Monday, June 30, 2008

RM1JuTa MeNGaKu DiLiWaT???




Hari nie sangat membosankan. Tunggu masa je nak punch out balik rumah. Terasa lambat masa berjalan. Sesaat tu mcm seminit lamanya. Time-time bosan mcm nie apa lagi... surf internet je ar. Mata pun dah mengantuk giler babi... pening kepala bercampur kesejukan dalam opis... fuh... bosannya kerja gov mcm nie...

Tapi still ok lagi la daripada buat kerja lain. Kerja lain mana ada masa nak lepak? Kerja macam aku nie je la ada masa yang mahakarya byknya... siap boleh wat part time lagi. Tapi ketensionan kerja mmg tetap ada. Ermm... ada ke kerja yg tak tension? Setahu aku pelacur pun tension melayan pelanggan... hahaha...

Teori hidup dalam dunia kapitalis mcm nie mmg sangat mudah. Sifirnya hanya begini... "Untuk hidup kita perlukan duit, dan untuk dapatkan duit kita perlu bekerja"... simple je kan? Takde jalan pintas nak dapat duit melainkan kita merompak (berisiko tinggi), meminjam (nanti kena bayar gak) dan maybe yang paling popular sekarang ialah mengaku diliwat! Hahaha...

Senario politik Malaysia semakin menarik. Belum surut kes pembabitan Rosmah Mansor dalam kes pembunuhan Altantuya, tiba-tiba ada sorg mamat umur 23 tahun nie mengaku yang dia diliwat oleh Anwar Ibrahim pada 26 Jun lepas. Mamat bernama Saiful Bukhari Azlan nie sebenarnya bekas student UNITEN (ada yg kata mamat nie kena buang dari universiti sebab bengap dalam pelajaran) dan aktif dalam berpersatuan (patutlah pelajaran pun terabai) khususnya event-event yg melibatkan VIP-VIP dan pak-pak menteri.

Maka tidak hairanlah kalau 'secara tiba-tiba' munculnya dakwaan yang karut lagi mengarut yang mengulang semula episod hitam 1998 dalam karier politik Anwar Ibrahim. Secara ringkasnya dakwaan budak mentah ini berbunyi seperti ini :-



“Saya Mohd Saiful Bukhari b Azlan ingin melaporkan bahawa saya telah diliwat oleh majikan saya. Perkara ini berlaku tanpa kerelaan saya. Kejadian terakhir berlaku 26/6/08 di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara, Jln Setia Kasih, KL. Oleh itu, tujuan laporan ini dibuat untuk mendapat pembelaan dan keadilan keatas diri saya. Saya juga berasa bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga saya jika perkara ini tersebar luas di khalayak ramai. Majikan saya Dato Seri Anwar Ibrahim - Ketua Umum PKR.”


Secara logik akal, katakanlah korg pernah kena liwat... ada tak keberanian korg nak buat report and mengaku mcm ni??? Kerja giler kan? Siapa yg berani mengaku kena liwat? Diliwat oleh Anwar Ibrahim plak tu... bergegar satu dunia tahu semua benda tu. Teorinya simple je.. keberanian utk mengaku mcm nie hanya boleh didorong dengan GANJARAN YG LUMAYAN! Kalau setakat bagi 1000-2000 RM je... takde maknanya nak memalukan diri mengaku kena liwat... buat rosak maruah je...

Takpelah kita tunggulah siasatan polis. Biar Tuhan tunjukkan kebenarannya. Memfitnah nie berdosa besar... pandai-pandailah timbang sendiri dosa sebelum masuk kubur nanti. But aku percaya di ruang maya mcm nie (esp yg selalu baca blog) takkan mudah percaya dakwaan mudah dari seorang budak yang kena tendang universiti mcm nie. Masyarakat semakin matang... PRU 12 telah membuktikan segala-galanya... budaya angguk-angguk dalam BN tu sahaja yang membutakan mata diorg utk melihat kebenaran.

Erm... esok ada konferens plak tu... letih kepala aku nak berfikir esok... kalau rasa tension and malas je, aku rasa nak mengaku diliwat oleh Khairy Jamaluddin la... mana ar tau untung-untung dapat RM1juta... hahaha....



P/S- Si Saiful nie lembik sgt ke sampai takleh melawan masa Anwar Ibrahim nak liwat dia? Confuse... confuse...

Sunday, June 29, 2008

aPaBiLa 'SePi' MeNCeNGKaM KaLBu



"Bisikku pada bulan...
Kembalikan temanku, kekasihku, syurgaku...
Tanpa dia, malam menemaniku...
Sepi memelukku...
Bulan jangan biar siang...
Biar alam ini kelam...
Biar ia SEPI sepertiku"


Fuhh... tetiba plak aku jadik jiwang. Kerja berlambak tak buat ada plak masa aku nak berjiwang karatz nie... hahaha... relaxla... nama pun manusia... at least 1% mesti ada sifat-sifat kejiwangan tu. Huhuhu...

Dah dekat separuh tahun jugak blog aku nie SEPI tanpa tulisan baru. Kerja-kerja yg berlambak kat opis telah mengisi kesepian aku selama ini. Tak sempat langsung aku nak tulis pasal harga minyak naik and beberapa isu lagi sehinggalah isu hari ini "Anwar Ibrahim meliwat lagi?" (konspirasi Najib Nie). Kebusyan telah mengatasi kesepian... maka tidaklah aku berkesempatan untuk menulis...(alasan malas sebenanrnya).

Tetapi di keheningan petang ini, sepi itu mula mencengkam. So, bila dah sepi nie... adalah masa utk aku tulis sebab waktu-waktu mcm nielah tahap kejiwangan kita akan naik secara exponen. Waktu-waktu sepi mcm nie lah yg akan membuatkan kita terimbau kenangan suka duka sepanjang kita hidup sebagai manusia selama ini.

Aku nie bukan le mamat yg jiwang sgt. Sebab aku rasa mcm membazir masa je nak berjiwang-jiwang nie. Byk lagi kerja nak dibuat (ya... modenisasi mengajar manusia untuk tidak menjadi manusia seadanya...). Bila dah busy sangat, kita sampai terlupa ttg falsafah kehidupan... untuk apa kita dijadikan... untuk siapa dan mengapa.... semua itu perlu dimengertikan.

Tekanan hidup menyebabkan kita menjadi hamba kepada segala material yg ada di dunia ini. Bangun pagi... masuk kerja seblm kul 8... then punch out pukul 6 ptg... balik dalam keadaan keletihan. Kdg-kdg kerja-kerja kat opis tu siap bawak balik rumah lagi sebab dah berlambak sgt. Esoknya, kita mengulang rutin yg sama... seolah-olah tidak ada kesudahan.

Pejam celik pejam celik... 18 Jun lepas dah genap setahun aku kerja di tempat baru nie. Banyak suka duka kerja kat sini... dan banyak juga perangai manusia yg aku kenal. Setahun bukannya tempoh yg lama apabila hidup kita diperhambakan oleh rutin yg menyesakkan. Skang dah nak masuk bulan Julai... lima bulan lagi akan menjengah ke tahun 2009... fuh... rasa baru je semalam sambut new year 2008 kat KLCC... cepat sungguh masa berlalu.

Bila masa berlalu, umur pun makin meningkat. Dan dalam masa yang sama usia kita di dunia maya ini semakin singkat. Perlu dibezakan antara umur dan usia. Umur hanya angka yg menentukan sudah berapa lama kita hidup, sementara usia adalah ukuran berapa lama lagi kita ada untuk hidup di dunia fana ini sebelum menuju ke alam yg kekal abadi. Dalam keadaan sibuk, kita sampai tidak ada masa nak fikir semua benda tu... apa yg kita fikir ialah kerja siap ikut dateline yg ditetapkan dan kita enjoy dengan kerja yg kita buat sampailah kita dapat gaji hujung bulan... kan?

Tapi hakikatnya... kita semua adalah insan-insan yang kesepian. Terasa diri sendirian mengharungi ranjau hidup yg penuh dugaan. Korg pernah tak rasa keseorangan? Rasa mcm takde sesiapa kat dunia nie melainkan diri sendiri yg berjuang untuk hidup. Cuba praktikkan eksperimen ini... masa semua org dah tidur waktu malam, cari satu kawasan lapang (padang misalnya)... bentangkan tikar and baring mendongak ke langit. Perhatikan bulan dan bintang... dalam masa 3-5 minit... korg akan rasa kesepian itu hadir.

Ketika inilah kita harus bermuhasabah... berfikir ttg kehidupan dan masa depan... berfikir ttg org-org yg kita sayang dan menyayangi diri kita dan ketika ini jugalah kita akan berfikir ttg Tuhan sebagai Pencipta. Syahdu rasanya bila fikir benda-benda macam tu... huhuhu.

Semalam aku tgk movie nie. Movie Khabir Bhatia mmg tidak mengecewakan. Gandingan pelakon yg hebat, sinematografi yg mengkagumkan diadun dengan muzik latar yg cukup syahdu (macam ayat slogan utk peraduan plak)... Khabir masih unggul dalam penceritaan yg cukup menyentuh perasaan.

Jangan bandingkan SEPI dengan CINTA, sebab kedua-duanya tidak berada di landasan yang sama walaupun kedua-dua tema filem ini sangat berkaitan. Datang dengan fikiran yg kosong... dengan jiwa yang tenang agar SEPI itu mampu hadir dan mencengkam kalbu.

Falsafah filem ini cukup mudah : "Cinta tidak datang hanya sekali". So, untuk sesiapa yg pernah kecewa or gagal dalam bercinta tu, ketahuilah bahawa masih ada ruang dalam hati kita yg boleh dibuka dan diisi oleh org lain... jangan biarkan kenangan duka menutupi keindahan cinta... cinta akan hadir tatkala sepi mencengkam... supaya hati kita berfikir bahawa alangkah sukarnya hidup tanpa cinta dan alangkah sunyinya hidup bertemankan SEPI.



P/S - Apasal aku rasa mcm jiwang bangsat je karya aku nie? Huhuhu... sesapa yg belum tgk citer SEPI ni dipersilakan tgk... aku bg 4 stars. Citer nie maybe tak mampu menarik minat mereka-mereka yang tahap kejiwangannya kurg daripada 1% dan sama sekali tidak sesuai utk mereka yang selama ini hanya menjadi hamba material yang terperangkap dalam putaran rutin bekerja yang tiada berkesudahan....

Monday, March 17, 2008

'KLiK' SeKaWaN GaGaK



Pagi tadi aku sengaja pergi opis lambat. Kelas start pukul 10. Ada banyak masa lagi. Tu yang best keje kat sini. Suka hati mak bapak nenek tiri aku je nak masuk pukul berapa tanpa dikongkong oleh sesiapa. Nama pun kerja kerajaan... disebabkan negara kita nie mengamalkan sistem demokrasi terpimpin, so tak kuat sangatlah kongkongan atau tekanan masa untuk punch in tu. The most important thing is kerja yang diberikan siap dan tidak ada sebarang komplen dari 'client'. Huhuhu...kerja gov, tapi falsafah kerja macam swasta la plak...


On the way aku g opis, tiba-tiba sekawan gagak dengan selambanya terbang kat atas kepala aku. Byk woo... ada dalam 20-30 ekor. Kat Shah Alam ni gagak memang berlambak. Bising giler. Sib baik la gagak bising waktu siang je... kalau tak dah lama gagak-gagak kat sini kena tembak macam operasi tembak gagak besar-besaran tahun 1995 dulu. Uniknya gagak, walaupun burung ini tidak secantik merpati dan kotor (sebab makan benda-benda kotor), gagak adalah antara spesis burung yang kita selalu lihat terbang 'beramai-ramai' atau sekawan. Jarang kita tgk gagak terbang 'seekor dirinya' tanpa kawan-kawannya yang lain.


Ironinya, dalam coretan kali ini, aku ingin bercakap tentang kawan atau hubungan persahabatan. Sepanjang lebih dari suku abad aku hidup, dah macam-macam perangai org aku jumpa. Masa sekolah rendah and menengah, sure korg pun ada kawan baik masing-masing... betul tak? Tapi tidak bagi aku. Kalau cikgu sekolah aku tanya "Siapa kawan baik awak?", aku selalu jawab "Tak ada". Kenapa? Sebab takde istilah kawan baik atau sahabat baik dalam kamus hidup aku.


Bukannya aku tak pernah cuba carik... tapi mmg tak jumpa pun. Org yang mungkin kita anggap baik atau kita kategorikan sebagai sahabat baik, belum tentu org itu akan anggap kita sebagai kawan baik dia. Mungkin dia anggap org lain yang menjadi kawan baik dia. Maka, ketidaksefahaman akan berlaku di sini. Ketidaksefahaman itu berlaku secara literal untuk memberi makna kepada frasa "kawan baik" atau "sahabat baik" itu sendiri.


Justeru dengan demikian, disebabkan makna frasa yang bersifat subjektif, maka aku 'buang' istilah "kawan baik" atau "sahabat baik" itu dalam kamus hidup aku. So nak ganti dengan apa? Aku selesa guna perkataan "KLIK" (dipinjam dari perkataan Inggeris collegue). Klik di sini bermaksud individu atau rakan yang "kita berasa selesa bersama-sama dengannya untuk aktiviti-aktiviti yang tertentu dan kita boleh menaruh kepercayaan kepadanya". Itu definisi aku sendiri... kalau korg nak buat definisi korg sendiri, korg tulis la dalam blog korg... jangan menggatal nak betul-betulkan definisi aku kat blog aku ni. Hahaha...


Bagi aku, klik lebih menyelesakan. Aktiviti yang berbeza akan melahirkan klik yang berbeza. Sebagai contoh, kalau aku nak tgk wayang, aku lebih suka keluar dengan Si A atau B, tapi bila aku nak g karaoke, aku akan rasa best kalau aku pergi dengan C,D and E. Bermaksud, A dan B tadi hanya klik aku ketika aku pergi tgk wayang... C,D and E tu klik pergi karaoke sahaja. Begitu juga untuk aktiviti-aktiviti yang lain seperti memancing ikan, clubbing (kepada yang suka clubbing), makan-makan, shopping, drifting, scuba diving, spa and refleksologi dan sebagainya (itu semua cth-cth aktiviti). Maka secara matematiknya, akan terhasillah n klik untuk n aktiviti yang berbeza...


Dengan klik, kita tidak akan ada sebarang ikatan sentimental seperti ikatan persahabatan yang lain. Suka hati aku la nak keluar dengan sesiapa pun dan sesuka hati diorg jugak nak ajak aku ke atau tak nak ajak ke kalau diorg pergi mana-mana. Maknanya aku akan bebas tanpa sebarang kongkongan seperti bebasnya gagak-gagak yang berterbangan di langit... hahaha....


Gambar yg aku paste tu adalah 2 org mamat yg menjadi klik aku untuk makan-makan di Johnnys dan borak-borak santai. Mamat yang sebelah kiri tu (yg nak cium org macam gay tu) juga boleh dikategorikan sebagai klik untuk karaoke aku sebab aku rasa suara dia best berbanding suara mamat sebelah kanan tu. Hahaha.... itu sebagai contoh... Tapi bila aku g shopping plak, aku lagi selesa pergi dengan Aiman atau Irfan. Kalau tgk wayang best dengan Syeera atau x-student aku (nama dirahsiakan)... and kalau nak beli hp or kamera digital, aku rasa si Shah dengan Mirul adalah yang terbaik sebab diorg berpengetahuan dalam gadget-gadget terkini nie. And kalau nak lepak Bukit Bintang sambil makan durian mahal, ajak Kyo lagi best... huhuhu... Hasilnya, klik aku jadik banyak bergantung kepada bentuk aktiviti yang hendak aku buat.


Menariknya klik ni, setelah sekian lama melakukan aktiviti bersama-sama... kita akan dapat merasai keserasian dalam klik tersebut. Dari keserasian inilah akan timbulnya kepercayaan dan tolak ansur. Percayalah bahawa kita tidak akan dapat hidup dengan gembira tanpa kawan yang boleh mempercayai kita. Normally, sesiapa yang jadik klik aku akhirnya akan menjadi org yang aku boleh percaya untuk berkongsi suka dan duka. Dengan klik juga kita dapat meluahkan masalah-masalah yang terpendam dan maybe kita nak opinion dari klik kita terhadap apa juga konflik yang kita alami.


Senang citer, klik akan menjadi kawan yang baik... tetapi belum tentu kawan yang baik itu dapat menjadi klik kita. Kita semua manusia... dan manusia itu tidak sempurna... hidup kita saling melengkapi antara satu sama lain. Khalil Gibran pernah menulis : "sahabat itu adalah keperluan jiwa yang mesti dipenuhi...". Begitu juga penyair tersohor Cairil Anwar yang 'memotretkan' sahabat sebagai "cerminan kepada jiwa-jiwa yang tandus dan sedang mencari arah dalam kehidupan..."... fuh puitis betul bahasa si Rangga nie.


Sahabat yang baik ibarat emas, tanpa emas kita masih boleh hidup... tetapi kita tidak akan merasai makna kemewahan. Kepada kawan-kawan aku di luar sana (sama ada anda membaca coretan ini atau tidak), anda mungkin tergolong di dalam klik aku dan mungkin ada juga antara kalian tidak tersenarai langsung sebagai klik aku. So, no heart feeling ok? Dan mungkin aku juga tidak sesuai untuk menjadi klik korg. Tak kisah pun... dan aku sama sekali tak terasa pun.


Cuma satu, hargailah ikatan klik atau persahabatan yang sedia ada. Jangan pentingkan diri sendiri dan jangan pula terlalu berkira terhadap semua perkara. Jaga adab dalam hubungan dan hati kawan-kawan yang kita kenal selama ini. Maaf atas keterlanjuran coretan ini buat mereka yang 'terasa'. Aku juga insan biasa... tidak sehebat Siddharta Gautama yang sanggup berkorban memotong secebis daging jarinya sendiri untuk diberi makan kepada seekor gagak yang kelaparan...





P/S - Rasa nak tembak je gagak Shah Alam nie... bising siot! Jom... sesapa nak jadik klik aku kita tembak gagak...hahaha...

Tuesday, March 11, 2008

KeDai MaMaK DaN FOREX



Smlm ada sorg member aku called. Ajak minum kat kedai mamak kat Subang. Kedai tu mmg fav kitorg. Tp disebabkan ke'busy'an melampau aku, so aku terpaksa tolak secara baik. Then bila aku fikir balik, rasa macam dah lama je tak lepak kedai mamak. Minum teh and makan roti canai... fuhh... rindu siottttt. Rasanya dah sebulan lebih gak tak g mamak. Sejak harga tepung naik and pengalaman makan roti canai yang harganya di luar tabii... aku seolah-olah dah boikot dah kedai mamak. Kedai mamak nie yang bestnya adalah pengurusan dia yg cekap berbanding dengan kedai Melayu. And kalau diperhatikan sistem kedai mamak nie, diorg mmg share the same method of the business... maksudnya kaedah pengurusan perniagaan yang sama. Tak macam kedai Melayu, buat sendiri-sendiri and nak kaya sendiri-sendiri. Kalau boleh dari ke cashier sampailah ke tukang masak nak amik ahli family sendiri walaupun si tukang masak tu masak maggi pun tak lulus lagi (bukan semua,tetapi majoritinya). Sebab org melayu nie bab-bab rahsia keuntungan or kejayaan nie diorg kedekut sikit, tak mcm bangsa-bangsa lain. Whatever it is, dulu masa study kat universiti dulu, kedai mamak kat tempat aku tu dah kira macam Starbuck dah (menurut Farid)... walaupun ada banyak burung gagak berak kat situ. Hahaha... teringat kenangan silam...

The main thing yang aku nak cerita nie bukan pasal kedai mamak. Aku sebenarnya nak cerita pasal FOREX. Korg pernah dengar tak pasal FOREX? FOREX trading atau dalam bahasa mudahnya "perdagangan tukaran matawang asing" merujuk kepada transaksi perdagangan matawang asing di pasaran matawang antarabangsa. Di Malaysia nie, investment di dalam FOREX hanya dilakukan oleh bank-bank yang telah mendapat kelulusan daripada Bank Negara Malaysia sahaja. Namun, disebabkan ledakan dunia informasi dan kecanggihan teknologi maklumat (ayat skema masa karangan form 5), urusniaga FOREX juga boleh dilakukan secara online melalui internet.

Maka wujudlah platform-platform online FOREX or online brokers FOREX seperti Marketiva, Easy Forex Ltd., FXCM LLC, Swiss FC, GNI Touch dan sebagainya (senarai penuh boleh tgk kat : http://www.forexturtle.com/Brokers.aspx ).Bermakna, tanpa bank pun, kita boleh menjalankan urusniaga FOREX sendiri di mana-mana sahaja dengan capaian internet dengan kebebasan masa kita (kalau kat jamban korg ada access internet pun korg boleh main FOREX sambil berak).

Di Malaysia, forex trading secara online nie bukan suatu benda yang baru. Dah lama dah benda nie, aku rasa sejak tahun 1980-an lagi. Cuma masa tu yang terror FOREX nie hanyalah org-org Cina yang ada ilmu FOREX. Org-org Melayu tak ramai yang tau. And business nie aku rasa tak sesuai utk org Melayu sebab sikap tamak org Melayu (bukan semua) merupakan musuh yang paling utama dalam urusniaga FOREX. And untuk menjadi seorang TRADER (PEDAGANG) FOREX, perlu ada ilmu. Kat universiti mmg takde ilmu-ilmu pasal FOREX nie, so kena blajar sendiri (kelas,latihan,bengkel,online,bacaan dsb).

Pengalaman aku, aku dah ikuti kelas FOREX ini tahun lepas dan menuntut dengan seorang Tuan Guru (bukan Tuan Guru Nik Aziz tau). Yuran kursus CUMA RM900 termasuk makan dan minum di Petaling Jaya. Tok guru aku nie ajar main FOREX guna platform Marketiva. Ermm.. something new for me... mmg susahlah FOREX nie sebab the reality is "FOREX deals dengan risiko yang sangat tinggi dalam keadaan pasaran yang tidak menentu". Aku belajar 25 kaedah analisis pasaran FOREX sampai kepala aku pun dah pening and mata pun berpinar sebab beban pembelajaran yang mendera jiwa dan raga.

Frankly, belajar FOREX nie mmg lah susah giler, tapi bila korg dah terror... korg boleh buat duit beberapa saat sahaja (dengan andaian bahawa korg ada modal yang cukup dan pengalaman yang banyak). Kalau korg mmg tak dilahirkan sebagai TRADER, maybe korg boleh jadik INVESTOR. INVESTOR bermaksud korg melaburkan modal korg kepada TRADER yg menjalankan urusniaga FOREX ini atas dasar kepercayaan dan keyakinan yang tinggi bahawa trader tersebut mampu mencatatkan keuntungan atas modal yang korg laburkan.

Maka, disebabkan kesuntukan masa dan kerja, walaupun aku dah g kursus, aku lebih selesa menjadi INVESTOR. So, dengan berbekalkan modal USD1000 = RM3500, aku invest kepada seorang trader, namanya Encik Azmi yang mempunyai 17 tahun pengalaman dalam bidang FOREX ni. Alhamdulillah, setelah hampir setahun dengan Encik Azmi, aku dapat pulangan yang agak banyak (RM400-RM1200 sebulan , bergantung kepada bilangan trading dan keadaan pasaran) dan dalam masa yang sama juga ada beberapa org yang join akaun bersama-sama dengan aku.

Untuk sesapa yg nak join dengan aku tu, anda dialu-alukan. Coz, kalau korg simpan duit kat bank or ASB pun, setahun berapa korg dapat? Simpan RM3500 setahun dapatlah RM300 dalam ASB tu. Dgn FOREX, paling cikai pun dapat RM400 sebulan. Menarik bukan? Cuma, aku nak tekankan di sini bahawa... kepada new traders yang nak join (juga peringatan kepada rakan-rakan yang dah join)... aku ada beberapa facts ttg FOREX dan investment dalam FOREX yg aku nak kemukakan.


@FAKTA 1 : FOREX ADALAH URUSNIAGA YANG SANGAT BERISIKO TINGGI

- Dalam Decision Theory, decision maker dalam FOREX akan deals dengan keadaan yang 'uncertain' dan berisiko tinggi. Apabila keadaan pasaran itu tidak menentu, trader tidak digalakkan untuk buat trading kerana risikonya sangatlah besar. Peraturan yang sama juga digunapakai untuk para investor. Kalau korg tergolong sebagai kumpulan individu yang bersedia mengambil risiko yang tinggi...welcome to my club. Kalau tak berani deal dengan risiko yg tinggi, korg pegilah jual nasik lemak ke , nasik kerabu ke or bukak gerai makan. Hahaha...


@FAKTA 2 : HANYA INVEST APABILA ADA 'LEBIHAN WANG'

- Kepada sesapa yang nak join invest dalam FOREX dengan member aku tu, aku nasihatkan korg fikir semasak-masaknya. Sesapa yang tak cukup duit or nak guna duit, anda tak digalakkan untuk invest. And also, jangan sesekali berhutang untuk invest dalam FOREX kerana pulangannya 'tidak sentiasa indah'. FOREX bukan skim cepat kaya atau HYIP yg ada fix return. So, walaupun 'dijelaskan' bahawa average profit antara RM400-RM1200 sebulan, tetapi ada juga ketikanya yang korg akan dapat kurang daripada itu or maybe korg akan rugi dan hilang semua modal korg. Maka, aku hanya akan menerima investor yang mempunyai 'lebihan wang' (lebihan wang bermaksud duit dah byk giler dan dah tak tau nak buat apa), sebagai modal... bukannya org yg tak cukup duit atau org yg berhutang.


@FAKTA 3 : PROFIT BERGANTUNG PADA TRADING DAN KEADAAN PASARAN

- Profit atau keuntungan yang korg dapat dengan bermodalkan RM3500 tersebut adalah bergantung kepada KEKERAPAN TRADING yg dilakukan oleh trader. Sebagai contoh, kalau trader masuk hospital, cuti bersalin atau pergi umrah dan tak buat trading, maka profit yang korg dapat akan kurang seperti yg 'diiklankan' (iklan itu penting sebagai strategi pemasaran dan untuk menarik pelabur). Analogi mudah : "Kedai mamak takkan dapat untung pada hari Khamis kalau mamak tersebut tak bukak kedai pada hari Khamis". Secara mantiknya pula, kalau kedai mamak itu bukak pada hari Khamis pun, belum tentu kedai mamak itu akan dapat untung kerana ia juga bergantung kepada bilangan pelanggan yang datang(pasaran).

Dalam kes FOREX, dalam keadaan pasaran yang sukar dijangka dan tidak menentu, trader kemungkinan akan mengalami kerugian dan kerugian itu juga harus ditanggung oleh investor yang ingin menyelamatkan modalnya supaya tidak hangus 100% (investor harus mengekalkan margin modal supaya modal tidak lesap). Untuk mengelakkan risiko kerugian ini, trader biasanya mengambil langkah selamat untuk tidak melakukan urusniaga atau trading dalam keadaan pasaran yang sebegitu. Maka hasilnya, profit yang diperolehi oleh investor akan berkurangan.


KESIMPULAN :-

Ok... malas aku nak membebel panjang sebab kalau aku melalut-lalut nanti korg bukannya faham sangat. Kalau aku nak explain lagi pjg, ia terlalu bersifat teknikal dan takut tak tercapai akalmu nanti. So, for guys or gals yg ada lebihan wang, sanggup deal dengan risiko dan faham serba sedikit ttg dunia FOREX ini... anda dijemput untuk berkongsi keuntungan dengan aku dengan bermodalkan RM3500. Tiada sebarang paksaan untuk anda invest, tiada sebarang hukuman dikenakan sekiranya anda tidak mahu kerana negara kita adalah sebuah negara demokrasi yang membenarkan kebebasan untuk menentukan halatuju 5 buah kerajaan negeri dengan tidak mengundi BN (tiba-tiba masuk bab politik).

Dengan ketelusan tanpa penggunaan dakwat kekal atau sebarang cara, anda juga boleh 'request' untuk keluarkan modal anda semula sekiranya anda tidak berpuas hati dengan keuntungan yang mungkin pada anda sangat sedikit berbanding dengan tahap kehalobaan anda (org Melayu nie kalau boleh nak modal RM1, untung nak dapat sampai RM1 juta). Aku dan Encik Azmi hanya 'berkongsi' rahsia menjana wang dengan pelaburan FOREX, tak lebih dari itu. And it is a sad thing to know yang ada juga a few peoples yang dah join pun still tak faham and tak puas hati dengan sistem kitorg nie sedangkan diorg tak pernah rugi pun (maknanya modal still ada), cuma keuntungan bulanan tu yg sedikit. Ada jugak yg kata aku tipu, hello? kalau setakat RM3500 yg ciput tu aku nak tipu apa? Kalau modal dia RM3.5 juta tu ada logika la jugak kalau aku nak tipu dia.

So, yg tak berapa puas hati itu, anda 'dimohon' secara baik untuk withdraw kerana anda bukanlah org yang tergolong di dalam individu yang boleh deals dengan rsiko yang tinggi. Mungkin FOREX bukan 'dunia' anda kerana kecetekan pengetahuan anda telah membataskannya. And aku pun tak nak amik risiko yg tinggi untuk deal dengan org-org yg tak berpengetahuan FOREX seperti anda. Thanx for the new members yg berminat untuk join dan terima kasih atas segala kepercayaan yg diberikan selama ini. I just want to share something yg bagi I boleh membantu org lain untuk berjaya dan mendapatkan extra money dengan cara yang real dan mudah.

But in Typical Malay world, sharing the formula of succces jrg sekali berlaku dan jarang sekali dihargai. Sebab itulah kedai Melayu akan terus mundur apabila strategi perniagaan mereka tidak pernah dikongsi bersama dengan rakan-rakan sebangsa dan seagama berbanding kedai mamak atau kedai cina yang mengutamakan empayar perniagaan berdasarkan kaum. Sometimes, it is ok to be selfish macam tokey kedai Melayu, daripada cuba untuk menolong rakan sebangsa yang berprasangka yang bukan-bukan because we know that typical Malays are always typical... yup... it is true...no heart feeling ok?




P/S- Sesapa yg nak join tu jom jumpa aku, kita makan roti canai ngan teh tarik kat mamak... lama aku tak makan makanan yang berkolestrol nie... hahaha...




Monday, March 10, 2008

VaNTaGe PoiNT : eSTRaNGeD - aYu - BaRisaN NaSioNaL



Hampir sebulan blog ini tidak terusik. Kerja yang semakin menimbun mmg menjadi penghalang untuk aku berkarya. Benarlah falsafah Mark Twain, "Kesibukan kadangkala membantutkan kreativiti kita". Tapi dalam kes aku nie, kreativiti tidak terbantut... cuma aku tak cukup masa nak menzahirkan kreativiti tersebut di skrin. Sejak dari kemenangan Estranged dalam AJL, Ayu dalam OIAM2 dan yg terkini kekalahan teruk BN dalam PRU12... semuanya boleh menjadi bahan untuk penulisan blog aku nie. Cuma kekangannya sekali lagi ialah MASA. Ya... masa yang suntuk telah menghalangnya... kalaulah satu hari tu ada 30 jam... kan best... byk benda aku boleh settle kan.

Takpe... aku cuba combine kan 3 isu itu menjadi 1. Berdasarkan perspektif aku sendiri. Perspektif bermaksud : "apa yang kita lihat secara peribadi". Justeru, apa yang aku tulis adalah berdasarkan apa yang aku lihat secara peribadi. Pernah tgk movie Vantage Point? kalau korg belum tgk, aku rekemen citer nie kat korg. Aku kategorikan Vantage Point sebagai filem yang sangat unik yang korg kena tgk dari first sampai habis. Kalau korg tertidur dalam panggung, or main sms, or raba-raba awek kat sebelah korg, mmg confirm korg tak berapa faham cerita nie. So, korg kena concentrate tgk citer nie... berdasarkan cerita nie baru korg boleh buat kesimpulan yang gabungan perspektif yang berbeza akan menghasilkan sesuatu yang menakjubkan!


@ESTRANGED DAN JUARA LAGU

- Belum terlambat untuk mengucapkan tahniah kepada Estranged. Siapa sangka band indie mcm Estranged nie boleh jadi Juara dalam AJL baru-baru nie. Selama nie AJL dikuasai oleh penyanyi/kumpulan mainstream yang kita kenal melalui tv dan radio. Tak pun yg popular melalui rancangan realiti tv mcm Mawi tu. But, mengejutkan apabila Estranged menang Juara Lagu coz selama ini band-band indie kat Msia nie bergerak secara 'underground'. Diorg tidak dipublisitikan di media berbanding artis-artis popular kat Msia nie (artis popular sampai kucing Parsi hilang pun boleh masuk muka depan surat khabar). Tak ramai yang tahu kewujudan band-band indie melainkan kawan-kawan diorg je.

Maka uniknya Anugerah Juara Lagu baru-baru ini apabila karya Estranged selaku band indie diiktiraf oleh industri muzik Malaysia. Semacam ada satu perspektif yang baru oleh industri Muzik Malaysia apabila band-band indie seperti Estranged ini diberikan 'ruang' yang lebih luas untuk berkarya. Perspektif yang berbeza ini akhirnya menggalakkan kemunculan band-band indie yang lain seperti 'Hujan'. Pernah tgk live performance 'Hujan'? Fuhh...superb... sure korg puas hati bila tgk showmanships diorg nie. Aku kagum dgn performance diorg masa diorg dijemput sebagai artis undangan masa OIAM2 kat stadium Melawati dulu. Naik histeria minah-minah kurus dan minah tembam kat depan seat aku masa tu. Muahaha...

Apa yg pasti, kemenangan Estranged yang diiktiraf dalam AJL lepas telah merubah industri muzik Malaysia dengan lahirnya band-band indie di pentas muzik tanahair yang selama ini pentas hiburan tersebut didominasi oleh 'org-org yang sama' sahaja. Terima kasih juri AJL... dan syabas Estranged!


@JUTAWAN AYU

- Aku mmg minat dgn Ayu sejak ujibakat OIAM 1 lg. Walaupun rupanya tak se'ayu' namanya, tapi dia ada bakat dan potensi yang besar. Aku suka suara dia yang garau+husky tu... suara yg still takde lagi dalam industri muzik kita. Kalau nak cari suara klon macam Siti Nurhaliza tu dah berlambak dah. Member satu keje dgn aku si Sue tu lebih kurang je suara dia dgn Ct (Sue jgn perasan ek...hahaa...). Ayu ada suara yang unik... cuma the main problem is : Ayu tak berapa cantik. Dalam industri hiburan Msia nie, fizikal yang cantik itu diletakkan di tempat yang pertama... yang kedua barulah bakat. Kalau tak percaya korg tgklah kat TV or majalah, yg muka cantik or hensem tapi suara macam itik pulang petang pun still popular dan ada ramai peminat.

Tetapi, OIAM2 telah mengubah perspektif lapuk tersebut. Dengan 'kuasa sms rakyat' Ayu dinobatkan sebagai Juara OIAM2 walaupun minah nie 'agak selekeh' dan dikatakan tidak mempunyai pakej. Pengundi sms barangkali mempunyai perspektif yang baru apabila rupa bukan lagi dijadikan ukuran. Maka, kejayaan Ayu dalam OIAM2 telah mengubah senario rancangan realiti tv dan industri muzik tanahair apabila bakat menjadi pertaruhan... bukannya muka-muka cute atau muka jambu tanpa bakat! So, sesapa yang harap muka je jambu tapi kureng berbakat tu... tak payah berangan lagi nak jadik penyanyi atau pelakon... kayuh basikal jual ais krim lagi dapat faedah... hahaha...


@MAJORITI 2/3 BN DIKURANGKAN

- Mengejutkan! Pilihanraya Umum ke-12 amat mengejutkan! Keputusan di luar jangkaan apabila BN gagal mengekalkan kuasa 2/3 di parlimen. Di kala BN ghairah hendak 'memperkosa'

kelantan, negeri-negeri lain 'dirogol' dengan teruknya secara 'bergilir-gilir' oleh PAS, PKR dan DAP. Paling mengejutkan apabila tumbangnya tokoh-tokoh ternama BN seperti Datuk Syahrizat Jalil, Samy Vellu, Koh Tsu Koon, Aziz Shamsudin dan ramai lagi tok menteri dan nenek menteri yang tersungkur bahana 'kuasa rakyat' dalam pilihanraya kali ini.

Di kala BN mencanang kononnya boleh menang besar dan berjaya menawan Kelantan, dengan 'kuasa rakyat', BN tersungkur di sebabkan perspektif yang berbeza yang dilihat oleh rakyat. Para pengundi tidak lagi 'mengundi atas faktor parti. Para pengundi menilai prestasi BN menerusi perspektif yang berbeza. Ada yang mengundi pembangkang kerana memprotes kenaikan harga barang, ada yang mengundi pembangkang kerana 'aura' Anuar Ibrahim dan ada juga yang tidak keluar mengundi sebagai tanda protes kepada kepimpinan Abdullah Badawi sekarang. Natijahnya, Bn gagal mempertahankan kuasa 2/3 di parlimen selanjutnya memberi implikasi yang baru kepada negara Malaysia dan masa depan rakyat Msia.


KESIMPULAN

Berdasarkan 3 isu ini, kita boleh mempelajari bahawa perspektif yang berbeza daripada individu atau kumpulan individu yang berbeza akan memberi kesan kepada sesuatu perkara dan dapat memberikan suatu paradigma baru terhadap apa jua yang berlaku di Msia. Perspektif, tertakluk kepada individu atau kumpulan individu... tidak ada yang sentiasa salah dan tidak ada juga yang sentiasa betul. Masing-masing berhak memberikan pandangan dan menzahirkan pandangan tersebut.

Kemenangan Estranged telah membuka mata banyak pihak tentang potensi band-band indie di Mlaysia yang selama ini dipinggirkan, kejayaan Ayu yang tidak begitu ayu itu membuktikan bahawa masyarakat sudah celik untuk menilai bakat, bukannya rupa seseorang dan kekalahan BN mempertahankan kuasa 2/3 nya membuktikan bahawa rakyat tidak begitu berpuas hati dengan BN dan ingin memberi peluang kepada tokoh-tokoh pembangkang untuk bersuara dengan lebih tegas di dalam parlimen.

Dunia ini penuh dengan warna-warni. Jaluran pelangi dikatakan cantik hanya kerana kepelbagaian warnanya. Kepelbagaian itu yang menzahirkan keharmonian dan kecantikan. Semoga kita semua belajar menerima perspektif orang lain dan memperbaiki kelemahan yang sedia ada. Percayalah bahawa perspektif yang berbeza akan memberikan implikasi yang berbeza!



P/S- Lama siot aku tulis... keje lain semua tak siap. Kalaulah satu hari ada 30 jam...

Tuesday, February 12, 2008

MaTHS DuNK!


Dah hampir sebulan aku tak tulis apa-apa. Bukan sebab takde idea... tapi sebab banyak sangat benda yang aku nak tulis, dan sempadan yang kedua ialah kekangan masa. Maka berkaratlah segala benda yang bermain dalam kepala otak aku apabila tidak dipindahkan ke skrin. Disebabkan aku nie ada jugak minat dan bakat dalam penulisan, so hari nie aku nak try sentuh 2 isu yang berbeza yang memang sinonim dengan minat aku.

Apa minat aku ek? Kalau korg nak tau since aku sekolah menengah ada 2 benda yang aku suka buat : 1)Maths dan 2) Bola Keranjang. Maths? mmg favourite subject aku since aku kecik sebenarnya. Masuk ke sekolah menengah aku lebih suka Add Maths berbanding Modern Maths sebab Add Maths lebih mencabar dan susah berbanding Modern Maths yang senang giler nak dapat 100% (baca dengan nada riak). Kegilaan aku pada maths mmg tinggi sampaikan aku suka bg soalan yang susah-susah kat papan hitam kelas member-member aku kat sekolah dulu. And sehingga sekarang, sampai aku amik Master dalam bidang maths pun... aku still minat deals dengan formula and nombor nie.

Bukan semua org boleh amik Maths beb. Ramai yang kantoi, sebab bagi aku Maths nie merupakan satu ilmu yang 'suci' dan khusus untuk org-org yang berhati suci macam aku je. Huhuhu... sesapa yang lembap giler dalam maths nie aku sure hati korg sebenarnya tak suci. Cuba cek balik manalah tau korg ada makan makanan haram ke, duit anak yatim ke or mak bapak korg besarkan korg dengan duit rasuah ke... hahaha.... gurau je ek...

Secondly, aku mmg minat bola keranjang (minat = tidak semestinya mahir dan power). Betul beb... kat sekolah dulu since form 2 aku suka dengan bola keranjang walaupun tak seterror Michael Jordan. Main just untuk suka-suka and keluar peluh je... bukannya nak aim pergi Olimpik pun. So, setiap petang masa kat sekolah menengah dulu aku join main basketball nie kat gelanggang bersama-sama teman seperjuangan...muahaha...

So, apa moral of the story yang aku nak sampaikan? Berdasarkan 2 minat aku ini, aku cuba untuk menyentuh isu adik Adi Putra yang 'genius' mencipta formula melalui 'ilham' dalam bidang matematik. Aku memang tak pernah jumpa pun budak nie, just baca dari majalah dan surat khabar je. First time aku tgk dia masa dia muncul mendemonstrasikan 'kepandaiannya' dalam rancangan MHI TV3 dulu. Dalam usia yang sebegitu muda, pencapaian Adi Putra memang superb sebab dia berjaya menyelesaikan beberapa masalah matematik peringkat rendah dan menengah tanpa melalui pendidikan formal di sekolah.

Dari mana datangnya 'kepandaian' Adi Putra? Berdasarkan teori 'hati suci' aku percaya bahawa Adi Putra memperolehi pengetahuan melalui ilham. Ilham yang dikurniakan oleh Allah kepada kanak-kanak yang masih bersih hatinya. Sebab kanak-kanak biasa yang seusia dengan dia belum tentu dapat berfikir dan mencipta formula matematik seperti itu. Kita pun tau kan, mostly kanak-kanak Melayu muda-muda mcm Adi tu still sasau dengan PS2 or PSP... tak pun main galah panjang kat kampung atau mancing ikan kat parit. Takde maknanya nak fikir macam nak mampus cipta formula matematik...

Maka kesimpulan aku, Adi Putra adalah anugerah yang dilahirkan cuma 1 di dalam sejuta manusia. Namun mak-bapak Adi Putra adalah orang biasa. Org Melayu-kampung-third class minded-poyo yang cepat sangat lupa diri dengan apa yang ada. Seorang rakan penulis pernah menceritakan betapa angkuhnya mak-bapak si Adi nie. Mmg Melayu tu tabiatnya mudah lupa, maka si mak-bapak Adi ini pun tidak terkecuali daripada peraturan yang sama. Malah baru-baru ini mak-bapak si Adi ini telah memberhentikan persekolahan anaknya dari sebuah sekolah swasta di Gombak atas alasan bahawa kurikulum sekolah tersebut adalah lebih rendah daripada 'kemampuan' Adi Putra! Dan Adi Putra 'diajar' untuk berlaku biadap melalui media apabila anak yang tidak berdosa itu membuat kenyataan bahawa "Saya seperti sebuah Ferrari yang berenjin Proton"... poyo kan?

Secara peribadi, aku tak rasa yang kenyataan itu dibuat 100% oleh Adi. Kenyataan sesinis itu dicipta oleh orang yang jauh lebih dewasa... mustahil kanak-kanak semuda Adi boleh mengungkap sesuatu yang seperti itu. Bermakna, bapak si Adi yang 'mengajar' anaknya menjadi celupar seperti itu. Apa motifnya? Mahu kerajaan Msia memberikan biasiswa penuh untuk Adi melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di luar negara? Atau mahu Adi berperanan sebagai pakar ramalan dan intuisi yang membantu polis mencari adik Sharlinie? Atau mahu popular, kekayaan dan sebagainya???

Sama sekali tidak jelas apa yang diinginkan oleh mak-bapak si Adi Putra. Yang jelas, memberhentikan Adi daripada bersekolah merupakan keputusan bodoh yang dibuat oleh bapak Adi yang mungkin akan merosakkan masa depan Adi sendiri. Kurikulum pendidikan malaysia sudah cukup lengkap untuk melahirkan pelajar yang suatu masa nanti akan menjadi modal kepada pembangunan negara. Di sekolah, Adi akan belajar kemahiran komunikasi, bercampur gaul dengan rakan sebaya, merasai keseronokan belajar, melalui sendiri pengalaman pembelajaran di dalam kelas serta bermacam-macam lagi perkara pahit-manis yang mungkin akan berguna dalam pembentukan Adi sebagai seorang manusia.

Hidup di dunia bukan sekadar menghafal sifir dan berupaya mendarab dengan cepat semata-mata, ia lebih daripada itu. Bukan segala-galanya di dalam dunia ini harus dilihat secara objektif dengan menggunakan digit sahaja, kehidupan harus dirasai melalui pengalaman dan perkara-perkara yang subjektif yang kita sendiri tidak duga bila dan dalam bentuk apa kesubjektifan itu akan berlaku.

Pernah tgk 'Kung Fu Dunk'? Cerita komedi adaptasi dari manga Slam Dunk mengenai seorang pemain bola keranjang (Jay Chou) yang menggabungkan Kung Fu dan kemahiran 'shoot' bola keranjang untuk berjaya sebagai pemain yang hebat untuk mencari mak-bapak kandungnya. Aku tgk citer nie minggu lepas dengan seorg member. bagi aku cerita nie bukan komedi gelak-tawa-slapstik sebodoh Nana Tanjung tu, 'Kung Fu Dunk' lebih dari itu (aku puji bukan sebab aku minat bola keranjang tau). Dengan 'Kung Fu' dan kemahiran 'shoot' yang baik, Jay Chou hebat sebagai seorang 'shooter' jarak jauh, bukan sebagai ahli kumpulan yang bermain.

Namun, dia belajar untuk 'masuk' ke dalam kumpulan tersebut, memahami selok-belok dan kemahiran lain sebagai ahli pasukan. Dia belajar untuk mengatasi tekanan, belajar merasai kekalahan dan juga merasai semangat setiakawan dan persahabatan. At the end of this movie ada suatu conclusion yang boleh dijadikan pengajaran, "Kepuasan dan kegembiraan dalam permainan bola keranjang bukan dirasai apabila kita dapat 'shoot' bola ke jaringnya, tetapi kepuasan itu terhasil apabila kita belajar untuk bekerjasama". So, ending of the movie bukan Jay Chou tu yang 'shoot' the ball, dia bagi kat member dia atas dasar setiakawan dalam pasukan. Ironi kan?

Moral of the story, buat bapa kepada adik Adi Putra, jangan musnahkan masa depan anak anda semata-mata kerana impian dan hajat anda. Biarkan Adi Putra melalui dan menikmati zaman kanak-kanaknya bersama-sama rakan yang seusia dengannya. Jangan rampas kenangan indah zaman persekolahan anak anda semata-mata kerana anda merasakan anak anda itu 'lebih hebat' mendarab daripada anak org lain.

Matematik bukan segala-galanya. Kadang-kadang kalau terlalu tepu sangat dengan maths pun, otak kita akan berkarat jugak sebab otak kita tak didedahkan dengan benda-benda yang lain. Aku rasa otak aku pun dah berkarat dah nie sebab dah dekat 20 tahun belajar matematik... nasib baiklah aku nie pandai menulis... biar ku pindahkan kekaratan itu di atas skrin!


Monday, January 21, 2008

aPaBiLa SuPeRMaN MeMBuKa BaJu


Lama jugak tak jenguk blog. Hari-hari busy giler. Buat preparation untuk kelas. Tu la... masa cuti tak nak buat... asyik main game je. Skang dah kelam kabut. Lgpun buat apa nak bersusah-payah buat preparation. Aku bukannya hard-up sangat nak lelama kat CETNI. Kontrak pun 50-50... tak tau boleh sambung ke tak. So, tak payah la aku nak rajin gila-gila dan menghambakan diri kat sini. Atas sebab ATTITUDE (kononnya) maka berlakulah prejudgement yang unfair dalam karier aku yang maybe menyebabkan aku disingkirkan dari tempat nie.

Cakap pasal ATTITUDE, teringat kat Faizal Tahir. Mamat nasyid nie buat gempak bila bukak baju, singlet and tali pinggang masa konsert 8TV live! Gilos tul... mmg otai sungguh mamat nie. Nampak transformasi dia dari penyanyi nasyid ke penyanyi rock. Huhuhu...

Akibatnya, Faizal dihukum. 1)Kena buat kerja amal 3 bulan, 2)Tak boleh muncul secara live kat konsert or kat tv, 3)Bayaran royalti ditahan, 4)Digam dari membuat persembahan untuk apa-apa acara, 5)Dilarang menyertai Anugerah Juara Lagu next week. Giler ke apa?? Bukak baju pun boleh kena hukum sampai mcm nie sekali? 'Baiknya' org Msia nie...sesenang jatuh hukum dengan hukuman yang tak setimpal dengan kesalahan dia.

Aku bukan lah die-hard-fan mamat nie, tapi kalau korg fikir secara rasional... tak terlalu kejam ke hukuman tu? Hanya kerana membuka baju, karier Faizal terbunuh macam tu je? Bukan si Faizal nie bukak seluar or boxer! Dan secara tiba-tiba plak org-org kat Msia nie boleh jadik 'ahli moral' yang menghukum org sesuka hati, tapi dalam masa yang sama diorg pun 2 kali 5 malah ada yang lebih teruk lagi.

Faizal membuka baju... ya itu satu isu. Faizal sudah memohon maaf dan mengaku kesilapannya, maka di mana ruang untuk dia memperbetulkan diri kalau hukumannya seolah-olah suatu bentuk 'cubaan untuk membunuh kariernya'? Di mana keadilan? Keadilan utk Faizal mendapat hukuman yang setimpal dan keadilan supaya hukuman yang sama turut dikenakan kepada artis lain yang membuat kesalahan yang serupa?

Kenapa Camelia yang berpakaian seksi macam pelacur ketika membuat persembahan di konsert dulu tak dikenakan tindakan? Kenapa Dayang yang pakai macam tak cukup kain sampai nampak bulu ketiak sampai skang pun masih ligat beraksi di Planet Hollywood? Kenapa Ezlynn yang sengau yang nyanyi sampai nampak lurah dendam masa konsert Jom Heboh tak dikenakan hukuman kerja amal? Apa bezanya dengan Faizal???

Kalau nak diketengahkan isu ATTITUDE, moral artis Msia sebenarnya lebih kurang sama sahaja. Belum dijengah lagi mat-mat rock yang amik ganja dan dadah sebelum buat persembahan. Dan takde sesiapa pun bising kalau Mawi yang lalok belakang stage sebelum buat persembahan. Itu juga isu ATTITUDE. Kenapa tidak dikenakan hukuman? Atau artis-artis yang pernah 'berlakon' vcd lucah dan amik gambar bogel (kononnya superimpose)... adakah artis-artis ini digam atau dihukum? Sampai sekarang Wan Nur Azlin masih boleh berlakon, pelakon Anak Pontianak yg berbogel tu still mengilai kat tv dan pentas teater and M.Nasir biadap yang pernah menghina Tun Dr.Mahathir dulu tu masih bebas berkarya tanpa sebarang hukuman!

Usah bercakap soal ATTITUDE atau moral jika diri kita sendiri hitam berjelaga. Apa garis panduan untuk seseorang artis lelaki membuat persembahan? Adakah tercatat dengan jelas bahawa artis lelaki tempatan tidak dibenarkan membuka baju di khalayak ramai? Peraturan mana yang digunapakai untuk menjatuhkan hukum?

Fikir secara rasional. Jangan mudah menjatuhkan hukum hanya berdasarkan peraturan yang tidak standard dan tidak begitu jelas. Erm... nak komen lelebih pun tak guna, selagi mentaliti org kita mcm ni, selagi itulah benda-benda macam itu berlaku. Sayang sekali, karier Faizal 'dibunuh' oleh 'ahli-ahlui moral' bersandarkan peraturan yang tidak jelas hanya kerana superman itu membuka bajunya di atas pentas...


P/S- Aku setuju dengan Ku Seman Ku Husin, kalau bukak baju kat pentas kena hukum... ahli bina badan pun patut kena hukum sebab tayang body atas pentas...huhuhu...

Thursday, January 3, 2008

MeNTeRi KeSiHaTaN DaN DVD "SaFe SeX"


Siapa kat sini pelanggan atau penggemar dvd cetak rompak? Korg tau tak mana nak dapat dvd movies yang clear and widescreen? Aku suggest 2 tempat : sama ada korg g kat SS 15 Subang Jaya or Mines. Mmg cina penjual tu tak klentong korg punya. Movies yang tak clear lagi diorg tak jual coz diorg mmg menjaga customer diorg. 3 hari lepas aku beli 3 movies, semua gambarnya cantik. Memang puas hati la sebab cina nie jujur dan ikhlas.

Bercakap ttg jujur dan ikhlas nie, ada sorg lagi cina yang jujur dan ikhlas kat dalam Msia nie yang telah menggemparkan arena perfileman dan dvd negara. Beliau tak lain tak bukan ialah bekas Menteri Kesihatan kita yang baru saja meletakkan jawatannya semalam. Nampaknya tirai tahun baru 2008 dibuka dengan kisah dalam kain yang cukup memalukan dan menggoncang arena politik tanahair.

Dr.Chua mengaku secara berani dan selambanya bahawa dialah hero di dalam dvd lucah yang disebarkan di Johor (mungkin sekarang sudah tersebar ke seluruh negara) yang memaparkan aksi hubungan seks secara selamat (tak selamat lagi sebab dah kantoi) dengan rakan baiknya sendiri. Untuk berfikiran lebih positif dan menyokong kempen Kementerian Kesihatan dahulu yang mempromosikan seks secara selamat (safe sex) bagi megelakkan penularan HIV, maka mungkin kita boleh membuat kesimpulan bahawa dvd panas yang dihasilkan oleh Dr.Chua itu menerangkan tentang teknik-teknik seks selamat secara paraktikalnya!

Ada logiknya bukan? Hehehe... yang tidak logiknya apabila Dr.Chua dengan jujur dan hati sucinya "mengakui" perbuatan tersebut di kala ramai pemimpin kerajaan yang terlibat dengan skandal seks cuba menutup keaiban mereka (dengan cara mengugut, mengawal media, menghapuskan bukti malahan ada juga yang sanggup membunuh!). Mengapa sebegitu jujur sedangkan rakan-rakan sepermainan ranjang anda tidak berbuat sedemikian?

Malahan lebih menjelikkan apabila bekas menteri ini sebelum ini dengan poyo dan angkuhnya tidak mahu melepaskan semua jawatan di dalam kerajaan dan parti! Aneh bukan? Ini soal moral dan integriti. Mana-mana rakyat di mana-mana negara pun sama sekali tidak boleh menerima pemimpin mereka yang terlibat dengan skandal seks sebegini (seperti skandal Monica Lewinsky dahulu). Bukan rakyat Msia sahaja yang tidak menerimanya, kalau dicampakkan Dr.Chua ini ke Zuhal pun, pasti rakyat Zuhal (dengan andaian Zuhal berpenduduk) tidak akan menerimanya sebagai pemimpin.

Berdasarkan konotasi dan ironi daripada kes ini kita boleh simpulkan bahawa :-

@Dr.Chua merupakan seorang ikon yang berani dan terlalu jujur mengakui kesundalannya (kononnya utk menyelamatkan maruah parti dan kerajaan).

@Kelemahan pentadbiran kerajaan di bawah Pak Lah sehingga gagal 'menutup' keaiban anak buah sendiri (zaman Dr.M dulu mana ada pemimpin yang kantoi?).

@Semua rakyat (bukan di Msia sahaja) sama sekali tidak akan bertolak ansur dengan pemimpin yang menghadapi krisis moral.

@Manusia itu tidak sempurna... pemimpin juga mempunyai nafsu seperti buaya. Dan hanya isteri seorang buaya sahaja yang boleh 'memaafkan' kebuayaan suaminya (aku tak percaya kalau bini dia tak marah and senang-senang memaafkan suaminya).

@Tidak kiralah siapa yang merakamkan dan siapa yang menyebarkannya dan apa motifnya... yang nyata pilihanraya umum semakin hampir. Awal tahun baru 2008 maruah kerajaan BN sudah tercalar!

Kita tgk bagaimana kerajaan BN memulihkan maruah mereka yang sudah tercalar. Utk Dr.Chua, benar... di Msia kejujuran itu tidak bernilai. Lebih-lebih lagi kejujuran membuka pekung diri sendiri. Buat masa ini aku hanya percaya 2 saja cina yang jujur : cina penjual dvd kat SS15 dan Mines... tu je. Selamat tahun baru BN!


P/S- Bila la agaknya menteri yang berskandal dengan Norita, Altantuya, and Zahida Rafik tu nak buat pengakuan jujur dan ikhlas macam ni?



Wednesday, January 2, 2008

2008 : Do oR Do NoT, THeRe iS No TRY -YODA


Hari nie keje macam biasa... iklim dalam opis pun macam biasa. Walaupun dah tahun baru, tapi level kemalasan still sama macam tahun lepas. Entah la tak tau kenapa. Maybe sebab kelas start lambat lagi kot. Mood pun ada kureng skit. Lunch tadi si Zue yg blanja. Makan kejap je, berborak tu yang sampai 1-2 jam. Apa nak buatkan... keje government. Memang relax la. Bukan kita je yang buat macam tu, yang senior staff lagi la teruk. Siap boleh balik rumah antar anak sekolah lepas punch in masuk opis. Tapi disebabkan senioriti, maka benda-benda macam tu tutup sebelah mata je. To be fair, kita pun buatlah benda yang sama (mana la org tak kata staff gov nie pemalas kan?).


Sepanjang tahun 2008 nie ada 3 benda yang aku cuba nak capai, untuk kewangan aku, minat aku dan untuk kepuasan diri aku sendiri. Aku huraikan satu persatu apa yang aku plan sepanjang 2008 nie atau dengan kata-kata lain ketiga-tiga benda nie ialah AZAM TAHUN BARU aku. Aku sebenarnya tak suka guna perkataan AZAM nie sebab dah ramai sgt org guna. Nampak terlalu klise dan tak begitu realistik. Maka untuk menjadikannya lebih objektif, aku guna perkataan PERANCANGAN atau PLAN (mcm MLM la plak). 3 PLAN aku untuk 2008 :-


@DIARI SEORANG LELAKI

- Aku memang minat giler menulis. Nak kata aku nie berbakat sangat dalam bidang penulisan, aku takde la ngaku sampai macam tu sekali sebab aku takde pendidikan or kursus formal tentang dunia penulisan nie. Bakat sikit-sikit tu ada la sebab sejak aku sekolah menengah aku suka masuk (dan menang) Pertandingan Penulisan Esei atau Puisi. Aku memang suka menulis. Aku tulis sebab aku ada banyak idea kot. Aku ada banyak idea yang aku kutip daripada pembacaan dan pengalaman aku sendiri. Selama ini aku menyampaikan idea aku dengan cara berdebat, berhujah, bercakap dan bergossip atau dengan term yang paling mudah selama ini aku meluahkan idea aku secara lisan. Tapi ada seekor junior kolej aku kata aku nie 'bermulut jahat' dan 'menyakitkan hati', so tahun 2008 nie aku nak kurangkan kesakitan hati org-org di sekelilingku dengan cara menulis (si junior bingai tu sure tak tau ayat penulisan aku lagi tajam dari lidah aku). 2008 : Get ready... aku akan cuba jadi penulis yang berminda dan berwawasan! Aku akan cuba sebarang genre dalam penulisan termasuklah menulis lirik lagu sekolah... hahaha...


@MONEY...MONEY...MONEY...

- Bukan semua benda dalam dunia nie boleh dibeli dengan duit kan? Tapi kita juga harus menerima realiti bahawa segala benda dalam dunia nie memerlukan DUIT (sampaikan nak g kencing 1-2 minit tu pun kena bayar). Tahun 2008 ini aku akan gandakan side income aku bagi menampung keperluan kewangan dan ekonomi aku supaya aku tak rasa azzab sangat hidup kat muka bumi ini. Selama nie aku tak manage sangat duit aku, start 2008 ini dan dengan berbekalkan semua pengetahuan aku dalam bidang perancangan kewangan, aku akan mengurus duit aku sebijak mungkin. And bad news to all my frens and sedara-mara, mulai 2008 aku sama sekali tidak akan membenarkan sesiapa berhutang dengan aku KECUALI hal-hal kecemasan (kecemasan = mak atau bapak mati, rumah diromapak dan adik-beradik dirogol, tsunami, rumah terbakar terkena lahar gunung berapi, kecacatan kemalangan yang serius, menjadi mangsa pukau atau bomoh palsu dsb). So, tak payahlah berpenat lelah nak create cerita ala-ala Program Bersamamu untuk meminjam duit aku. Sama sekali tidak akan aku beri... muahaha... Aku kena jadi kejam sebab kat dalam dunia nie ramai yang senang jadi anjing. Bila dia susah kita tolong dia, then dia tikam kita balik. Mmg aku tak suka anjing yang pinjam duit macam nie... anjing jiran aku masa aku duduk kat Sarawak dulu lagi baik... menyalak pun kadang-kadang je.


@FITNESS FIRST

- Plan ketiga nie mmg untuk diri aku sendiri. Aku nak dapatkan berat badan ideal aku (67kg) dengan produk yang dah hampir 3 bulan aku beli nie. Fuh... susah woo nak trn weight nie... kena disiplin dan bersabar giler babi. Nak kata azzab tu... azzab la jugak. Byk benda yang tak boleh nak dimakan. Aku dah lama giler tak makan nasik macam org normal. Rasa macam alien plak bila org lain makan nasik, kita g minum shake je. Nasib baik la shake tu sedap. But, kalau org lain boleh trn kg, apa reason aku untuk tak boleh buat macam diorg kan? Tak ada logika plak kalau aku sorg je tak boleh buat. Aku akan buat sampaila aku berjaya...(berkata dengan penuh yakin sambil menggenggamkan tangan tanda tekad yang membara).


Itulah serba sedikit perancangan tahun 2008 aku. Ada lagi sebenarnya beberapa plan... tapi takleh tulis kat sini sebab yang lain tu termasuk dalam kategori perancgn sulit aku. Berjaya atau tidak aku akan serahkan kepada takdir. Yang paling penting sama ada aku BUAT atau TIDAK. There is no time to say 'I WILL TRY BLA-BLA-BLA... : coz that is BULLSHIT! It is weather you DO or DON'T!

WeLCoMe 2008!



Assalammualaikum dan salam sejahtera. Hampir 2 minggu aku tak jengah blog aku ni. Idea nak tulis tu byk, cuma masa tak mengizinkannya. Hari ini adalah hari kedua dalam tahun 2008. Tahun baru yang sama sekali aku tak boleh jangkakan apa yang akan berlaku dalam kehidupan aku. Fuh... rasa macam dah tua beb. Umur semakin meningkat, usia kita kat muka bumi ni pun semakin singkat. Kadang-kadang sesekali kita perlu merenung masa depan kita untuk mencorak apa-apa yang kita rasa boleh kita corakkan dengan pengetahuan dan pengalaman yang kita ada.

2007 tidaklah seindah mana, tidak juga seburuk yang korang jangka. Bagi aku biasa je. Ada manisnya dan ada pahitnya. Sepanjang 2007, event paling besar dalam hidup aku ialah perpindahan kerja aku dari UNISEL ke UITM. And yang agak menyeronokkan juga ialah kerja aku sebagai part-timer reporter yang sangat mencabar dan menyeronokkan.

2007 juga menyaksikan perselisihan pendapat dan tingkahlaku aku dengan majikan baru dan beberapa org rakan di sekelilingku. It was good actually, sebab dari sinilah aku tau siapa kawan aku yang sebenar dan siapa lawan aku kat alam nyata ni. Dan dalam masa yang sama juga aku berkenalan dengan seorang sahabat baru yang paling aku sayang, Adi Iskandar (jgn fikir bukan-bukan ek).

Welcome 2008... it is time to change. Masa untuk memikirkan tentang diri sendiri... masa untuk tidak terlalu untuk cuba mengasihani org lain dan juga masa untuk meneruskan kecemerlangan hidup aku seperti sebelum-sebelum ini. Selama nie aku rasa aku terlalu banyak berfikir untuk org lain, berfikir tentang masalah dan kesusahan rakan-rakan sepermainan dan juga berfikir tentang masalah yang dihadapi oleh adik-beradik / saudara-mara sehinggakan serebrum aku sempit.

So, sepanjang 2008 ini biarlah aku jadik self-centered sikit. Aku akan habiskan banyak masa untuk berfikir tentang diri aku, masa depan, kerjaya, pasangan hidup dan sebagainya. Bak kata member aku si Ruffey... "Buat apa kita nak fikirkan sangat pasal org lain, org lain tu pun belum tentu fikirkan apa-apa pun pasal kita". Yup... you're right dude. Terima kasih kerana bagi aku kesedaran tentang itu. Kesedaran? Kesedaran tu kita tak nampak... ibarat semut hitam di atas batu hitam pada waktu malam...hahaha...
Selamat Datang 2008! Aku akan berubah menjadi individu yang baru seperti bayi yang baru dilahirkan.


P/S - Mulai 2008 aku akan ubah semua nickname korg dalam blog nie kepada nickname yang biasa aku panggil korg... and untuk pengetahuan korg, gambar kat atas tu gambar anak sedara aku.