskan hati aku, baik aku tulis kat sini.

Korg pernah dgr satu cabang business yg dikenali sebagai MLM tak? Takkan la tak pernah dgr kan? Utk yg betul-betul tak celik ttg dunia nie, MLM is akronim utk Multi-Level Marketing atau dalam Bahasa Melayunya dikenali sebagai Pemasaran Berbilang Tingkat.

Kalau aku nak huraikan dari sudut perniagaan dengan teori-teori pemasaran dan ekonomi, nanti ada yang tak paham plak. So aku ringkaskan la maksud MLM nie dengan cara yang paling kanak-kanak. MLM ialah, "ko beli kicap(contoh), pastu ko bayar lebih sikit utk jadik ahli, pastu ko cari 3 org utk beli kicap yang sama, dan 3 org bawah ko pun akan cari 3 org lagi sehingga rangkaian itu berkembang dan daripada perkembangan rangkaian ini ko dapat komisyen". Senang tak? Pernah jumpa org yg approach korg dgn idea yang macam ni? Inilah dia MLM. Cth-cth MLM company yang kununnya berjaya : LUXOR, UPTREND, OMEGA TREND, DCHL dan sebagainya...byk lagi kalau nak list...disebabkan aku menyampah ngan MLM nie, malas aku nak tulis.

Semalam aku on d way to Shah Alam naik komuter from KL Sentral. Sebelah kanan aku ada sorg budak tempang (dia kata kena langgar keter masa balik dari jual burger)...and sebelah kiri aku ada sorg mamat (aku rasa university student) yang pakai smart siap pakai tie lagi. Tgh aku borak ngan mamat tempang tu, tetiba mamat yg smart tu menyampuk, "Abg pernah join MLM tak?" Aku jawab "Dulu aku pernah join...tapi disebabkan aku tak minat, so aku quit".

Pastu mamat tu tanya macam-macam, kenapa aku quitlah, apa plan yang aku join la, and dia cuba nak ceritakan macamana dia boleh jadik kaya dalam masa yang singkat setelah join MLM XYZ.

Aku dah la anti-MLM, mamat tu plak citer mcm tak nak stop. Mcm syial! Daripada dgr citer dia baik aku dgr radio ke, tgk Samarinda ke (Samarinda pun ada stop sebab iklan)...Huh...mamat nie mmg menjengkelkan! Pada masa yang sama, one of my friend sms aku nak pinjam duit utk business MLM dia! Fuhh...lagi la aku terbakar! Aku geram gila and aku sound mamat tadi "Sorry la aku tak minat, kalau ko nak citerkan kejayaan ko tu...aku cadang ko tulis buku biografi kejayaan ko tu and jual kat org".

Pastu aku terus blah ke tmpt lain. Daripada aku sakit hati dan menambahkan dosa aku memaki, baik aku blah. Heran...budak muda...nampak macam sopan...tapi membebel mengalahkan Rosnah Mat Aris. Apahal org Melayu kita nie sampai gila dengan MLM? Yg nak join / dah join tu cukup ke pengetahuan halal-haram, hukum-hakam, pengetahuan ekonomi, pengetahuan perniagaan, kewangan, dan macam-macam pengetahuan asas lagi tu? Bodohnya org Melayu yang terjebak dengan benda-benda mcm ni sampai tak tau yg sebenarnya diorg dimanipulasi oleh business tu utk melariskan produk-produk company MLM.

Apasal aku anti-MLM??? Nie aku listkan dengan cara yang agak kurang ajar :-

@PERSOALAN HALAL-HARAM YANG KABUR
- Cuba tanya org yg join MLM, diorg ada ke asas ttg hukum-hakam nie? Aku percaya yg 80% org Melayu Islam yg join MLM tak tau pasal hukum. Apa yg diorg nak hanya income 4-5 angka setiap bulan. Kalau tak tau ttg hukum-hakam, selidik dulu dan baca. Bukan masuk bodoh-bodoh mcm tu je. Rujuk pada org yg pakar ttg ilmu-ilmu ekonomi Islam dan tgk adakah MLM tu menepati hukum syarak atau tidak. Ok...kalau malas sangat aku pastekan link nie utk rujukan org-org MLM yang pemalas yang tak reti halal-haram tu : http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=222&Itemid=95

@SYARIKAT MLM "MERACUN" MELAYU YG LEMAH
- Siapa dia Melayu yang lemah? Definisi Melayu yang lemah is : org-org kampung yang tiada pengetahuan ekonomi dan kewangan, budak-budak muda yang takde kerja, budak-budak universiti yang malas, org-org yg sedang dibelenggu hutang or org-org yang sentiasa rasa tidak cukup dengan apa yg dimiliki. Haa...ini cth-cth golongan Melayu yang lemah yang pemikiran mereka sangat mudah diracuni dan dimanipulasi oleh company-company MLM nie.

Aku bagi cth, MLM approach budak universiti yang digantung pinjaman pelajarannya, menggalakkan budak itu berhutang utk join MLM dengan menjanjikan ganjaran yang tinggi setelah budak itu berusaha cari 'downline' nya dan akhirnya memberikan harapan bahawa budak itu tak perlu lagi bergantung kepada pinjaman pelajarannya utk terus belajar di universiti. Golongan-golongan dalam paras kelemahan seperti inilah yg mudah didekati oleh company-company MLM utk 'diracun' dan digula-gulakan!

@TESTIMONIAL KEJAYAAN YANG PALSU
- Pernah baca testimonial kejayaan org yg pernah join MLM? Company-company MLM yang baru biasanya memalsukan testimonial kejayaan dan berjaya mengabui mata Melayu bangang yang lemah. Aku bagi cth : company MLM A baru 3 bulan di pasaran, tapi testimonial penggunanya kata "alhamdulillah...setelah join MLM nie selama 5 BULAN, saya dah dapat RMXXXXX dan mampu membantu suami...."

F*c@ O*@!!! Kalau baru 3 bulan kat pasaran, apa ke hal testimonial dia kata dah 5 bulan join? Bodoh punya testi. Nak menipu tu biar ar bijak skit. Igt aku nie buta nombor ke? And sometimes ada gak testi MLM yang sama (ayat, struktur ayat, kaedah) walaupun company MLM tu berbeza.

Actually senang je nak buat testimonial. Aku pun boleh buat...g kedai keter / showroom kereta / rumah banglo contoh, then amik gambar posing depan BMW atau banglo tu sambil tunjukkan ibu jari (tanda bagus)...pastu paste kan gambar tu dengan testimonial "saya telah berjaya memiliki banglo idaman dan kereta mewah ini setelah 6 bulan menyertai MLM PUNGKOK nie".
Senang kan? Heloo...itu pun ada Melayu lemah yang bengap kena tipu dengan cara mcm ni. Bingai!

@MLM MENGGALAKKAN MELAYU BERHUTANG
- Melayu dengan tabiat berhutang mmg sinonim. Kawan mak aku yang beli kain batik dari mak aku yang harganya cuma RM28 boleh mintak bayar ansuran sampai 4 kali...maknanya RM7 sebulan! Aku kata kat mak aku baik potong kain tu kepada 4 bahagian, bagi 1 per 4 setiap kali dia selesai bayar...baru la betul secara matematiknya! Lerr...kain batik yg dipakai buat berkemban tu pun nak berhutang gak ke?

Dalam Islam mmg konsep berhutang tu ada. Berhutang dibenarkan dalam keadaan seseorg itu betul-betul 'urgent' seperti : nak beli ubat sebab sakit, kemalangan dan kecederaan, rumah terbakar, banjir, kematian ibu-bapa dsb yang mmg betul-betul urgent dan wajar dikasihani. Hutang juga dibenarkan utk memulakan perniagaan seperti buka kedai jahit, warung dan sebagainya dengan keyakinan bahawa perniagaan seperti itu adalah perniagaan yang dapat dijangkakan keuntungannya dan bersifat persis.

Berhutang utk MLM? Urgent ke tu? Or business ke tu? Aku mmg paling pantang org nak pinjam / berhutang duit dengan aku dengan menggunakan alasan URGENT tapi sebenarnya nak gunakan duit tu masuk MLM! Pernah ada seorg kawan kepada kawan aku yang pinjam duit member aku tu, call siap nangis-nangis kata kereta bapak dia kena tarik dan perlukan duit utk bayar hutang kereta tu. Terkocoh-kocoh member aku tu bagi pinjam (siap pinjam duit aku lagi) semata-mata nak tolong member dia tu. Then semalam member aku citer sebenarnya bukan keter bapak dia kena tarik tapi dia pinjam duit tu sebab nak masuk MLM! Pukimon punya betina! Sanggup tipu member sendiri semata-mata nak masuk MLM? Takpe...aku doakan keter bapak ko betul-betul kena tarik or accident dalam gaung! Baru padan muka ko!

Khinzir punya MLM! MLM bukan sahaja menjadikan kawan-kawan aku berhutang, tetapi menipu utk berhutang. Dan lebih melampau lagi bila ada member yang sanggup merayu-rayu mintak tolong member buat personal loan utk 'dihutangkan' semata-mata kerana MLM
! SIAL!

KESIMPULAN

Fuhh...byk dosa aku memaki-maki pada hari Jumaat yang mulia nie. Aku mmg tak puas hati dgn MLM yang pada aku akhirnya akan melahirkan bangsa Melayu yang malas, kuat berhutang, tamak dan tak fikir ttg hati dan perasaan kawan/sedara mara. Utk pengamal-pengamal MLM, apa nilai persahabatan bagi korg? Macammana korg menghargai kawan-kawan korg? Ada byk kes yg aku tgk org-org yang join MLM nie sampai putus kawan and sedara mara sebab hutang (gagal bayar or gagal meminjam) dan sanggup menipu kawan sendiri semata-mata nak kaya!

Sedarlah sikit Melayu MLM yang bengap dan tolol. Kalau takde pengetahuan ttg ekonomi dan kewangan tu, baca lah buku dulu. Tambahkan pengetahuan atau tanya dengan org yang lebih tahu. Dalam hal nie aku tak salahkan company MLM, sebab itu mmg cara mereka memasarkan produk mereka. Aku just kecewa dengan Melayu bengap dan tolol yang zero pengetahuan dan pengalaman yang kononnya mengharapkan 'keajaiban' utk menjadi kaya dengan segera.

Yup...mmg segala-galanya dalam dunia nie perlukan duit, tetapi duit belum tentu boleh membeli segala-galanya. Duit boleh membeli makanan, tetapi tidak boleh membeli kesihatan. Duit boleh disiombolkan sebagai kemewahan, tetapi bukan kebahagiaan. Duit boleh menarik kawan yang ramai tetapi belum mampu membayar nilai sebuah persahabatan. Jangan kerana 'kegilaan' terhadap duit menyebabkan kita melacurkan erti sebuah persahabatan.

Percayalah...tiada jalan pintas untuk menjadi kaya. Kalau SEMUA org boleh kaya dengan MLM, lebih baik kerajaan wajibkan setiap rakyat join MLM. Rezeki terletak di tangan Tuhan. Hanya yang betul-betul ikhlas dan dikehendaki Allah utk kaya, maka org itu akan jadi kaya. Kalau dah menipu kawan sendiri utk kaya, ada ke keberkatan di situ? Kepada yg belum join MLM atau yang baru nak terdetik nak join MLM, fikirlah semasak-masaknya.

At this time, aku rasa lebih baik berkawan dengan budak tempang yang dilanggar kereta masa baru balik jual burger tu daripada student universiti yang smart yang menjengkelkan yang join MLM tu kerana sekurang-kurangnya aku tau yg mamat jual burger tu berusaha cari duit sendiri dengan bersusah payah dari bawah tanpa perlu merayu-rayu utk berhutang dengan org!

4 comments:

Anonymous said...

budak tempang ngn stdnt smart tu watak realiti ke?hihi~~ cm pnh dgr jek kesah kwn kpd kwn ko tu~~

NuMB3RS said...

kisah benar budak tmpg tu...dalam komuter...

Anonymous said...

aku tak suke MLM

Anonymous said...

MLM memutuskan ikatan persahabatan~