Sunday, November 4, 2007

BeST oF LuCK KYo!



Hari nie hari Ahad. Ahad yang suram dan sunyi. Mmg takde benda nak buat. Semalam dah penat g open house member kat Subang. Hari nie igt nak lepak je la. Kononnya hari nie nak kemas umah, tapi malas telah menjajah sanubari ini...so tak jadilah kemas umah.

Di petang yang mendung nie aku nak bercerita ttg x-housemate aku (seperti di dalam gambar yang tertera). Nama glamer dia Kyo. Utk pengetahuan korg, Kyo ni adalah sahabat baik aku sejak kami sama-sama belajar kat kolej dan universiti yang sama. Kenapa aku kata dia sahabat baik? Itu biarlah rahsia antara aku ngan dia. Korg tak perlu tau sebab tak penting pun. Dan aku rasa semua org ada sebab-sebab tersendiri utk menilai seseorang itu untuk menjadi sahabat baik atau sahabat jahat (yang tikam belakang member dan berpura-pura baik).

Kyo ni jadi housemate aku sejak 2 bulan lepas. Aku ajak dia utk duduk kat umah. Matlamat aku nak carikkan dia keje kat SA nie. Manalah tau ada rezeki... dapat gak dia keje dan tinggal serumah dengan aku. Dalam masa yg sama Kyo keje secara part time kat Damansara. Yelah... sementara menunggu keja betul-betul...wat part time dulu la utk collect duit.

But day by day... Kyo still tak dapat cari keje tetap. Aku dan beberapa member ada la 3-4 kali berceramah motivasi kat Kyo nie, bagi dia semangat utk cari keje tetap. Tapi apakan daya, Kyo kata takde rezeki. Takde rezeki??? Huhuhu...jgn bg reason lah Kyo... SA nie lubuk segala kerja, jgn ar kata takde rezeki.

And sometimes Kyo ada gak kata : "tak bersedia nak keje"...Huh...tak bersedia? Sampai bila beb? We are getting older dude...hari demi hari usia makin meningkat...sampai umur berapa yang kita boleh katakan kita dah bersedia? 25? 30? 35? Susah nak jawab tu sebab "sedia'' or "tak bersedia" nie tidak bersifat empirikal.

Dengan 2 reason remeh yang diberikan oleh Kyo ini, aku menyimpulkan bahawa sebenarnya Kyo mengalami krisis transisi kematangan, iaitu menurut Freud "konflik di mana seseorang itu dalam keadaan tidak boleh menerima atau sukar untuk menerima keadaan dirinya yang telah beralih ke fasa yang lebih tinggi dalam proses kematangan yang menuntut tanggung jawab yang lebih besar". Krisis kematangan dan tanggungjawab? Yup...itu jawapannya. Suatu bentuk 'sindrom' yang sudah lama bertapak dalam jiwa anak-anak Melayu (termasuk adik aku sendiri), yang sukar menerima hakikat bahawa dirinya telah matang dan harus memikul tanggungjawab yang semakin besar.

Kyo, tujuan aku menulis nie bukan utk mengutuk ko ke apa. Sebagai kawan yang dah lama bersama-sama dengan kau, aku rasa bertanggungjawab utk membantu kau dalam apa jua kesusahan yang kau alami. Sama sekali tak berniat nak merendah-rendahkan kau atau apa jua yang kau lakukan, aku sekadar sebagai seorang sahabat yang kepingin sekali untuk lihat kau berusaha dan berjaya dalam hidup kau.

Ambil lah teguran aku dan teguran kawan-kawan kita secara positif. Semua org sygkan ko Kyo. Dan semua org mendoakan kejayaan kau. As for me, walaupun ko dah tak jadi housemate aku lagi, tapi kehadiran kau sangat bermakna dalam umah buruk kat Jalan Bawal tu. Yup...maybe condition rumah tu tak selesa, atau maybe ko tak suka dengan leteran kami bertiga (aku, PW dan Bilatuba)... but deep inside, kitorg berleter untuk kebaikan ko gak.

I don't want to take this too personal, my wish is : whatever you do, aku harap ko berjaya dan ko bertindak dengan cepat. Kerja takkan datang bergolek ke rumah kita dan takkan datang siap dengan pakej ada rumah dan transport. Kita perlu rasa susah dulu untuk mendapat kesenangan di kemudian hari.

Ingat tak gambar yang aku tepek tu? Gambar masa ko nak pancing ikan kat umah aku. Aku pernah tanya kau kan, "apa yang seronoknya memancing, laut kan luas...bukan senang nak dapat ikan?". Then ko jawab : "dapat ke tak dapat tu tak penting, yang penting kita enjoy waktu memancing tu".

Skang aku pulangkan balik kata-kata tu utk kau, "kerja mmg lah byk kat dunia nie, dan utk dapat kerja kita perlukan usaha, dapat atau tidak tu tak penting... yang penting kau dah berusaha dan sentiasa enjoy dengan usaha kau tu".

Kyo, maaf atas terkasar bahasa, terlacur bicara dan tersilap laku. Best of luck atas apa yang kau buat. Mungkin sedikit coretan ini dapat memotivasikan engkau utk terus berusaha sehingga berjaya. Teratak buruk kami sentiasa terbuka untuk kau dan mengalu-alukan kehadiran kau supaya hari Ahad kami tidak sesuram dan sesunyi ini....

Sunyi woo... azzzab rasanya...huhuhu....

2 comments:

Anonymous said...

hEh..thanx 4 ur suppOrt dudE!!

cumE aku nk menyatakan,sume tEori2 kamu tu btOi,tp xdE knE mngEna n aku,haha

sEtiap Org ada cara yg tersendiri utk bjaya dalam hidup...n aku malas nak ulas pjg2 psl benda nEh.Org yg blOm bekerja xsemestinya xmatang n xmemikirkan psl tggjwb,hEh!

Jgn risau la bEb,suatu hari nti,aku akn bekerja gak,InsyaAllah...

nti adE masE,ktE lepak samE Okep =)

~kyO_chaOs~

NuMB3RS said...

jemput dtg ke shsh alam...windu la sama lu...