Monday, October 29, 2007

oPeN HouSe


"Kalau kita nak tahu kesetiaan seorang sahabat, maka kita ujilah dia". Uji? Apa bentuk ujian tu? Senang je nak uji, bagi dia susah...or dengan kata-kata lain kita susahkan dia. Kalau dia still cool and tak mengeluh ngan kita, maka bolehlah dia kita gelar sebagai sahabat.

Semalam aku buat satu ujian. Buat 'open house' kat umah aku. Actually bukan open house aku daa...nie open house mak aku. Sebab kawan mak aku yang ramai dtg. So, aku just tolong mak aku je. Kawan aku ada la yg aku jemput and datang. But the mission is : aku nak uji 2 org kawan yang tak pernah langsung menjejakkan kaki mereka ke rumah aku di Malakat nie.
So, aku telah menjemput Imsizifah and Reemshaz ke teratak sewaan bondaku di Malakat yang jarak perjalanannya hampir 3 jam dari tempat mastautin mereka. Sebenarnya aku ajak ramai, tapi diorg tak boleh datang dengan alasan-alasan yang ada logikanya. Takpe...tak kisah. Yang lain tu tak berapa penting sangat coz yang lelain tu pernah g umah aku. Mission aku nak uji 2 org nie je...tgk diorg willing to go or not.

Start pagi semalam aku dah kuar g pasar ngan mak aku. Mak aku mmg jemput member-member rapat dia. Ye laa... mak aku pun dah pencen. Sekali-sekala wat makan-makan cmni best gak. After g pasar kitorg start prepare semua benda tu. Sediakan bahan-bahan untuk buat soto dan mee rebus. Mmg penat la...esp buang ekor taugeh. Abis kembang jari-jemari ku. Bosan pun ada....
Then aku call si Imsizifah...tapi dia tak angkat. Dah 11.30 takkan tak bangun-bangun lagi kot? Si Reemzahs pun dah byk kali call si Imsizifah tu, tapi dia tak angkat gak. Last-last aku dapat msg yg si Imsizifah tu baru bangun tido. Huhuhu...lambat siot bangun pagi. Kompem tak sembhyg Subuh...wei ko tak tau ke yang sepohon kayu itu daunnya rimbun???

Tunggu punya tunggu, kul 4 ptg gak malaun 2 ekor nie datang. Hehehe...sampai jugak korg ek? Setelah mengharungi jalan yang agak berbelit-belit dan hanya berbekalkan panduan melalui hp, akhirnya sampai la gak. Then kami bertiga makan sama...aku dah lapar giler time tu. Melahap sakan la menikmati soto dan mee rebus. Pastu kitorg jalan-jalan kat pantai belakang umah aku. Jalan-jalan sambil meneguk air soda ibarat kaki botol. Hehehe...mmg botol tu mcm botol cuka...tapi bapak aku tak bagi buang...dia suruh bawak balik...hehehe...

Seronok siot lepak tepi pantai. Kalau Imsizifah bawak short dah lama kitorg mandi laut sama-sama. Rasa tenang je tgk pemandangan tepi laut + mendengar deru ombak + menikmati kedinginan angin tepian pantai...hilang semua rasa tension kat opis yang membelenggu aku selama ini...

Kitorg berborak sampai dekat-dekat kul 6. Duduk atas batu sambil melihat pemandangan laut. pastu amik gmbr 3-4 snaps. Rasa cepat je masa berlalu. Tapi mcm-mcm gak isu yang digossipkan atau dengan kata lain, macam-macam gak la isu yang kitorg umpatkan. Apa isu yang digossipkan? Mana leh bgtau...itu rehsia kami bertiga...huhuhu...

Lewat ptg after 6 kitorg bertolak ke KL. Itu pun lepas aku paksa Reemzahs blah cpt-cpt sebelum digoda oleh 'abg myvi' kat umah aku tu. Kitorg sampai kul 9 malam kat KL Sentral. Aku ngan Imsizifah beli tiket komuter nak balik ke destinasi masing-masing. Memula si Imsizifah kata nak g beli majalah...aku tunggu ar dia. lama siot...then tetiba aku call dia aku tanya dia katner, dia kata dia dah turun tunggu tren ke rawang! Hampas betul...baru nak ajak minum-minum kat Starbucks...huhuhu...takpe...sabar...sabar...ke dia sedang menguji aku???

To : both of you, thanx for coming. Terima kasih kerana bersusah-payah menempuhi perjalanan yang panjang untuk bertandang ke rumah aku. Lain masa, tahun depan ke, aku datang umah korg plak. Ternyata korg LULUS ujian pertama aku. Congrates! Naiklah sikit 'maqam' korg sebagai sahabat aku berbanding dulu. Wei bila nak picnic plak kat umah aku???

4 comments:

Anonymous said...

Hu..
Aku trbangun lambat r hari tu En Gus.. Sbb aku ada masalah senggugut malam tu.. haha~

Anyway.. Thanks r jemput datang rumah ko.. Dapat gak jejak rumah ko & paling penting dapat release tension sambil jadi kaki botol disebalik kampung balik batu.. haha~

Terima kasih juga pada abang Myvi dan Mak Cik "Anak Perempuan".. haha~

p/s: Gambar aku tu xbrape clear r..
Namapk gmbr reemzahs jek~

NuMB3RS said...

aku dah tukau gambr tu...ok?

Anonymous said...

oooo baru ku tahu....ada org p melaka wat open hse heeeeehhehe..tak ajak aku pungg...

NuMB3RS said...

bukan open house la beb....