Wednesday, November 7, 2007

RoTi CaNai RM1.10???



2 hari lepas aku makan kat satu stall mamak kat Cheras dengan sorg pelakon yang juga member aku yg baru jugak aku kenal. Sebenarnya malas nak g mamak sebab aku rasa menu dia byk yang berminyak dan berkalori tinggi...ye la... aku tgh dalam program menurunkan berat badan... So rasa berdosa plak kalau makan benda-benda yang berminyak nie. Tapi disebabkan member yg blanja, so aku ikut je la.

Tanpa byk kerenah aku order sekeping roti canai dan member aku tu plak order nasi ayam goreng. Dia mmg takde nak berpantang makan macam aku...dia sapu je semua. Apa nak kisah, badan pun slim. Aku nie je yang azzab nak kembalikan balik bentuk badanku seperti bentuk badan masa aku darjah 5. Fuhh... seksa beb... sebab dah hampir 2 bulan aku tak makan nasi.

But one of my fren, K pernah gak sound aku : "kalau ko tak makan nasi, then ko makan roti canai...actually sama je and aku rasa roti canai lagi la byk kalori berbanding nasi". Ermmm... macam betul gak apa yg member aku kata tu. Tapi takpela, setakat nie aku ikut je nasihat konsultan pemakanan aku : JANGAN MAKAN NASI...MAKAN JE APA-APA SELAIN NASI. So, mudah je peraturan tu sebenarnya. Cuma kdg-kdg aku rasa serba-sedikit jatidiri kemelayuan aku tu terhakis sebab dah lama tak makan nasi... huhuhu...

Lepas kira-kira 7 minit kitorg order, roti canai and nasi goreng member aku tu pun sampai. Cepat woo... sebab tu la ramai yang suka makan kat gerai mamak kot. Servis cepat berbanding kedai or restoran Melayu yang lain. Kalau order kat kedai Melayu, mmg lembap giler. Amik order pun terhegeh-hegeh macam org kena parkinson. Tu belum kira tersalah amik order lagi. And kalau korg perasan la, kat kedai makan Melayu selain daripada lembap dan salah order, diorg mesti takde duit kecik nak bagi as a balance. Selalu je aku dengar, "bang ada duit kecik tak?". Aku paling menyirap bila ada cashier kedai Melayu yg tanya aku mcm nie. Walhal kedai dia dengan bank sekangkang anak monyet je. Pegi la bank wei tukar duit siap-siap sebelum berniaga! Fuh...Melayu...Melayu...keluarlah dari third class minds tu.

Apa plak yg aku merapu nie. Ok back to the main issue here. Aku ngan si pelakon tadi makan ar sambil borak-borak. Gossip artis la...pasal kerja la...macam-macam lagi. Seronok gak lepak mamak nie sebenarnya sebab kedai mamak yg aku g nie tempat dia bersih and ada kipas berair mcm air-cond tu.

Habis makan kitorg pun nak bayar la. Member aku yg bayar sebab dia yg gatal sangat nak blanja aku. Semuanya RM9.10. Standard ar tu... bukannya mahal sgt pun kan? Lagipun peduli apa aku sebab bukan duit aku yg kuar. Cuma, bila aku tgk balik resit tu aku terperasan yg harga roti canai kosong aku tu is RM1.10! Mak aaaiii....sejak bila plak naik harga nie? Aku tanya mamak tu...then dia jawab : "itu tupung sudah naik harga 30 sen, roti pun ada naik 30 sen juga".

Giler ke apa? tepung naik 30 sen utk satu kilo, dan satu kilo tepung boleh buat dekat 20 keping roti canai...ada logika ke roti canai naik 30 sen jugak sekeping??? Ikut sifir mudah secara matematiknya, mamak nie dah untung hampir RM6 untuk sekilo tepung yang dicanainya. Ayoo...boleh kaya org jual roti canai nie. Boleh g haji dah mamak ni.

Kalau kita fikirkan balik, isu tepung naik harga ni sebenarnya setiap tahun ada. Dulu sekilo tepung 90 sen je. Then harga tepung naik sikit-sikit sampailah yg terbaru nie naik 30 sen. Mana kerajaan yang mengawal harga tepung? Disebabkan tepung adalah antara barangan kawalan (bermakna harganya boleh dikawal oleh kerajaan), seharusnya kenaikan harga tepung dapat dielakkan dengan apa jua cara sekalipun. Kerajaan sedia ada sekarang dikatakan sebagai GAGAL apabila akur dengan tuntutan pengeluar dan peniaga yang menaikkan harga tepung sesuka jiwa dan raga mereka.


Kerajaan yang lemah dan tertidur ini sering memberi alasan yang stereotype kepada rakyat. Cthnya :-

@"Kenaikan harga tepung tidak dapat dielakkan kerana...."
- Kalau dah namanya barang kawalan, perlu ada usaha untuk mengelakkan atau mengurangkan kenaikan harga tersebut.

@"Kerajaan menjamin kenaikan harga tepung tidak akan membebankan rakyat"
- Ini salah satu jaminan sampah yang tak boleh pakai. Jaminan politik bangsat yang selalu kita dengar. Pak-pak menteri atau org-org kerajaan yg buat jaminan mcm nie sure tak belajar ekonomi. Akan ada implikasi berangkai terhadap kenaikan harga sesuatu barang. Kalau tepung naik, for sure harga barang-barang makanan yg berasaskan tepung juga akan naik. Bodoh punya menteri!

@"Kerajaan akan pastikan peniaga tidak menaikkan harga makanan berasaskan tepung sewenang-wenangnya".
- Ini lagi satu jaminan sampah. Makanan berasaskan tepung (roti, roti canai, kuih-muih dsb) bukannya barang kawalan kerajaan sehingga kerajaan boleh bagi jaminan macam tu. Rakyat bukannya bodoh sehingga boleh ditepung-tepungkan macam tu. Kalau peniaga nak naikkan harga roti canai sesuka jiwa dan raga mereka - kerajaan tidak ada kuasa untuk menghalangnya.

@"Kalau roti canai mahal, boikot roti canai".
- Boikot? Melakukannya tak semudah mengungkapkannya. Yup, mmg pengguna ada hak untuk boikot barangan yang mahal, tetapi sampai bila? Pernah dulu masa harga ayam naik, ada sorg menteri tu sarankan boikot lauk ayam selama seminggu. Dan menteri dan rakan-rakannya itu tak makan ayam selama 7 hari tu. Dan selepas tu nak tau apa yang berlaku? Lantaran 'kejayaan' menteri dan rakan-rakannya itu memboikot lauk ayam, akhirnya mereka mengadakan jamuan untuk meraikan kejayaan itu dengan menempah sate ayam! Boikot ke namanya tu?

Bagi aku la... lebih baik kita boikot individu / kumpulan individu dalam kerajaan yang sedia ada pada pilihanraya yang akan datang kerana selama ini telah gagal mengawal kenaikan harga barang (yang sudah tentunya di bawah kawalan mereka) dan sentisa tunduk kepada tuntutan pengeluar atau peniaga yang tamak. Kerajaan yang sedia ada selama ini gagal merasionalkan rakyat terhadap semua isu ttg kenaikan harga barang-barang kawalan dan sama sekali tidak mempunyai kuasa untuk menyekat implikasi daripada kenaikan tersebut terhadap barang-barang lain. Ermm...lemahnya kerajaan sekarang.

Aduss...kenapa penulisan aku nie tetiba jadik terlalu kepolitikan plak ni? Maybe sebab aku geram kot ngan mamak yang roti canainya tetiba jadik RM1.10 lepas harga tepung naik 30 sen.

Dalam perjalanan balik ke Shah Alam member aku siap kata kat aku lagi, "wei relax ar..bukannya mahal pun seringgit seposen je". Takpelah...apalah kuasa kita nak mengamuk kat mamak tu kan? Dalam kira-kira lagi 5 minit kitorg nak sampai ke Shah Alam aku mula terfikir, betul jugak kata member aku dulu "roti canai nie lagi byk kalori dari nasi"... dan implikasi berantai yang aku perolehi :-

HARGA TEPUNG NAIK > HARGA ROTI CANAI NAIK > BERAT BADAN PUN NAIK

Fuhh....biarlah aku boikot roti canai. Dah la makin mahal, silap-silap nanti musnah program penurunan berat badan ideal aku ni. To my fren Asyraf, aku rasa nie kali terakhir aku ikut ko makan kat mamak. Lain kali kita minum kat Starbucks je...huhuhu...but thanx sebab blanja aku malam tu.

No comments: